Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123
Return to list New
1628
View
48
Reply

Simpati Terhadap LTTE Sama Seperti Umat Islam Malaysia Bersedih Nasib Palestin, Rohingya

[Copy link]

Author: hussaini4675    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 12-10-2019 08:43 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 12-10-2019 08:45 PM

PERANG EELAM 2 (1990 - 1995) BAHAGIAN 2







Dalam Bahagian 1 kita dah lihat akan sebab C sebab berlakunya pemberontakan etik Tamil di Sri Lanka. Bagaimana mereka mendapat sokongan dan latihan ketenteraan oleh kerajaan India, tercetusnya konflik bersenjata setelah LTTE menyerang pasukan ronda Bravo Four Four tentera Sri Lanka, peristiwa rusuhan kaum Black July apabila kaum Sinhala merusuh selama seminggu dan membunuh 4,000 orang C orang Tamil, dan campurtangan tentera India di bumi Sri Lanka dengan menghantar kontinjen seramai 100,000 Indian Peace Keeping Force (IPKF) dari tahun 1987 hingga 1990. IPKF berusaha membantu Sri Lanka melucutkan senjata pemberontak LTTE dan mewujudkan keamanan.

Pada bulan Jun 1989, kerajaan Sri Lanka telah mengadakan gencatan senjata Bersama LTTE. Bagaimanapun, selepas pengunduran tentera India (IPKF), kerajaan pimpinan Presiden Premadasa masih gagal dalam rundingan untuk mencapai persetujuan dengan LTTE. Apabila Menteri Pertahanan Ranjan Wijeratne mengarahkan LTTE meletakkan senjata, pemimpin LTTE memberi amaran yang mereka akan terus memerangi kerajaan Sri Lanka. Tempoh tahun 1990 hingga 1995 dikenali sebagai Fasa Perang Ealaam II).

Pergolakkan kali ini dimulakan oleh LTTE setelah mereka membunuh hampir 600 anggota polis Sinhala dan Muslim setelah mereka diarahkan oleh Premadasa untuk menyerah kepada LTTE pada 11 Jun 1990. Sehari sebelumnya, LTTE telah mengusir 28,000 orang Muslim dari Jaffna.

Sebelum insiden tersebut, tentera C tentera Sri Lanka masih di kem C kem mereka lagi, tiada tindakan diambil ke atas sebarang aktiviti LTTE kerana khuatir akan melanggar gencatan senjata. Walaupun pihak tentera telah mengumpul maklumat bahawa LTTE sedang membuat persediaan untuk berperang dengan membina kubu - kubu konkrit (bunker) dan lain C lain persediaan, namun Kementerian Pertahanan masih tidak membuat apa C apa keputusan. Pada 7 Jun 1990, sepasukan tentera Sri Lanka telah diserang oleh LTTE di Mullaitivu, mengorbankan seorang dan sembilan lagi cedera.

Pada 10 Jun 1990, seorang pemuda Muslim ditahan oleh polis. Pemuda ini adalah tukang jahit yang berkerja untuk LTTE. Pada 9.30 pm kader bersenjata LTTE telah datang ke balai polis meminta pemuda tersebut dibebaskan, tetapi anggota polis mengatakan pemuda tersebut telah dihantar ke hospital. Keesokkannya, pada jam 6 pagi, seramai 250 kader LTTE telah mengepung Balai Polis Batticaloa dan menculik 3 anggota polis. Kemudian, anggota polis Sinhala dan keluarga mereka dibawa ke lapanganterbang, manakala anggota polis Tamil dan ahli keluarga mereka dibawa ke Gereja St. Mary. Mereka turut merampas lebih 200 laras raifal T56 dan T84S, 78 raifal .303, 28 SMG dan 78 laras SAR 80.

LTTE mengarahkan kesemua balai polis di wilayah timur dikosongkan menjelang 2.30 petang. Ketua Polis Sri Lanka, Ernest Perera atas permintaan Presiden Ranasinghe Premadesa mengarahkan semua anggota polis meletakkan senjata setelah mereka diberikan jaminan keselamatan dan akan dibebaskan. Seramai 899 anggota polis telah ditawan tetapi 125 berjaya melarikan diri. Baki tahanan dibawa ke hutan C hutan di Vinayagapuram dan Trincomalee. Dianggarkan 600 hingga 774 anggota polis telah ditembak mati.

ASP Ivan Boteju ketua balai Kalmunai melawan dan bertempur sehingga jam 6 petang telah meminta bantuan artileri dan serangan udara tetapi telah dinafikan. Pada jam 5.20 pm, beliau dihubungi oleh Ketua Polis dan diarahkan menyerah diri kepada LTTE. Setelah LTTE merampas peralatan perhubungan, mereka kemudian dibunuh di hutan Tirukkovil. Di Kalmunai pula, LTTE menyerang konvoi tentera, membunuh 10 anggota. Di kawasan ini dilaporkan 324 anggota polis Sinhala dan Muslim telah dibunuh.

Pada 18 Jun 1990, Menteri Pertahanan Ranjan Wijeratne, semasa di Parlimen mengumumkan mulai dari sekarang, kita lancarkan perang habis C habisan, tiada jalan lain. Maka bermulalah fasa Perang Eelaam II. Akibat pengunduran tentera dari Kokavil, Mankulam, Killinochchi dan Silavathurai, LTTE telah mengambil alih kawalan kawasan C kawasan ini dan Berjaya memutuskan hubungan jalan darat ke Semenajung Jaffna. Menjelang bulan Julai 1990, LTTE menguasai kebanyakan kawasan di utara dan timur Sri Lanka.

