Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
507
View
2
Reply

[Tempatan] Pemetik api sambar tilam, lelaki melecur hampir seluruh badan.

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-10-2019 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Pemetik api sambar tilam, pemuda

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/506675/pemetik-api-sambar-tilam-pemuda

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 8:47 PM

Muhammad Apendy Issahak
apendy@nstp.com.my


PEMUDA diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital. FOTO Ihsan Bomba.

LELAKI melecur hampir seluruh badan selepas tilam di dalam biliknya di Kampung Tersusun Batu 5 Tambun, Ipoh terbakar, hari ini.
Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 40-an yang mengalami masalah mental dipercayai bermain pemetik api hingga tilam itu terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 1.35 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh ke lokasi.

Tilam di dalam bilik di rumah itu musnah 90 peratus, namun kebakaran tidak membabitkan struktur rumah dan dipadamkan tuan rumah sebelum bomba tiba di lokasi.

Terdapat seorang lelaki berusia 40-an didapati melecur anggota badan dan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bertindak memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Idris Ibrahim itu tamat pada 2.04 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:14 PM | Show all posts
kasihan bomba terpaksa datang sampai pakai scuba diving untuk padamkan kebakaran tilam. pernah tengok bomba hampir maut sebab struktur bangunan kedai hampir runtuh lepas terbakar.

mana2 kawasan terbakar kalau ada garisan kuning atau garisan tali bomba polis jangan lalu sebab kemungkinan struktur bangunan dah tak selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 11:07 AM | Show all posts
ini adalah salah perokok. sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081044s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list