Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
198
View
0
Reply

[Tempatan] LAGI KES tertipu skim pelaburan coin. PH pun coin apa cite?

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-10-2019 03:53 PM | Show all posts |Read mode
Guru tertipu skim pelaburan dijanjikan jiran
NIK AMIRUL MUMIN | | 10 Oktober 2019


KUANTAN- Seorang guru wanita membuat laporan polis terhadap pasangan suami isteri yang juga jirannya selepas rasa tertipu dalam urusan pelaburan crypto-coin yang disertai melalui pasangan sejak tahun lalu.

Wanita berusia 57 tahun dari Lipis itu bertindak demikian bagi menuntut kembali wang pelaburannya berjumlah RM18,000 daripada pasangan berusia 60 dan 62 tahun itu kerana mendakwa langsung tidak menerima sebarang keuntungan hasil pelaburan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang juga pengadu dalam kes itu sudah bersemuka dengan jirannya (penama) bagi menuntut wangnya kembali namun mereka gagal memulangkan balik dengan alasan wang pelaburan sudah berada dalam sistem.

Menurutnya, guru berkenaan diperkenalkan tentang skim pelaburan tersebut oleh jirannya (isteri) pada September tahun lalu dan dipelawa untuk menyertai pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan yang diuruskan suaminya.

Pengadu mendakwa dia ada diterangkan oleh jirannya (suami) berhubung empat skim pelaburan crypto-coin yang disediakan dengan pulangan keuntungan lumayan dan dia dicadangkan supaya menyertai salah satu skim tersebut melalui dua akaun dengan nilai pelaburan RM18,000.

Bagaimanapun pengadu hanya ditunjukkan risalah tentang skim pelaburan itu tanpa dikemukakan dokumen pengesahan pelaburan daripada syarikat pelaburan tersebut malah dia turut didesak supaya memberi butiran kad pengenalan untuk pendaftaran, katanya.

Mohd Wazir berkata, pengadu mendakwa dipujuk agar menyertai pelaburan tersebut untuk merebut keuntungan lumayan seperti mana yang dikecapi peserta lain termasuk ahli keluarga penama sendiri.

Selepas pengadu memberikan maklumat peribadinya, penama telah membuka dua akaun atas nama wanita itu tanpa kebenaran dengan mendahului wangnya sebanyak RM18,000, katanya.

Awal tahun ini, mangsa menemui jirannya itu untuk bertanyakan perkembangan pelaburan tersebut kerana dia tidak mendapat sebarang keuntungan dalam tempoh 30 hari sepertimana yang dijanjikan, katanya.

Ekoran daripada itu, mangsa meminta agar wangnya dipulangkan namun lelaki tersebut enggan berbuat demikian dengan alasan wang tersebut berada di dalam sistem memaksa pengadu membuat tuntutan melalui peguam bagi menuntut wangnya balik, katanya.

Beliau berkata, masalah itu gagal diselesaikan memaksa pengadu tampil membuat laporan polis semalam dan kes ini dibuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.078658s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list