LTTE melakukan satu lagi pembunuhan beramai C ramai di Palliyagodella sebuah perkampungan yang bersempadan dengan wilayah utara. Menurut kenyataan kerajaan Sri Lanka kira C kira 150 gerila LTTE menyerang dan membunuh hampir 170 orang Sinhala dan Muslim. Sebelum insiden ini, berlaku ketegangan antara penduduk kampung dengan LTTE. Mereka telah meminta perlindungan dari LTTE yang memeras ugut orang C orang kampung. Pihak kerajaan telah membekalkan mereka dengan senapang patah, tetapi ini tidaklah mencukupi untuk berhadapan dengan gerila LTTE yang lengkap bersenjata. LTTE telah melontar grened ke dalam masjid membunuh kira C kira 40 orang, dan terus mengganas dengan membunuh wanita serta kanak C kanak. Mereka berundur apabila anggota tentera tiba dengan helikopter.

Pada 21 May 1991, pengebom bunuh diri LTTE, seorang wanita bernama Thenmozhi Rajaratnam (Dhanu) telah membunuh Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi (dan 14 orang lagi) semasa beliau berkempen di Chennai, Tamil Nadu. Sebelum itu, pada bulan Ogos 1990, Rajiv Gandhi telah membuat kenyataan bahawa beliau akan menghantar kembali pasukan tentera India (IPKF) ke Sri Lanka jika beliau terpilih lagi untuk menjadi Perdana Menteri. Kenyataan ini membangkitkan kemarahan LTTE. Walaupun LTTE tidak pernah mengaku melakukan pembunuhan tersebut, adalah dipercayai ianya dilakukan atas dua perkara. Pertama C membalas dendam atas pembunuhan yang dilakukan oleh tentera India (IPKF) sepanjang mereka berada 3 tahun di Sri Lanka, dan kedua C LTTE khuatir Rajiv Gandhi akan megotakan janjinya untuk menghantar kembali tentera India jika beliau memenangi pilihanraya. Apapun, keputusan membunuh Rajiv Gandhi ini dilihat sebagai satu kesilapan paling besar dilakukan oleh LTTE. LTTE diharamkan di Tamil Nadu dan sebahagian rakyat Tamil India hilang kepercayaan kepada LTTE.

Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa juga menemui nasib yang sama setelah terbunuh bersama 17 mangsa lain pada jam 12.45 petang semasa menghadiri perhimpunan Hari Pekerja pada 1 May 1993. Mangsa yang cedera pula adalah 38 orang, termasuk 7 parah. Polis menemui kepala pengebom tersebut yang telah putus, dengan kapsul cyanide didalam mulutnya, Teknik yang biasa diguna pakai oleh pemberontak LTTE.

Selain kedua ketua negara diatas, 9 menteri, 26 ahli parlimen, 22 ahli politik, 12 pegawai kanan tentera turut menjadi mangsa pembunuhan sepanjang tempoh perang saudara ini.
Dalam Fasa Perang Eelam II ini beberapa operasi penting telah dilaksanakan, antaranya :-


a) Pertempuran Kokavil 27 Jun C 11 Julai 1990
b) Operasi Balavegaya (Op Power Force) C 14 Julai C 9 Ogos 1991
c) Pertempuran Elephant Pass I C 10 Julai C 9 Ogos 1991
d) Pertempuran Pooneryn C 11 Nov C 12 Nov 1993



BERSAMBUNG


Foto : Wilayah utara yang bergolak dan bulldozer yang digunakan oleh LTTE




Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
HangPC2 replied at 12-10-2019 12:25 AM
PERANG EELAM 1 (1983 - 1987) BAHAGIAN 1



Ammaaakkk, naaalaaarakireeen
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 09:50 PM | Show all posts
HangPC2 replied at 12-10-2019 08:43 PM
PERANG EELAM 2 (1990 - 1995) BAHAGIAN 2

menunggu part 3 pula
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:14 PM | Show all posts
PERANG EELAM 2 (1990 - 1995) BAHAGIAN 3









Dalam bahagian ke C 2 fasa Perang Eelam II berlangsung selama 5 tahun (dari 1990 hingga 1995). Permulaan fasa ke C 2 adalah serangan LTTE ke atas balai C balai polis di wilayah timur Sri Lanka. Bagi mengelakkan situasi menjadi lebih buruk, kerajaan Sri Lanka telah meminta anggota C anggota polis menyerah kepada LTTE setelah LTTE memberikan jaminan tidak akan mengapa C apakan mereka. Namun setelah mereka menyerah, mereka di bawa ke hutan C hutan dan dibunuh oleh LTTE. Seramai 774 anggota polis telah dibunuh dengan cara ini.

Operasi Balavegaya (Op Power Force) C 14 Julai hingga 9 Ogos 1991 adalah operasi besar C besaran yang berjaya dalam fasa ke C 2 perang ini. Empat hari sebelum operasi ini, LTTE telah melancarkan satu operasi di kawasan strategik Elephant Pass. Ia merupakan serangan LTTE yang terbesar pernah dibuat dan juga dikenali sebagai Pertempuran Elephant Pass Pertama. Serangan ke atas kem yang diduduki oleh 800 anggota Batalion ke C 6 Rejimen Sinha berlangsung pada waktu subuh disokong oleh tembakan mortar termasuklah kemaraan sebuah bulldozer yang telah diubahsuai dengan penambahan perisai. Beratus C ratus pejuang melakukan serangan secara gelombang tetapi hanya beberapa posisi sahaja jatuh ke tangan mereka. LTTE telah berjaya megepung kem ini.

Tentera Sri Lanka cuba menghantar bantuan dengan helikopter, tetapi gagal mendarat di dalam kawasan kem kerana tembakan LTTE. Pertempuran berlangsung selama empat hari, mujurlah 60% bantuan makanan dan amunisi yang digugurkan dari udara jatuh ke dalam kawasan kem. Pada masa inilah Lans Koperal Gamini Kularatne berjaya meghentikan kemaraan bulldozer perisai LTTE dengan memmanjat dan melontar grened ke dalamnya. Beliau sendiri maut kerana ditembak bertubi C tubi. Semangat keperwiraannya melayakkannya mendapat anugerah pingat keberanian tertinggi Sri Lanka, Parama Weera Vibhushanaya.

