Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
404
View
3
Reply

[Tempatan] Kes hotel bajet di KK. Kanak-kanak 8 tahun pun jadi mangsa cabul pekerja hotel

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-10-2019 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Kena cekup, cabul kanak-kanak 8 tahun
       

KOTA KINABALU: Seorang pekerja pembersihan sebuah hotel bajet di Kampung Air, di sini ditahan polis semalam selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kira-kira jam 6 petang susulan laporan polis dibuat terhadapnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di bilik pekerja di hotel berkenaan pagi kelmarin.

Katanya, ketika kejadian, mangsa difahamkan sedang berehat dalam bilik pekerja bersama adik lelaki dan sepupunya, masing-masing berusia tiga dan lima tahun, sementara menunggu ibunya bekerja.

Mangsa memberitahu suspek menjilat telinganya ketika sedang baring sebelum memasukkan tangannya ke dalam seluar kanak-kanak perempuan.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diceritakan kepada ibunya ketika mereka berada di rumah pada sebelah malam, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Habibi berkata, selepas mangsa menceritakan perbuatan suspek terbabit, ibu mangsa yang berusia 40 tahun segera membawanya membuat laporan polis.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat pada jam 8.16 malam dan bertindak atas laporan itu, sepasukan polis menahan suspek di jam 6.05 petang semalam, katanya.

Suspek berusia 30 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana2 pun dah tak selamat sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:14 PM | Show all posts
Pantang ada peluang pedo2 ni...
Mesti amik kesempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi risau pulak ada pekerja hotel gini, klu jenis sanggup beli video cam tersorok, haru...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
1.212149s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list