Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1002
View
19
Reply

[Tempatan] Uji bakat I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY). 3,000 datang ujibakat. Paling awal 5.00 pagi

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-10-2019 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 14-10-2019 08:59 AM

Jam 5 pagi dah beratur uji bakat


SAMBUTAN luar biasa uji bakat I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya cukup mengejutkan pihak penerbitan program berkenaan.

Seawal jam 5 pagi, peserta sudah mula beratur di hadapan pintu utama dan tidak berganjak serta bertahan dalam cuaca tidak menentu.

Malahan, ada antara mereka yang sanggup terbang dari Sabah kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat ICSYVMY musim ketiga.

Azwan Jidi, 28, berasal dari Beaufort sanggup meluangkan masa untuk hadir walaupun terpaksa beratur dalam tempoh yang panjang.

"Saya terbang dari Kota Kinabalu jam 5 petang semalam dan tiba di sini (Sri Pentas) kira-kira jam 8.30 pagi. Ini adalah kali pertama saya hadir uji bakat dan terkejut melihat ramai peserta yang datang.

"Saya ingin sertai program ini kerana mahu melihat sejauh mana bakat yang dimiliki. Sama ada berjaya atau pun tidak, saya serahkan pada rezeki," katanya.

Sementara itu, pasangan adik-beradik iaitu Nur Amiera Azelan, 23, dan Nur Syafiqah, 22, sering hadir bersama menyertai pertandingan menyanyi mahupun uji bakat.

"Kami memang dari dulu selalu sama-sama sertai pertandingan atau uji bakat. Sebab suka menyanyi, kami cuba nasib untuk sertai program ini. Tidak kisahlah kalau seorang saja yang terpilih.

"Ibu bapa memang tahu kami hadir ke uji bakat ini. Siap kena marah lagi sebab tak datang lebih awal. Bagaimanapun, ini adalah pengalaman menarik sebab dapat kenal rakan baharu," kata Amiera.

Mohammad Ridzuan Zainal, dari Ipoh, Perak tidak melepaskan peluang untuk hadir ke uji bakat ICSYVMY walaupun bertolak seawal jam 5 pagi.

Berjaya melepasi uji bakat saringan pertama, Ridzuan menjadikan program itu sebagai platform untuk mencapai impian bergelar penyanyi.

"Alhamdulillah, saya berjaya melepasi saringan pertama dan menunggu untuk ke saringan kedua. Saya memang minat nyanyi tetapi kurang yakin membuat persembahan di hadapan orang ramai.

"Sokongan rakan dan keluarga membuatkan saya kuatkan hati untuk datang pada hari ini. Saya harap tak kecewakan mereka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala harini ke
Lupa lah nak pergi
Kalau tak mesti menang
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai penyamar je nih...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:29 PM | Show all posts
Boleh jadi penyanyi, boleh rakam lagu, boleh jadi femes.
dah femes atau sendu sekalipun boleh masuk bod gossip tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 13-10-2019 11:20 PM
Ala harini ke
Lupa lah nak pergi
Kalau tak mesti menang

Calon penyamar ke kak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomea replied at 13-10-2019 11:52 PM
Calon penyamar ke kak

Yelah Dik suara cam katak pun Bulih
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Try ler jadi penyamar dpt 3000.. Rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
die punya ramai tu sampai kereta berderet dkt stesen mrt... gilos haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin gak nk p, tapi memandangkan mesti ramai yg nk join, x per lah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 14-10-2019 12:11 AM
die punya ramai tu sampai kereta berderet dkt stesen mrt... gilos haha

Demi sesuap nasik lol
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Audition ni sekali n kat satu tempat je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:45 AM | Show all posts
Mujur tak pernah menghadiri mana2 ujibakat rancangan realiti nyanyian.. Sentiasa memboikot ujibakat mana2 rancangan realiti nyanyian setiap kali ia berlangsung, tanpa mengenal musim (baik musim Piala Dunia, Olimpik dan lain2).
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-10-2019 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambutan luar dugaan, terpaksa buat dua saringan



PENERBIT I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY), Chong Kien Wen mengakui terkejut namun gembira dengan sambutan penyertaan uji bakat musim ketiga program berkenaan.

Kien Wen ketika ditemui berkata, kira-kira 3,000 orang hadir untuk menjalani uji bakat yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

"Pihak kami tidak sangka mendapat sambutan luar biasa seperti ini. Saya sendiri terkejut apabila ada peserta yang sanggup datang seawal jam 5 pagi untuk menyertai uji bakat.

"Uji bakat ini kami buat dua hari iaitu Sabtu dan Ahad (hari ini). Ada peserta semalam yang tidak sempat menjalani uji bakat sanggup datang sekali lagi pada hari ini," katanya.

Kehadiran peserta yang membanjiri kawasan Sri Pentas menyebabkan pihak ICSYVMY terpaksa membuat dua saringan untuk uji bakat musim ketiga bagi mempercepatkan proses pemilihan.

"Dua musim sebelum ini, kami buat 'scouting' untuk cari peserta. Tetapi, kali ini kami hanya uar-uarkan menerusi media sosial.

"Mungkin, mereka tertarik untuk datang sebab musim kedua penyanyi sebenar yang berjaya duet dengan penyanyi jemputan dapat hasilkan single sendiri," katanya.


ANTARA peserta yang hadir uji bakat I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga. FOTO Azhar Ramli
Uji bakat yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad dijalankan bagi mencari peserta penyanyi sebenar dan penyamar.

Pada 19 dan 20 Oktober ini, uji bakat khusus buat mencari penyamar bakal diadakan di lokasi sama.

Program ICSYVMY adalah adaptasi 'game show' dari Korea Selatan dengan judul yang sama. ICSYVMY musim pertama ditayangkan pada November 2018 dan terus mendapat tempat di hati penonton.

ICSYVMY musim pertama diacarakan oleh Alvin Chong dan Shuk Sahar manakala musim kedua tempat Alvin digantikan oleh Sean LJE.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:26 AM | Show all posts
beratur sampai ke jalan utama dekat MRT bandar Utama.

kalau ramai2 beratur serbu job fair lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:59 AM | Show all posts
i tengok semlm tv3 news..wahhh ramai tapi tulah artis kena lawa kena hensem hurrmmm  bakat + rupa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:40 AM | Show all posts
klu dh ramai tu, watla kat padang, stadium ke apa

wat sesak jalan je

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:09 AM | Show all posts
ramai sebab yang tak boleh menyanyi boleh jadi penyamar
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nusaraya at 14-10-2019 05:04 PM

Tahniah.....inilah bukti X terbantahkan bahwa Industri muzik Malaysia adalah salah satu yang terbaik dan terhebat di dunia kerana begitu banyak talents penyanyi sekelas diva di seluruh Malaysia yang mengikuti audition ini..

Dunia dan negara Jiran pasti dengki dan iri melihat semua ini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:32 AM | Show all posts
nusaraya replied at 14-10-2019 11:19 AM
Tahniah.....inilah bukti X terbantakan bahwa Industri muzik Malaysia adalah salah satu yang terbaik  ...

Indog sial
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.116567s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list