Empat hari kemudian Operasi Balavegaya I, dilancarkan. Serangan amfibi ini dilakukan kerana memintas jalan darat ke Elephant Pass yang telah disekat oleh gerila LTTE. Jika serangan dilakukan mengikut Elephant Pass, ia akan melengahkan bantuan tiba ke kem Rejimen Sinha yang telah terkepung itu. Seramai 10,000 anggota terlibat, dari unit C unit Rejimen Infantri Ringan Sri Lanka, Rejimen Sinha, Gemunu Watch, Rejimen Gajaba dan lain - lain unit sokongan. Floatilla kapal C kapal pendarat, bot meriam dan bot penyerang laju digunakan dalam misi pendaratan ini. Pendaratan pertama dilakukan 12 km di timur Elephant Pass dan mendapat sokongan udara dari pesawat ringan SIAI Marchetti SF260.

Kawasan pertempuran adalah lapang dengan sedikit bukit pasir dan pokok palmyra (kelapa laut afrika). Ia kurang memberikan perlindungan dari tembakan artileri, meriam kapal atau serangan udara. Ia mengambil masa 18 hari bagi pasukan bantuan untuk tiba ke Elephant Pass kerana tentangan LTTE dan juga peiuk C periuk api yang telah ditanam oleh LTTE. Pada minggu ke C tiga pertempuran, Rejimen Peninjau Pertama. Kor Armor Sri Lanka Berjaya menembusi pertahanan musuh walaupun 2 buah kereta perisai Alvis Saladin turut musnah. Rejimen Peninjau ke C 3 turut membantu dengan kereta perisai Saracen dan Buffel.
Keseluruhannya 573 gerila LTTE Berjaya dihapuskan, termasuk 123 gerila wanita. Bagi pihak kerajaan pula, 202 kematian direkodkan.

Kem C kem tentera di Elephant Pass dan Poonaryn telah berjaya menghalang pergerakan bebas gerila LTTE dari Wanni dan Jaffna. Garisen di Poonaryn telah menempatkan 1 x batalion Rejimen Infantri Ringan dan 3 x batalion Rejimen Gajaba, bersama C sama unit perisai dan dua buah kereta kebal T-55.

Pada 11 November 1993, gerila LTTE melancarkan Operasi Frog (Pertempuran Poonaryn) dengan menyerang serentak kem C kem tentera dan pangkalan tentera laut berdekatan. Serangan mengejut ala komando oleh LTTE Berjaya menembusi kem di Pooneryn dan pangkalan tentera laut Nagathevanthurai, memusnahkan beberapa bot, dan merampas beberapa lagi. Beberapa mortar dan dua buah kereta kebal T-55 juga telah Berjaya ditawan oleh LTTE. Seramai 241 tentera Sri Lanka terbunuh, dan kira C kira 200 lagi ditawan / hilang dan dipercayai telah dibunuh oleh LTTE. Pihak LTTE mengalami 200 kemalangan jiwa. Bantuan tiba di kem Pooneryn empat hari kemudian.

Selepas 1993 tiada lagi pertempuran besar C besaran berlaku. Kedua C dua pihak bersetuju dengan gencatan senjata pada awal 1995, namun kedamaian hanya dikecapi selama 100 hari apabila LTTE sekali lagi mencabuli gencatan senjata dengan menyerang dan menenggelamkan bot tentera laut SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru pada 19 April 1995 menandakan bermulanya fasa Perang Eelam III (1995 hingga 2000).




Foto : Sri Lanka Armoured Corps & LTTE Operation Frog (Poonakari)



BERSAMBUNG (Perang Eelam III)



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:36 PM | Show all posts
PERANG EELAM 3 (1995 - 2000) BAHAGIAN 4










Perang saudara ini telah memasuki fasa ke C 3 setelah berlanjutan selama 12 tahun. Fasa ini turut dikenali sebagai Perang Eelaam III yang berlarutan selama 5 tahun lagi. Kedua C dua belah pihak iaitu LTTE dan tentera Sri Lanka saling melakukan ofensif. LTTE sendiri telah melancarkan satu siri serangan Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Wave) dengan serangan pertama pada tahun 1996 (berjaya menawan Mullaitivu), diikuti pada tahun 1998 (berjaya menawan Kilinochchi), 1999 (berjaya menawan Vanni) dan yang ke empat pada tahun 2000 dalam usaha menawan kembali Jaffna. Pada penghujung fasa ketiga ini, LTTE Berjaya menguasai 30% kawasan di Sri Lanka.

Gencatan senjata yang dipersetujui oleh kedua C dua pihak bertelagah hanya bertahan selama 100 hari. LTTE sekali lagi mencabuli perjanjian gencatan senjata dengan serangan yang dilakukan oleh penyelam komando dari unit Sea Tigers LTTE yang menenggelamkan 2 buat bot bersenjata Tentera Laut Sri Lanka, SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru di pelabuhan Trincomalee. Pada hari yang sama juga iaitu 19 April 1995, pemimpin LTTE Velupillai Prabhakaran mengutus surat kepada Presiden Kumaratunga bahawa gencatan senjata telah ditamatkan.

Beberapa jam selepas itu, 2 buah bot bersenjata (gunboat jenis Shanghai II) dari No. 3 Skuadron Bot Meriam Laju karam akibat letupan bom oleh LTTE itu. Penyelam tentera laut menemui 11 mayat anggota tentera laut Sri Lanka dan 4 mayat penyelam LTTE (termasuk 2 wanita). Walaupun bot C bot ini berjaya dinaikkan kembali, ia tidak dibaiki dan telah mengurangkan keupayaan tentera laut Sri Lanka melakukan rondaan di perairan antarabangsa bagi mencegah penyeludupan senjata ke Sri Lanka.

