Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1062
View
16
Reply

[Tempatan] 'Anjing dawai' sudah bebas

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-10-2019 10:09 PM | Show all posts |Read mode
'Anjing dawai' sudah bebas

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/506689/anjing-dawai-sudah-bebas

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 10:00 PM

Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my


Kesan luka akibat pintalan dawai yang semakin mendalam.  FOTO Ihsan Persatuan Haiwan Malaysia.

HAMPIR 10 jam masa diambil pasukan penyelamat untuk memotong satu persatu dawai yang diikat pada bahagian perut anjing selepas haiwan itu ditangkap semalam.

Operasi merawat anjing itu bermula 7 malam membabitkan pasukan perubatan Klinik Veterinar Putra di Nilai, Negeri Sembilan yang mengambil masa lama susulan dawai diikat terbenam di dalam badan haiwan terbabit.

Anjing itu menderita sejak setahun lalu angkara perbuatan zalim sebelum berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap dipasang berdekatan sebuah pasar raya di Nilai.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, operasi menyelamat anjing yang diberi nama anjing dawai dilakukan pasukan penyelamat yang ditubuhkan khas dengan kerjasama pihaknya.

Katanya, sebaik ditangkap, pasukan penyelamat mendapati luka semakin dalam, terdapat kesan koyakan di bahagian perut dan kemaluan terkeluar.

Operasi memotong dawai berakhir 4.30 pagi tadi dan Animal Malaysia mengucapkan terima kasih kepada penyelamat atas kerelaan membantu misi tangkapan anjing ini.

Kami berterima kasih kepada Doktor Veterinar Dr Alia Azri dan Pembantunya, Nor Intan Izaidah dari Klinik Veterinar Putra Nilai Negeri Sembilan yang turut sama menyelamat haiwan ini, katanya ketika dihubungi.


Keadaan perut anjing yang dililit dawai pada perut haiwan itu sebelum ini. FOTO Ihsan Persatuan Haiwan Malaysia

Pada masa sama katanya, pasukan Shelter Furrykids Safeheaven dari Seremban turut menyatakan kesudian merawat, menjaga serta mengubat luka hingga sembuh.

Untuk tempoh beberapa bulan ini, mereka akan menjaga termasuk rawatan pemandulan dan kos keseluruhan RM3,000, katanya.

Kejayaan menangkap dan rawat haiwan itu turut dikongsikan dalam Facebook Persatuan Haiwan Malaysia dan mendapat maklum balas positif daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji kesungguhan pasukan penyelamat membantu memberi rawatan kepada haiwan terbabit.

Sebelum ini, pada 22 Ogos lalu portal Harian Metro melaporkan orang ramai terserempak haiwan terbabit dengan perutnya diikat dengan dawai dan kesan ikatan yang ketat menyebabkan kemaluan terkeluar.

Perbuatan zalim itu menyebabkan haiwan terbabit sering melarikan diri sebaik terserempak dengan manusia.

Animal Malaysia menerima beberapa keping gambar daripada orang ramai mengenai insiden menimpa seekor anjing di Nilai itu.

Anjing dewasa itu ditemui orang awam berlegar-legar di sekitar bandar itu dan siasatan Animal Malaysia berdasarkan gambar diberikan menunjukkan terdapat pintalan dawai dipercayai dilakukan manusia dan bukannya berlaku secara tidak sengaja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalim betul Melayu.

Aritu tengok dlm twitter tengok Melayu tangkap anjing kasar gila....penguatkuasa Melayu tu pakai rentap2.  YG couple Chinese tu merayu-rayu minta lepaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
menderita sejak SETAHUN lalu?? kenapa baru skrg diselamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Omaigod,  kejamnya manusiaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tq yg bantu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berhati perut betul orang yang buat macam tu. Panjang umur anjing tu walau dah setahun derita. Terima kasih kepada yang sudi membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zalim sungguh siapa yg buat kt anjing tu, tu bukan manusia dah tu dah sama lavel dgn binatang tp binatang pun tk sekejam tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 07:23 AM | Show all posts
Ya allah...sedihnya. Menangis tgk gbr ni kat smlm. Kenapalah manusia semakin kejam...apa salah anjing ni! Semoga manusia yang buat ni dilaknati Allah sbb anjing ni ciptaan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala, anak sendiri pun manusia sanggup rogol/bunuh dengan kijam, inikan pula takat anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 08:49 AM | Show all posts
ADUH ZALIM NYE MANUSIA ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:00 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 13-10-2019 10:32 PM
menderita sejak SETAHUN lalu?? kenapa baru skrg diselamatkan

nampak orang je dia lari..trauma kot tgk orang..dalam kepala dah tertanam manusia le punca aku kena macam ni...ni pun dapat tangkap sebab dia termasuk perangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu je la balasan Tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
abas8888 replied at 14-10-2019 09:00 AM
nampak orang je dia lari..trauma kot tgk orang..dalam kepala dah tertanam manusia le punca aku ken ...

oh kira mmg dah lama la percubaan nak tangkap ni....kesian anjing tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga orang yang ikat dawai kat anjing ni kena gilis lori pinggang putus dua
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 03:44 PM | Show all posts
jahatnya la manusia buat kat anjing mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 04:25 PM | Show all posts
zalimnyaaaa..
knapa tergamak siksa binatang mcm tu...

aku terpijak ekor kucen pun boleh kemurungan...

org ni plk sanggup ikat perut anjing tu dgn dawai sampai melekat mcm tu..zalimnyaaa..

semoga org yg buat tu dpt cash kat dunia ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081349s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list