Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
482
View
1
Reply

[Tempatan] FMK tutup 27 hb Oktober ni

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-10-2019 03:55 PM | Show all posts |Read mode
PELAKON Fizo Omar memutuskan untuk menutup operasi restoran Fizo Mawar Kitchen (FMK) di Bandar Baru Bangi dan Kota Bharu, Kelantan mulai 27 Oktober ini selepas berbincang dengan bekas isteri, Mawar Karim.

Fizo, 34, atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata, walaupun ia satu keputusan yang berat, tapi terpaksa berbuat demikian terhadap restorang yang beroperasi sejak empat tahun lalu itu.

"Sebenarnya berat untuk saya umumkan keputusan ini. Selepas berfikir, ini yang terbaik untuk kami. Saya dan Mawar berbincang dan bersetuju untuk tamatkan operasi FMK di Bangi dan Kota Bharu.

"Banyak kenangan, usaha dan wang ringgit dilaburkan. Namun, apabila ini terjadi, macam-macam perasaan dengan pelanggan kami. Malah, semasa kami berpisah tempoh hari pun banyak pelanggan mesej janganlah tutup. Ini mereka sudah sebati dengan makanan kami. Apapun, saya percaya Allah ada perancangan terbaik untuk kami," katanya.

Menurut Fizo, banyak kenangan bersama FMK sepanjang beroperasi selain itu juga hadiah buat bekas isterinya itu.

"Kebanyakan menu di FMK adalah kegemaran Mawar dan ibu saya. Saya sendiri pergi belajar di Thailand dan cari menu di sana. Ibu juga ajar memasak sebab dia orang Thailand.

"Apa pun, saya minta maaf kerana terpaksa buat keputusan ini. Selama lebih empat tahun beroperasi, berdasarkan data lebih 300,000 pelanggan yang datang dan ada antaranya pelanggan setia. Saya tahu ramai terkejut dan tak boleh terima kenyataan ini.

"Alhamdulillah, dengan adanya FMK ini kita dapat berkongsi rezeki dengan 100 orang pekerja yang keluar masuk dan mencari rezeki dengan kami. Terlalu banyak kenangan dan terima kasih rakan selebriti yang pernah datang menjadikan 'port' jika datang ke Bangi," katanya.

Fizo berkata, bersempena penutupan operasi FMK, dia akan mengadakan majlis bagi meraikan peminat dan pelanggan tetap.

"Saya tetap bersyukur Allah beri peluang untuk saya mempunyai restoran idaman saya. Saya merancang untuk buat majlis dengan pelanggan dan peminat hujung bulan ini

"Tarikh tepat saya akan maklumkan nanti. Mungkin akan buat promosi seperti nasi berharga 90 sen. Insya-Allah saya akan fikir bagaimana sesi itu nanti," katanya.

Fizo dan Mawar yang berkahwin pada November 2013 bercerai talak satu pada 10 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 3:41 PM
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.075403s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list