Operasi Riviresa I

Operasi Riviresa I (Op Sunrays) dilancarkan enam bulan selepas serangan LTTE di pangkalan tentera laut Trincomalee. Objektif operasi ini adalah untuk menawan Jaffna dari LTTE. Perancangan untuk operasi ini telah dilakar semenjak Jun 1993 (2 tahun sebelumnya), tetapi ketika itu, Presiden Sri Lanka agak kurang yakin dengan keupayaan tentera Sri Lanka untuk menawan kubu kuat LTTE, iaitu Jaffna. Maj Gen Rohan Daluwatte terlibat dalam perancangan dan persiapan operasi di bantu oleh Maj Gen Gamunu Kulatunge, Col. Lucky Rajasinghe dan Col. Mohan Rockwood.

Operasi ini melihatkan seramai 20,000 tentera telah diatur gerak dengan 3 formasi (51, 52 & 53 Divisyen). Divisyen ke C 51 dan 52 mengambil masa selama 2 bulan untuk mara sejauh 30 kilometer, kemudian dibantu oleh Divisyen ke C 53 yang terdiri dari 534 Briged Bebas, 531 Brigedd Mobil Udara, 533 Briged Armor dan 532 Briged Infantri). LTTE telah melakukan persiapan awal dengan menanam periuk api di semua jalan masuk ke Jaffna dan membina lebih pertahanan dengan bantuan dari gerila LTTE yang dating dari timur Sri Lanka. Pada 29 Nov 1995, 53 Division dibawah pimpinan Brig Janaka Perera melancarkan serangan ke atas kubu C kubu LTTE di Jaffna. Dengan kekuatan 3 briged (531, 532 & 534) melancarkan serangan secara serentak dan mengepung Jaffna, LTTE gagal mengatur pertahanan mereka dengan berkesan. Pada 2 Disember 1995, selepas pertempuran sengit selama 50 hari, Divisyen ke -53 berjaya memasuki bandar Jaffna tanpa tentangan (LTTE telah berundur dengan menggunakan bot C bot malam sebelumnya).

Operasi Riviresa I membuktikan bahawa kecekalan dan kesefahaman antara ahli politik dan angkatan tentera pada permulaan operasi berupaya memberikan hasil terbaik. Kejayaan ini juga adalah hasil kepimpinan yang baik dalam semua lapis angkatan tentera, tetapi malangnya pemimpin C pemimpin utama dalam operasi ini tidak kekal lama apabila 3 darinya terkorban dalam pertempuran selanjutnya dan 2 lagi bersara apabila berlaku perbalahan dengan pemimpin politik. Pemimpin politik telah memberi tekanan kepada panglima tentera supaya melakukan tindakan diluar keupayaan pasukan tentera kerana yakin LTTE akan hancur dalam masa yang singkat setelah Jaffna ditawan. Ahli politik juga mengejar populariti dan mengetepikan objektif masa panjang tentera untuk memenangi hati dan fikiran penduduk Tamil.

Pertempuran Mullaitivu (18 Julai 1996)

LTTE melancarkan Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves) ke atas pengkalan tentera Sri Lanka di Mullaitivu di timur laut Sri Lanka. Pertempuran mengorbankan 1,400 tentera Sri Lanka dan 330 gerila pemberontak LTTE.

Setelah tewas kepada tentera Sri Lanka dalam Operasi Riviresa I, LTTE telah berundur dari semenanjung Jaffna ke wilayah Vanni dan menubuhkan markas mereka di Kilinochchi. Lima tahun sebelumnya (1990) tentera Sri Lanka telah membesarkan kem di Mullaitivu. Semua penduduk Tamil telah meninggalkan pekan tersebut. Kedudukan kem tersebut agak terasing kerana berada di dalam wilayah majoriti Tamil, dan pengkalan tentera yang terdekat adalah 35 km ke selatan, tiada penghubung jalan darat ke kem tentera di Mullaitivu. Semua bekalan terpaksa dihantar menggunakan jalan laut atau udara, memberikan beban tambahan kepada tentera laut dan udara. Kem ini bertanggungjawab menantau aktiivti Sea Tigers dan penyeludupan. Ia juga merupakan markas kepada Briged ke C 25 dan menempatkan Batalion 6, Rejimen Infantri Vijayabahu serta Batalion 9, Rejimen Sinha dengan kekuatan 1,407 anggota (termasuk 49 polis dan 81 awam).

Pada hari serangan dlancarkan, dua pegawai paling kanan, Col. U.B. Lawrence Fernando dan timbalannya Lt. Col. Gunaratne sedang berada di Colombo. Persiapan untuk menyerang mengambil masa beberapa minggu, termasuklah melakukan muslihat dengan menarik perhatian tentera ke kawasan lain. Mereka melakukan banyak pergerakan berhampiran kem C kem tentera di Elephant Pass dan Pooneryn hingga pada satu ketika sebulan sebelum serangan dibuat, tentera di pos pemerhati melaporkan telah melihat gerila C gerila LTTE sedang mengusung keranda C keranda menimbulkan syak wasangka LTTE sedang merancang sesuatu di kawasan tersebut jauh dari Mullaitivu.

Kira C kira 2,000 gerila LTTE melakukan serangan pada jam 1.30 am dari arah utara dan selatan, manakala Sea Tigers pula menyerang dari arah timur. Selepas 8 jam bertempur, LTTE Berjaya menembusi pertahanan kem, dan sejam berikutnya mereka Berjaya menawan tapak artileri, amra dan memusnahkan menara komunikasi. Buat seketika, anggota Rejimen Infantri Vijayabahu berjuang bermati C matian dan dapat bertahan hingga ke senja. LTTE berkumpul semula dan menyambung serangan ke atas saki baki tentera yang bertahan. Malangnya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

Menjelang subuh hanya tinggal 207 anggota tentera yang tinggal. Semasa ditawan, seorang pegawai muda telah melontar sebutir grened ke arah sekumpulan pemimpin LTTE, membunuh 6 orang termasuk seorang pemimpin kanan LTTE. Marah dengan tindakan tersebut, LTTE telah membakar hdup C hidup semua tawanan.

