Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
3505
View
42
Reply

"Lawak Lucah Dah Jadi Budaya, Budak-Budak Perati Ja, Kita Perlu 'Stop'" - Dato Awie

[Copy link]

Author: Cari-Azza       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-10-2019 04:22 PM | Show all posts |Read mode




Lawak lucah dalam kalangan pelawak tanah air memang tidak asing lagi. Ianya dianggap perkara biasa hinggakan pada setiap persembahan pun kita dihidangkan dengan lawak sebegini.


Seperti mana program Muzikal Lawak Superstar yang ditegur oleh juri, Dato Awie supaya mengelakkan jenaka sebegini kerana tidak sesuai dengan penonton yang pelbagai khalayak umur.


IG





Akhir-akhir ini pula, lawak lucah semakin diterima oleh anak-anak muda hingga ia menjadi mainan di bibir masing-masing. Seperti tiada apa-apa kata mereka. Pendakwah, Akhi Fairuz menerusi IG ML Studio mengupas isu ini.



  



"Ramai gunakan elemen lucah di tempat tak kena seperti pasukan bola 'dirogol' yang kononnya membawa maksud dibelasah. Ingat rogol ni benda main-main ke?"



Menurut Akhi lagi, jika dulu biasanya lelaki yang melawak lucah, tapi sekarang perempuan turut menyertai medan perbualan ini.



Google



Lebih membimbangkan ia menjadi budaya yang membarah hinggakan ibu bapa dan anak-anak kecil juga melontarkan perkataan yang sangat menakutkan untuk usia mereka.



"Ada youtuber yang menggunakan saluran ini untuk promosikan produk ketat, anjal dengan berlakon bergaul bebas lelaki perempuan. Ia harus dihentikan."






Jika dulu lawak lucah hanya digunakan sesama rakan baik sahaja tetapi sekarang ianya dilontarkan di khalayak ramai. Jika tiada siapa yang menegur, maka ianya akan dianggap normal dalam masyarakat.



Jom, kita hentikan lawak lucah ini. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya sawie, iols pun menyampah lawak bodoh dan lucah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sangat..skrg lawak lucah dh mcm perkara biasa Masa on air..anak2 yg dwngr n x faham akan Tanya balik mksud apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Iklan dan kapsyen syukriak pon lek je sebut tetek apa semua
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:47 PM | Show all posts
memang oun. over. rancangan lawak budak2 banyak tgk kot. ntah apa yg bangga buat lawak double meaning. nyampah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 04:54 PM | Show all posts
klu lawak lucah ni plg tak blh blah titans, rahim ngan syuk. syuk tu dh lawak tp klu part lawak lucah terus macam krik krik. same dgn rahim bajet kelakar sgt sdri buat lawak sdri gelak
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg perkataan mcm babi, bodoh, sial, pukimak dh jd biasa je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelawak malaysia ni asal nk senang kerja..

Buat lawak lucah atau lawak fizikal orang..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama juga dgn setaz2 yg berceramah, tak sah kalau tak buat lawak dlm kain.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Betull.. Dah takda idea melawak buat lawak lucah... Aku tgk pun geli.. Dah lah tak lawak, lucah pulak.. Choyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus awie..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:57 PM | Show all posts
Pelawak plg mahukan respon penonton . And lawak cenggini mmg dpt sorakan/hilai tawa. So penonton juga perlu diajar utk "booo" if terkeluar lawak lucah. Gitew ...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 08:45 PM | Show all posts
borrow replied at 10-10-2019 07:57 PM
Pelawak plg mahukan respon penonton . And lawak cenggini mmg dpt sorakan/hilai tawa. So penonton jug ...

setuju!! booo sama lawak lucah!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tgk tu bodoh dan tolol
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bile buat lawak lucah, itu namanya desperate. Tak patut buat kalo dah tau diri tak lawak. Cari la keje lain.

Iols penah pi kelab komedi kat ttdi. Mmg susah keje pelawak, demi sesuap nasik. Sampaikan MC soh kitorang jgn mai lagi sbb tak gelak dgr lawak diorg. Tapi nak buat camne, dah mmg diorg tak lawak. Lepas tgk cite Joker, terase kesian kat org2 yg terpaksa keje sbg pelawak. Susah keje ni.

Iols heran nape lawak org korea byk menjadi, especially alihbahasa oleh daebaking.



And my fevret... hahah

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokwie, hang tolong bgtau kawan baik hang si Aysi gak ya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya setuju datuk
Double meaning body shaming so outdated
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:45 PM | Show all posts
biozipstar replied at 10-10-2019 08:45 PM
setuju!! booo sama lawak lucah!

boo boo boo!
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
rasa mcm x tertarik nak tgk MLM thn ni.. maybe sbb dah get over dgn lawak2 bodoh lucah body shaming tu je la modal.. pstu acah2 inspired people dgn moral value kt ujung2 persembahan.. yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Taw tak pa
Ingt melawak camtu bagus?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.109741s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list