Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
994
View
4
Reply

[Tempatan] Olahragawati Paralimpik 2016: Dulu atlet gemilang, kini jual tisu

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-10-2019 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 13-10-2019 01:37 PM

Dulu atlet gemilang, kini jual tisu

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/506623/dulu-atlet-gemilang-kini-jual-tisu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 6:04 PM

Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


KOH menceritakan kisah hidupnya ketika ditemui media, hari ini.  FOTO Ramdzan Masiam.

SEPANJANG kariernya, wanita ini pernah menerima anugerah Olahragawati Paralimpik 2016 berikutan kecemerlangan ketika mewakili negara dalam acara renang.

Malah, bekas atlet orang kurang upaya (OKU) itu juga pernah mengharumkan nama negara apabila merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak masing-masing ketika beraksi dalam kejohanan ASEAN Para Games pada 2001 hingga 2005.

Namun, kegemilangan itu hanya dirasai seketika sahaja dan kini, Koh Lee Peng, 46, terpaksa menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual tisu di sekitar Bandar Perda, Bukit Mertajam untuk menyara hidupnya.

Cacat kedua-dua kaki dan bergerak dengan kerusi roda, Koh menerima cemuhan masyarakat apabila didakwa dipergunakan pihak tertentu untuk mengutip derma dan cari wang dengan mudah.

Selain ada juga antara mereka yang mengatakan dia warga asing yang berasal dari Vietnam, Thailand atau Filipina.

Jika diikutkan, memang kecewa dengan tohmahan orang ramai itu kerana saya menjual tisu untuk mencari rezeki, menyara hidup saya dan bukannya meminta sedekah.

Namun, ramai yang memandang sinis pekerjaan ini, malah mereka pun tidak tahu saya bekas atlet renang OKU yang harumkan nama negara satu masa dahulu, katanya yang ditemui ketika menerima sumbangan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Taman Tun Sardon, Georgetown, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim dan Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Koh berkata, sebelum ini dia bekerja di kawasan pulau namun, pergerakannya terbatas kerana perlu menaiki tangga untuk ke pejabat.

Katanya, dia mula berniaga selepas berjumpa kenalan yang terpisah 20 tahun lalu.

Rakan tawarkan peluang belajar selok belok perniagaan dan saya tidak menolak kerana mahu belajar berdikari walaupun terpaksa menerima cemuhan orang ramai, katanya.

Sementara itu Noorul Ariffin berkata, selain menerima wang sara hidup berjumlah RM300 sebulan, YAKEB turut menyerahkan cek berjumlah RM5,000 sumbangan Yayasan Tan Sri Muhyiddin kepada bekas atlet renang itu.

Selain itu, kunjungan kita hari ini juga bagi mengukur kaki palsu yang akan diserahkan kepada bekas atlet bola sepak negara (V Krishasamy, 71) yang kaki kirinya terpaksa dipotong akibat kencing manis.

Kaki palsu berharga RM10,000 itu akan diserahkan selepas ia siap kelak, katanya yang memberitahu YAKEB turut membantu membiayai rawatan bekas atlet bola sepak negara era 70-an, Rahim Mohamad, 63, yang menghidap sakit jantung.

Katanya, Rahim dimasukkan ke hospital untuk jalani pembedahan jantung dengan bil mencecah RM5,000.

Menurutnya, semua kos rawatannya atas pembiayaan YAKEB sejak 2013.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Give this lady a medal
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 10:17 PM | Show all posts
aku pernah terbaca yg perempuan cacat penglihatan dok nyanyi solo dpn pertama & sogo tu pun atlet paralimpik....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:01 AM | Show all posts
hmmm..apa nasib kawan aku,...atlit paralimpik jugak
zaman dulu iols xder phone nak simpan no dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 09:51 AM | Show all posts
patutnya semua atlet diwajibkan amik kelas kemahiran,
barula bole pi bertanding

ni ajar 1 benda aja kt pusat sukan,

kemahiran tu perlu utk kelangsungan hidup

cam ada sstgh pusat tahfiz yg ajar kelas memasak, wayering, bertani, sekalipun jadual nya sibuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090806s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list