Tentera Sri Lanka bagaimanapun cuba menghantar bantuan pada hari yang sama dengan Operasi Thrivida Pahara. Tentera yang berpengkalan di semenanjung Jaffna telah digerakkan ke Mullaitivu (30 km) dengan menaiki kapal dagang. Setibanya di Mullaitivu, mereka dipindahkan ke lancang pendarat dan bot C bot kecil apabila merapati pantai. Tentera udara menggunakan jet C jet Pucara, Kfir dan helikopter bersenjata Mi-24 untuk melakukan serangan ke atas posisi LTTE di sekitar kem.

275 anggota komando dari Batalion 1, SF Regiment tiba di kawasan pantai dengan helikopter Mi-17 pada jam 4.30 pm bagi membantu pendaratan pasukan infantri. Bagaimanapun mereka mendapat tentangan hebat LTTE. Serangan udara dari jet Kfir sebaliknya mengenai kedudukan pasukan komando, membunuh 20 dan mencederkan 60 lainnya, termasuk komander pengkalan Col. Lawrence Fernando dan Lt. Col A.F. Lafir yang mengepalai pasukan Special Forces Regiment.

Batalion 2, SF Regiment diarahkan membantu pada malamnya. Mereka Berjaya membuat radio contact dengan anggota Rejimen Infantri Vijayabahu yang terkepung. Apabila pasukan bantuan dari kapal cuba mendarat, konvoi tentera laut telah diserang kira C kira 200 bot C bot kecil dari pasukan Sea Tigers. Ada antara bot C bot ini membawa bahan letupan. Lancang C lancang pendarat dilindungi oleh bot meriam SLNS Ranaviru (kelas Shanghai II) dan 6 buah bot Dvora melakukan manuver yang melakukan manuver. Sebuah bot LTTE telah berjaya merempuh SLNS Ranaviru dan melumpuhkannya, bagaimanapun, ia terus melepaskan tembakan perlindungan sehinggalah bot kedua merempuh mengakibatkan letupan yang kuat. SLNS Ranaviru karam Bersama 36 anak kapalnya. Pendaratan pasukan infantri terpaksa ditangguhkan.

Tiga hari kemudian, pada 21 Julai 1996 kesemua pasukan dapat bergabung di pantai. Mereka terdiri dari Bn 2 Special Forces Regiment, Bn 6 Infantri Ringan Sri Lanka dan Bn 7 Gemunu Watch. Mereka mendapat tentangan sengit tembakan mortar dari LTTE dan hanya boleh mara kearah kem 2 hari kemudian. Setibanya di kawasan kem, mereka dapati kebanyakan bangunan telah musnah dan bau mayat serta keadaan mereka amat menyedihkan.

Kerajaan Sri Lanka bercadang untuk membina kembali kem tersebut, tetapi tidak dipersetujui oleh tentera kerana risiko membina kem di kawasan terpencil yang dikuasai musuh mengundang bencana dan juga pembaziran sumber. Beberapa minggu selepas peristiwa tersebut, dilaporkan 2 pegawai dan 62 anggota terselamat dengan bersembunyi di ladang kelapa, perigi dan ada yang mengikut jalan hutan menuju ke kem berdekatan. Seorang anggota telah berenang ke bot tentera laut walaupun ditembak bertubi C tubi oleh LTTE.

Dalam pertempuran ini LTTE telah berjaya merampas 2 x meriam 122mm, 2 x 120mm mortar, 15 x 81mm mortar, 41 x 60mm mortar, 5 x GPMG dan ribuan peluru meriam serta mortar bernilai USD 20 juta. Pada tahun 1998, perisikan tentera telah melaporkan Capt. Suresh Raj, pegawai artileri etnik Tamil telah membocorkan maklumat lengkap kedudukan artileri dan lakaran kem kepada pihak LTTE. Hanya 13 tahun kemudian bandar Mullaitivu dapat ditawan kembali oleh tentera Sri Lanka.



Foto : Operasi Riviresa I (Op Sunrays), Pertempuran Mullaitivu, Meriam SLA Berjaya Dirampas oleh LTTE


BERSAMBUNG



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:10 PM | Show all posts
PERANG EELAM 3 (1995 - 2000) BAHAGIAN 5







Dalam bahagian ke C 4 kita dah lihat bahawa fasa ke -3 Perang Eelaam bermula pada 19 April 1995 apabila LTTE membatalkan gencatan senjata dengan menyerang pangkalan tentera laut dan menenggelamkan bot meriam SLNS Sooraya dan SLNS Ranasuru. Kemudian, tentera Sri Lankan bertindak balas dengan melancarkan Ops Riviresa I yang berjaya menawan Jaffna dari LTTE. Ini merupakan kejayaan besar mereka setakat ini. Pada tahun berikutnya, bulan Julai 1996 2,000 gerila LTTE telah melancarkan serangan mengejut ke atas kem tentera di Mullaitivu, menawan dan membunuh 1,400 anggota tentera Sri Lanka. Ia merupakan serangan pertama dari satu siri beberapa gelombang serangan yang dinamakan Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves).

Pada tahun 1997, tentera melancarkan pula Operasi Sath Jaya (Truths Victory) dengan objektif untuk menawan Kilinochchi, dan mereka berjaya setelah melakukan kepungan selama 70 hari. Pada tahun yang sama, dalam bulan Mei, Operasi Jayasikurui (Sure Victory) dilaksanakan. Bertujuan untuk membebaskan jalan darat sepanjang 70 km dari Vavuniya ke Kilinochchi dari pegangan LTTE, bagaimanapun usaha ini gagal setelah operasi berlangsung selama 18 bulan.

