Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
260
View
3
Reply

[Tempatan] Penurunan harga minimum rumah untuk warga asing bukan cadangan KPKT tapi MOF

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-10-2019 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Zuraida: Penurunan harga minimum rumah untuk warga asing bukan cadangan KPKT
News  |  Diterbitkan Hari ini 8:55 malam  |  Dikemaskini Hari ini 8:55 malam
   

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata cadangan untuk menurunkan harga minimum hartanah yang boleh dibeli warga asing - seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 - bukan daripada kementeriannya.

"Ramai yang tidak jelas, ingat ini bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)...Ia cadangan dari Kementerian Kewangan.

"Dulu perkara ini bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU), sekarang Kementerian Kewangan yang buat pengumuman," katanya kepada pemberita ketika program di Tanjung Piai, Johor hari ini.

Antara kritikan terhadap Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu ialah penurunan harga minimum bagi hartanah untuk warga asing.
Iklan

Ia juga antara cadangan yang tidak dipersetujui pembaca Malaysiakini, berdasarkan undian Belanjawan 2020.

Zuraida berkata beliau akan berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara itu, jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

"Saya akan rujuk dengan Kementerian Kewangan untuk lihat balik perkara ini dan pertimbangkan semula, jika perlu," katanya.

Hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan bahawa penurunan itu hanya untuk unit kondominium sedia ada yang tidak terjual dan tidak akan meliputi projek-projek baru.

Katanya, usaha di peringkat kementeriannya hanyalah berkenaan mewujudkan pakej Malaysia-MySecond Home (MM2H) yang lebih menarik kepada warga asing, untuk membeli hartanah mewah yang belum terjual.

Kerajaan cuba menangani isu hartanah mewah yang tidak terjual tetapi Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) membantah sebarang campur tangan kerajaan.

Menurut HBA, pemaju patut menurunkan harga dan campur tangan kerajaan boleh membuatkan syarikat terus membina hartanah mewah yang tidak mampu dibeli rakyat Malaysia.

Terdahulu, Zuraida memantau beberapa projek di bawah kementeriannya di Tanjung Piai.

Katanya, projek tersebut dimohon oleh Allahyarham Md Farid Md Rafik, bekas anggota parlimen di situ, dan telah diluluskan.

Beliau berkata projek itu bukan sempena PRK Tanjung Piai kerana telah diluluskan, dan kehadirannya hari ini hanya untuk memastikan projek tersebut diteruskan walau selepas ketiadaan Farid.

Farid, 42, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, meninggal dunia akibat serangan jantung, 21 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan 2 November untuk hari penamaan calon dan 16 November untuk hari mengundi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Turunkn harga rumah utk warga Malaysia. Bukan warga asing. Apa masalah kerajaan skrg ni ha?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:45 AM | Show all posts


600K orang tempatan masih tak mampu beli ke?


sekarang mana ada rumah 60K, 100K dah ... habis habis murah pun 300K -  rumah teres tiga bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Malaysia.Doom at 14-10-2019 12:57 AM
DARSITA replied at 14-10-2019 12:45 AM
600K orang tempatan masih tak mampu beli ke?




Ni ruwah Mewah punya cerita...rumah Kos sederhana tetap masih untuk local....Tak faham cerita ke sis???

600k tu minimum harga untuk foreigner beli bawah polisi Malaysia My Second Home....sebelum ni 1 juta.  Problemnye harga dah drop dari 1 juta local tetap Tak mampu beli.

Bukan Nya Kerajaan sesuka hati tetap harga rumah Dan dropkan harga rumah....merepek betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077883s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list