Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
1847
View
64
Reply

[Tempatan] PH akan ambil tindakan majikan SWASTA yang enggan beri cuti bersalin 90 hari

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-10-2019 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan akan dikenakan ke atas majikan swasta yang enggan beri cuti bersalin 90 hari
Bernama | Diterbitkan pada Oktober 12, 2019 15:50 MYT

IPOH: Majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, majikan swasta perlu mematuhi perkara itu yang dibentangkan semasa Belanjawan 2020 semalam.

"Sekiranya sektor awam boleh melaksanakannya mengapa tidak sektor swasta?" katanya pada sidang media Karnival Prihatin JobsMalaysia 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata, cuti bersalin selama 90 hari perlu dilaksanakan sebagai mengikuti standard antarabangsa walaupun pelaksanannya akan dimulakan pada 2021.
"Negara kita perlu mengikut 'international standard' dan mana-mana syarikat yang enggan melaksanakannya akan dikenakan tindakan," katanya.

Pada Jumaat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 berkata, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.
Kajian itu akan meliputi empat perkara antaranya meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.


Sementara itu, beliau berkata, insentif gaji #MalaysiaKerja akan diuruskan dan dikreditkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mengelakkan penyelewengan oleh pelbagai pihak termasuk majikan.

"Kerajaan akan membayar melalui KWSP kerana mereka dan majikan mempunyai rekod pekerja. Ia juga bagi mengelakkan majikan daripada menyeleweng wang itu," katanya.

Program pertama #GraduanKerja di bawah inisiatif #MalaysiaKerja direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan dengan setiap graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima.

Majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama.

Beliau berkata, setakat ini terdapat sebanyak 260,000 kekosongan pekerjaan yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia di JobsMalaysia bagi mendapatkan kerja yang diingini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 06:44 PM | Show all posts

sendiri mengandung sendiri tanggung, bukan majikan yg mengandungkan kau, betul tak ?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 06:46 PM | Show all posts

sektor awam - guna duit cukai, sektor - bayar duit cukai, mana sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 12-10-2019 06:44 PM
sendiri mengandung sendiri tanggung, bukan majikan yg mengandungkan kau, betul tak ?

I serabut la kalau staf cuti lm. Sighhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 12-10-2019 06:44 PM
sendiri mengandung sendiri tanggung, bukan majikan yg mengandungkan kau, betul tak ?

nampaknya company akan terima makcik makcik  hampir menopos utk isi kekosongan. pompuan subur takkan diterima
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 12-10-2019 07:41 PM
I serabut la kalau staf cuti lm. Sighhh

tempat kerja lama aku dulu budak2 akaun memasing berlumba beranak smp pening kami nak delegate kerja
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nati majikan langsung tak ambik staf pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 12-10-2019 07:46 PM
Nati majikan langsung tak ambik staf pompuan

memang itu yg aku jangka. klu amik pun yg dah retire utk pregnant. 40an
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 12-10-2019 07:46 PM
Nati majikan langsung tak ambik staf pompuan

Tu la.ni ade rase2 mcm x nak ambik. Company kecik, kena byr gaji org yg x kerja n kena cari staf ganti. Sighhh.
Tp 60 hari tu bearable la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 12-10-2019 07:53 PM
memang itu yg aku jangka. klu amik pun yg dah retire utk pregnant. 40an

Cerdik sangat lah ph tu
Dahla sekarang Industri kuncup tak kembang lagi nak kena bayar gaji org tak kerja 3 bulan pastu nak bayar staf ganti pulak
Langkah mudah takyah ambik staf pompuan
Pastu Tanya napa Gomen boleh swasta
Tak boleh
Huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 12-10-2019 07:54 PM
Tu la.ni ade rase2 mcm x nak ambik. Company kecik, kena byr gaji org yg x kerja n kena cari staf g ...

Selamat kan diri sendiri jelah dulu... Lai lah kerajaan cover gaji org tak keje tiga bulan sebab bersalin tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:05 PM | Show all posts
putericahaya999 replied at 12-10-2019 07:58 PM
Cerdik sangat lah ph tu
Dahla sekarang Industri kuncup tak kembang lagi nak kena bayar gaji org  ...

terutama company kecik yg tak byk staff. Mcm mana nak byr 2 orang punya pekerja. Nak compare dgn negara maju. Tp tengoklah Msia ni setara ke dgn negara yg di compare tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:06 PM | Show all posts
noraidil_06 replied at 12-10-2019 07:54 PM
Tu la.ni ade rase2 mcm x nak ambik. Company kecik, kena byr gaji org yg x kerja n kena cari staf g ...

company aku sd sound sound, cari pompuan yg 40 plus. Pass the child bearing age. Makcik makcik nak menopos. aku ok je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-10-2019 08:10 PM | Show all posts
aku pernah tgk ada satu division tu, berpuluh-puluh staff wanita. staff lelaki cuma satu.
kalau kerap sgt cuti bersalin 90 hari
punah la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini peluang cerah@membuka peluang kerja  kepada 'PEREMPUAN YANG TIDAK BOLEH MENGANDUNG@NYAH'.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:25 PM | Show all posts
R2D2 replied at 12-10-2019 08:10 PM
aku pernah tgk ada satu division tu, berpuluh-puluh staff wanita. staff lelaki cuma satu.
kalau ker ...

nampaknya pompuan pompuan dlm ofis tu kena amik tiket giliran siapa mengandung dulu dan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
No komen la.. Aku kerja sendiri.. Hahahaha.. Tapi aku rasa aku bakal pening + muntah juga bila plan aku berjalan lagi 2 tahun.. Jenuh nak cari org cover + tambah lagi perbelanjaan utk gaji pekerja sambilan yg aku ambik utk ganti pekerja yg cuti bersalin.. Huhuhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-10-2019 08:45 PM
No komen la.. Aku kerja sendiri.. Hahahaha.. Tapi aku rasa aku bakal pening + muntah juga bila plan  ...

amik jer nyah kojo....selesai..kihkihkih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:56 PM | Show all posts
Asdan replied at 12-10-2019 06:46 PM
sektor awam - guna duit cukai, sektor - bayar duit cukai, mana sama

xyah la amik pekerja pompuan
simple kan?

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 12-10-2019 08:52 PM
amik jer nyah kojo....selesai..kihkihkih...

Choiii.. Mana boleh jaga pesakit wanita.. Ada batas aurat la weiii... Nyah pun tetap lelaki.. Buatnya tiba2 dia bernafsu lelaki tgk bahagian pesakit wanita walaupun tua.. Ang nak ka baca kat forum ni "seorg wanita tua berusia 80+ dicabul oleh penjaga beliau yg mana seorg maknyah"..harus aku kena cerca ok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
5.577994s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list