LTTE melakukan serangan ke C 2 dalam Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves). Mereka menawan kembali Kilinochchi selepas pertempuran sengit selama 3 hari. Pertempuran jarak dekat berlaku melibatkan kematian 520 gerila LTTE dan 443 tentera Sri Lanka dalam tempoh masa tersebut. Dalam Operasi Ranagosha (Battle Cry) pula tentera Sri Lanka berjaya menawan kawasan seluas 500 km persegi di wilayah Vanni, begitu juga Operasi Rivibala yang berjaya menawas kubu kuat LTTE di Oddusuddan dalam wilayah Mullaitivu.

Dalam Operasi Oyatha Alaikal Natavatikkal (Unceasing Waves) III pula pada bulan Oktober hingga November 1999, LTTE berjaya menawan kembali Oddusuddan dari pihak tentera, termasuk sejumlah besar senjata dan amunisi. Dianggarkan 800 anggota tentera terbunuh disini. Selepas menawan markas tentera di Kanakarayankulam, mereka mara ke untuk menawan sebahagian besar wilayah Vanni. Setelah berjaya membebaskan Vanni dari tentera mereka mara mendekati Jaffna dan pertempuran ini dikenali sebagai Pertempuran Elephant Pass ke-2 pada bulan April 2000.

Elephant Pass merupakan kawasan strategik yang menjadi rebutan kedua C dua pihak. Ia merupakan segenting yang menghubungkan Sri Lanka dengan semenanjung Jaffna dan dikenali sebagai Gateway to Jaffna. Lebuhraya A C 9 yang menghubungi Jaffna C Kandy dan jalan keretapi melalui Elephant Pass ini. Sesiapa yang menguasai segenting ini, menguasai jalan masuk ke Jaffna. Sembilan tahun sebelumnya LTTE cuba menawan kawasan ini tetapi mengalami kegagalan dan 1,000 kasualti. Pemimpin LTTE, Prabakaran kali ini menukar strategi dengan mengepung kedudukan tentera secara berperingkat sehingga berjaya memutuskan bekalan kepada mereka. Mereka cuba mengelak bertempur secara berhadapan kerana jumlah tentera yang ramai dan dan dilengkapi dengan baik. Kedudukan C kedudukan pasukan tentera di selatan dan utara ditawan satu persatu bagi membolehkan pangkalan utama diasingkan (isolate).

Kem C kem di pantai timur dan utara Elephant Pass telah ditawan terlebih dahulu apabila LTTE melancarkan operasi pada 11 Disember 1999. Divisyen ke C 54 telah diarahkan membantu Divisyen ke C 53 yang bertahan di sektor Elephant Pass. Divisyen ke C 53 merupakan pasukan elit yang telah dilatih oleh Pakistan dan Amerika. Pada 22 April 2000, LTTE dan pasukan Black Tigers melakukan dua serangan serentak di kem C kem yang terletak di Elephant Pass dari pelbagai arah. Pada petang harinya pasukan tentera telah diperintahkan melakukan evakuasi ke utara dan membina garis pertahanan baru. Ini adalah kerana mereka mengalami masalah kekurangan bekalan air yang sebelum ini bergantung kepada mesin memproses air (desalination) yang telah rosak.

Kali ini LTTE berjaya menawan 3 x 152 mm meriam, 2 x 122 mm meriam, 12 x 120 mm mortar berat, dan beberapa mesingan berat 12.7 mm, ratusan RPG serta ribuan lagi rifal. Beberapa buah kereta kebal, kereta perisai dan peralatan komunikasi canggih. Pertempuran ini merupakan kekalahan yang memalukan bagi tentera Sri Lanka dan mereka juga kehilangan Brigadier Percy Fernando, Col. Bhatiya Jayatilleka, Col. Neil Akmeemana, Col. Harish Hewarachi dan Lt. Col. Hewage Hewawasam.

Pertempuran berterusan sehingga 9 Mei 2000, dimana Tim. Menteri Pertahanan mengumumkan 758 tentera telah terkorban, 2,368 cedera dan 349 hilang. Kejayaan LTTE menawan senjata berat telah membimbangkan pucuk pimpinan tentera kerana terdapat 35,000 anggota tentera di Elephant Pass. Presiden Chandrika Kumaratunga telah meminta bantuan India untuk mengevakuasi tenteranya dari semenanjung Jaffna tetapi tidak dilayan.

LTTE meneruskan kemaraannya ke Jaffna, tetapi dalam beberapa pertempuran skala besar, ternyata LTTE tidak mempunyai kemampuan untuk berperang secara konvensional dengan tentera Sri Lanka yang jauh lebih lengkap. Selepas mengalami banyak kematian akibat serangan udara dan artileri, LTTE berundur untuk membina garis pertahanan baru di Muhamalai dan Nagarkovil. Empat bulan kemudian tentera melancarkan Operasi Agni Kella cuba menawan beberapa kedudukan LTTE, tetapi setelah mara beberapa kilometer, mereka terperangkap dalam tembakan mortar, artileri dan kawasan periuk api yang membahayakan kemaraan kereta perisai hingga terpaksa berundur.

Selepas beberapa rundingan, kerajaan dan LTTE menandatangani gencatan senjata pada 22 Februari 2002.



