Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
4725
View
83
Reply

Kemunculan Pertama Azlee Senario dan Khir Rahman, Ini Senarai Penuh Peserta MLM 2019

[Copy link]

Author: ramossterritory       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-10-2019 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Seperti tahun-tahun sebelumnya, rancangan realiti komedi popular Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi untuk tahun 2019, kali ini menampilkan barisan pelawak-pelawak yang agak unik berbanding tahun-tahun sebelum ini.


Kredit Foto: Facebook Maharaja Lawak Mega


Maharaja Lawak Mega merupakan rancangan komedi menampilkan pelawak-pelawak tersohor bukan saja dari tanah air, malah dari negara-negara jiran seperti Indonesia dan pertama kali untuk musim ini, Brunei. Program ini akan mula bersiaran selama 11 minggu secara langsung dari Royal Theather, Shah Alam di saluran Astro Warna (siaran 132) dan Warna HD (134) bermula 1 November ini.


Anda juga boleh menikmati program ini melalui platform digital rasmi Astro GO dan On Demand. Sekali lagi untuk musim ini, MLM 2019 akan dihoskan oleh pengacara terkemuka, Dato' AC Mizal sepanjang tempoh siarannya.



Kredit Foto: Instagram Astro Gempak



Meskipun sebelas peserta yang akan menceriakan hari Jumaat kita nanti telah pun diumumkan, namun pada musim ini konsep kerusi panas atau 'Hot Seat' akan sekali lagi dilaksanakan seminggu awal sebelum MLM 2019 bersiaran langsung, iaitu pada 25 Oktober. Episod ini akan dihoskan oleh Nabil Ahmad, dan menampilkan barisan juri-juri yang hebat iaitu Sabri Yunus, Fasha Sandha dan David Teo.


Buat yang tidak tahu, konsep 'Hot Seat' merupakan perebutan tempat antara pelawak-pelawak yang tidak disenarai pendekkan dalam kesebelasan utama peserta MLM. Untuk rekod, hanya kumpulan Zero saja yang pernah melepasi peringkat hot seat dan memenangi tempat pertama pada tahun yang sama, iaitu 2014.




Kredit Foto: Budiey



Antara peserta-peserta MLM yang agak menarik perhatian pada tahun ini termasuklah kemunculan kembali Mamat Sepah yang menubuhkan kumpulan bersama Achong serta pelawak lagenda, Azlee Senario; membawa nama kumpulan Stone. Musim ini juga merupakan kemunculan pertama bagi johan Muzikal Lawak Superstar, kumpulan J-Born yang dianggotai Joey Daud, Vicha dan pelakon terkenal, Khir Rahman.


Juara musim lepas, Shiro tidak lagi menyertai pertandingan musim ini tetapi salah seorang ahli kumpulannya, Ajak telah berganding bahu bersama dua lagi pelawak hebat iaitu Ropie dan Ilya Sepahtu dan menubuhkan kumpulan Rare. Tidak lupa juga juara dua musim berturut-turut (2016 dan 2017); Bocey yang masih lagi mengekalkan ahli yang sama.


Berikut merupakan senarai penuh peserta MLM 2019:

  • Bocey (Fad, Achey, Abam)
  • Zero (Atu, Sharif, Syaiful)
  • Rare (Ropie, Ajak, Ilya Sepahtu)
  • J-Born (Joey Daud, Vicha, Khir Rahman)
  • Jambus (Tauke, Tapai Kiut)
  • Stone (Mamat, Azlee, Achong)
  • Puteh (Ali, Mamak, Man RL5)
  • Rojak (Rahim, Bell, Chiwan Chilok)
  • Rahman (Peserta solo dari Indonesia)
  • Popon (Peserta solo dari Indonesia)
  • Cali (Khai, Tony) - Peserta berkumpulan dari Brunei

Jadi macam mana, teruja tak? Tak sabar nak ketawa sampai pecah perut tengok MLM 2019, kan? - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:26 AM | Show all posts
iols suka group abioso kalau x silap..lawak juga mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
All thanks to mark adam sebab bawak khir masuk pentas lawak tv

Khir dah boleh cari makan banyak dah masuk program2 lawak astro/tv3 instead of berlakon dekat drama2 tv
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:29 AM | Show all posts
menyampahnya si tauke ada lagi..tak lawak pun..puteh pulak bawak man RL...mcm tak kena..cukup dah kot ali dgn mamak je
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:31 AM | Show all posts
Bocey tu dah menang pon masih gigih nak join. kosser!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:33 AM | Show all posts
Rhyno replied at 11-10-2019 11:31 AM
Bocey tu dah menang pon masih gigih nak join. kosser!!!

Demi wang besar! wang besar!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:34 AM | Show all posts
boring!! pusing2 peserta yang sama je. Tak layak pun masuk MAHAraja lawak

kena back to konsep asal la...dulu MAHARAJA lawak ni katanya nak kumpulkan pelawak2 otai n bertanding. Rindu dulu zaman jozan sepahtu,os,abon,aflin shauki, salleh yaacob

itu baru betul best
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Rhyno replied at 11-10-2019 11:31 AM
Bocey tu dah menang pon masih gigih nak join. kosser!!!

Kan.. Tamak jugak la.. Sepahtu, jozan tu pun xdela tiap masa nak masuk.. Sekali dua je. X silap.. . Lepas tu dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Azlee... ready la ngan memek muke mcm org kurang siuman tuh.. ehhh.. aku xsuke la die nih.. muke gatal.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:43 AM | Show all posts
qis_88 replied at 11-10-2019 11:38 AM
Azlee... ready la ngan memek muke mcm org kurang siuman tuh.. ehhh.. aku xsuke la die nih.. muke gat ...

bisnes MLM dia dah x jalan ke??
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:56 AM | Show all posts
sesejak tak ada astro ni rasa macam tak excited pun nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:56 AM | Show all posts
azlee tu nanti mesti mengajuk2 muka budak cacat.. tak suka nya la..mohon tersingkir awal yer
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mfzg89 replied at 11-10-2019 11:43 AM
bisnes MLM dia dah x jalan ke??

Mana aku tau die buat bisness MLM..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:00 PM | Show all posts
zero & bocey macam tak perlu je. masing2 penah jadi juara. bocey dah 2 kali. Puteh pun macam dah x perlu join. dah 3-4 kali masuk final. nama dah kuat. org dah kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon bocey tak buat lawak psl body abam lg
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:28 PM | Show all posts
qis_88 replied at 11-10-2019 11:58 AM
Mana aku tau die buat bisness MLM..

ada haritu dia try nak klepet Amy Search tapi x dialayan.. siap bawak geng MLM tu g umah Amy..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
tauke tu serasi dgn man lepas arwah pak yus.lepas sampai final.awat tk kekalkan dgn man
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bocey macam tak perlu kot nak masuk dah. shiro sepahtu jozan pun dah stop masuk lepas masing2 menang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mfzg89 replied at 11-10-2019 12:28 PM
ada haritu dia try nak klepet Amy Search tapi x dialayan.. siap bawak geng MLM tu g umah Amy..

Ooo kesahnyeee...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape Aciok jadi pengacara so yesterday
Tak lawak langsung and what a turn off
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.103319s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list