Foto : Gateway to Jaffna


BERSAMBUNG.Perang Ealaam IV (2006 C 2009)



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 11:14 PM | Show all posts
PERANG EELAM 4 (2006 - 2009) BAHAGIAN 6


(Fasa Perang Eelaam IV 2006 C 2009) Fasa Akhir





Fasa ke-4 perang saudara ini bermula pada 26 Julai 2006, iaitu setelah empat tahun kedua C dua pihak (kerajaan Sri Lanka dan LTTE) bersetuju menandatangani gencatan senjata pada 22 Februari 2002. Fasa ini adalah fasa terakhir perang yang membawa kepada kemenagan oleh kerajaan Sri Lanka dan terbunuhnya pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran. Ketika fasa ini berlangsung,

Sri Lanka telah mengembling tenaga 200,000 anggota berhadapan dengan 18,000 anggota LTTE. Pada penghujung perang 6,261 anggota tentera terkorban, manakala kematian bagi pihak LTTE dianggarkan 15,000 orang. Hari C hari terakhir pertempuran sengit di timurlaut Sri Lanka menyaksikan 300,000 penduduk Tamil terperangkap dalam pertempuran antara kedua C dua pihak. Dalam penulisan ini, pertempuran akan diceritakan dalam dua medan utama, iaitu medan timur dan medan utara (kubu akhir LTTE).

Pada 21 Julai 2006, LTTE telah menutup pintu air empangan Mavil Aru, sekaligus memotong bekalan air ke 15,000 perkampungan yang berada dibawah kawasan kawalan kerajaan. Setelah rundingan gagal membuahkan sebarang hasil, tentera udara telah melancarkan serangan ke posisi C posisi LTTE berhampiran empangan tersebut. Hanya pada 8 Ogos 2006 pintu air tersebut berjaya dibuka kembali.

Pertempuran di medan timur.

Pertempuran C pertempuran utama berlaku di Sampoor, Vakarai, Kanggikaaichchi Aru, Kokkadichloai dan Thoppigala. Bagaimanapun jumlah kemalangan jiwa bagi pihak tentera dan orang awam adalah rendah disini.

a) Pertempuran Sampoor C kawasan ini digunakan oleh LTTE sebagai tapak pelancar serangan artileri ke atas pelabuhan Trincomalee. Ofensif oleh tentera bermula pada Ogos 2006 dan berjawa menawan kawasan ini pada 4 September 2006.

b) Pertempuran Vakarai C pada 19 Januari 2007, kerajaan telah menuduh LTTE menggunakan orang awam di Hospital Vakarai sebagai perisai manusia dan menggunakan kawasan hospital sebagai tapak melancarkan serangan artileri. Pertempuran di Vakarai mengambil masa selama tiga bulan, yang tamat pada 15 januari 2007. Operasi dilaksanakan dalam dua fasa, dimana dalam fasa pertama, orang awam dipindahkan ke kawasan selamat yang dikawal oleh pihak pasukan keselamatan, dan pada masa yang sama pasukan DPU (Deep Penetration Unit) meyusup masuk ke kawasan LTTE dan melakukan serangan mengejut. Taktik ini dapat menghalang LTTE menjadikan orang awam sebagai tebusan. Fasa ke-2 pula bermula pada 4 Disember 2006 dengan kemaraan pihak tentera ke tiga kawasan iaitu Trikonamadu, Kirimichchiya dan Kadjuwatte dan memusnahkan semua sasaran musuh.

c) Pertempuran Ampara C Kanjikudichchi Aru, juga dikenali sebagai Operation Definite Victory. Dalam operasi ini, pasukan elit Special Task Force (STF) bertindak cemerlang dengan menawan 20 pangkalan LTTE termasuk kubu utama mereka di Janak, Stanley dan Jeevan. STF juga menemui sebuah terak dan motorsikal yang sarat dengan bahan letupan, termasuk sejumlah besar senjata ringan, amunisi, periuk api anti personel, keranda, peralatan radio dan GPS, serta bot dengan logo NGO Save the Children dan khemah C khemah dengan logo UNHCR.

d) Pertempuran Thoppigala (Barons Cap) C sebuah kawasan seluas 800 km persegi dengan muka bumi gunung berbatu dilitupi hutan tebal. Operasi bermula pada 25 Aprl 2007 dengan 500 hingga 700 gerila LTTE mempertahankan kubu terakhir mereka di timur Sri Lanka. Pertempuran juga berlaku di parit dan terowong yang dibina oleh LTTE. Tujuh kem LTTE berjaya ditawan antara 8 Jun C 19 Jun 2007. Pertempuran sengit berlaku di garis pertahanan hadapan LTTE di Narakamulla. Kubu ini diperkuat dengan 6 barisan bunker dan 3 lagi kem bersaiz kecil. LTTE tidak meninggalkan pertahanan mereka walaupun diserang bertalu C talu dengan artileri dan meriam kereta kebal. Kubu akhirnya berjaya ditembusi oleh 50 anggota komando. Pada 11 Julai 2007, Thoppigala akhirnya jatuh ketangan kerajaan setelah pertempuran berlangsung selama setahun. Kawasan ini pernah diserang oleh 20,000 tentera India (IPKF) pada tahun 1998, tetapi gagal menawannya. Ketika itu LTTE dikawasan ini dipimpin oleh Colonel Karuna. Colonel Karuna meninggalkan perjuangan Bersama LTTE pada tahun 2004 dan berjuang untuk orang Tamil dengan menubuhkan parti politik Tamil Makkal Viduthalai Pulikal (TMVP) yang memenangi 7 kawasan denagan 70% majoriti pada tahun 2008.

Pertempuran di utara

Pertempuran di medan utara adalah lebih sengit berbanding di medan timur. Dianggarkan 50,000 anggota tentera telah terlibat dalam ofensif yang bermula dari Julai 2006 hingga 18 Mei 2009.

a) Pertempuran Muhamalai FDL (Forward Defence Line) C bermula pada 11 Ogos apabila 500 gerila LTTE melakukan serangan artileri dan amfibi di sekitar Muhamalai dan pangkalan udara Palaly. Walaupun LTTE berjaya menembusi FDL Muhamalai, kemaraan mereka dikekang selama 10 jam oleh pasukan tentera dan memaksa LTTE berundur setelah mengalami korban jiwa yang tinggi, 700 bagi LTTE dan 150 pada pihak tentera. Dua bulan kemudian, tentera melakukan ofensif tetapi berjaya digagalkan oleh LTTE mengakibatkan 129 kematian dan 519 kecederaan kepada pihak tentera. Pada 23 April 2008, LTTE menyerang dengan melepaskan 1,000 tembakan mortar 81 mm dan meriam 130 mm, bagaimanapun tentera dapat menawan 500 meter kawasan LTTE.

b) Pertempuran Welioya - LTTE telah meletupkan bom dipinggir jalanraya dengan menjadikan bas awam sebagai sasaran pada 4 Feb 2008, seramai 13 orang awam maut dan 17 lagi cedera. Dua buah pesawat ringan milik LTTE juga digunakan untuk mengebom kedudukan pasukan tentera pada 27 April 2008. Tiga butir bom digugurkan tetapi tiada kerosakan besar berlaku. Pasukan tentera berjaya menawan pusat bekalan LTTE di Munnagam setelah bertempur selama tiga hari. Pasukan tentera mara ke Kilinochchi buat pertamakalinya dalam masa 11 tahun.

c) Pertempuran Silavathurai C kawasan pantai yang menjadi lokasi untuk bekalan LTTE. Pasukan tentera mara ke kawasan ini setalah mendapat berita LTTE cuba menahan 6,000 penduduk yang cuba lari dari menjadi anggota kerahan LTTE. Penawanan kawasan ini begitu signifikan kerana ia menjadi pusat penyeludupan senjata dan amunisi dari Tamil Nadu.

d) Pertempuran Madhu C berlaku di kawasan suci Roman Kaltolik. Bishop Rayappu Joseph telah memindahkan patung Virgin Mary (pertama kali dalam masa 400 tahun) ke kawasan bawah kalawan LTTE dan merayu kedua C dua pihak menghormati kawasan tersebut. Bagaimanapun, pada 25 April 2008 pihak tentera berjaya menawan kawasan tersebut dan kerosakan telah dibaiki dengan kos 1.5 juta rupee.

e) Pertempuran Puthukkudiyirippu C adalah pertempuran terakhir melibatkan LTTE dan Divisyen ke-53, ke-55, ke-58 dan Task Force 8 tentera Sri Lanka. Pertempuran ini berbeza dengan pertempuran lain kerana berlangsung dikawasan urban. Kedua pihak menggunakan taktik hit and run sehinggalah pertempuran terakhir di persimpangan Anandapuram yang megakibatkan 600 gerila LTTE dan beberapa pemimpin mereka terbunuh. Serangan oleh LTTE di balas oleh serangan balas dari pasukan tentera berupa kepungan ke atas LTTE sehingga ke keluasan 2 kilometer persegi. Pertempuran berakhir pada penghujung April 2009.



Kematian Velupillai Prabhakaran.

Setelah berundur ke Mullaitivu bersama beberapa pemimpin, Anaknya, Charles Anthony cuba memecahkan pertahanan pasukan tentera pada jam 3 am, 18 Mei 2009 tetapi menemui kegagalan. Dia mati bersama C sama 100 gerila LTTE. Pasukan tentera menemui wang tunai berjumlah 12 juta rupee berasama mayatnya. Pada waktu tengaharinya, terdapat khabar angin bahawa Prabhakaran terbunuh dalam serangan roket, tetapi ternyata tidak benar. Sekumpulan kader LTTE terdiri dari 30 pengawal peribadi Prabhakaran yang paling setia cuba melarikan diri mengikut hutan paya di Nandikadal. Salah seorang pengawal peribadinya dikatakan membawa petrol bertujuan membakar mayat Prabhakaran jika beliau membunuh diri.

Pasukan tentera pimpinan Col. G.V. Ravipriya telah melakukan pembersihan dikawasan tersebut pada jam 3.30 pm sehingga 6.30. Setelah berehat, mereka menyambung semula keesokkan paginya bermula jam 7.30 am. Pada ketika inilah mereka bertempur dengan pasukan Prabhakaran selama dua jam (19 Mei 2009). Kesemua anggota LTTE telah berjaya dibunuh, dan semasa pemeriksaan, Sarjan Muthu Banda dari Task Force 8 melaporkan kepada Col. Ravipriya bahawa beliau menemui mayat mirip Prabhakaran yang terapung di hutan paya tersebut. Col. Ravipriya membuat pengecaman dan pasti bahawa itu adalah mayat Prabhakaran. Sekeping dog tag dengan nombor 001, dua pucuk pistol, rifal T-56 dengan pejera teleskopik, telefon satelit dan bekas ubatan mengandungi ubat kencing manis turut ditemui.

Pada jam 12.15 pm Panglima Tentera Sri Lanka, Gen. Sarath Fonseka mengumumkan kematian Prabhakaran secara rasmi melalui siaran tv. Identitinya telah dikenalpasti oleh Karuna Amman, antara orang kepercayaan Prabhakaran, dan melalui ujian DNA ke atas anaknya Charles Anthony yang terbunuh lebih awal.

Ada yang mengatakan Prabhakaran telah ditembak oleh orangnya sendiri, atau telah membunuh diri sebagaimana dikatakan oleh Karuna Amman. Bagainmanapun telah dinafikan oleh pihak tentera kerana ia berkemungkinan dari kecederaan akibat serpihan peluru disebabkan tiada exit wound yang jelas. Prabhakaran mati ketika berusia 54 tahun.



Credit : Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) @ Rafe Rahmat



Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya muka Tamil engko Macam muka Palestine ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya kerajaan filipina kena hapuskan terrorist abu sayaf.. belajar dari kerajaan sri langka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.099518s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list