Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
32219
View
859
Reply

[Tempatan] Anak-anak arwah mejar zahir :'Anak-anak saya juga ada hak'

[Copy link]

Author: jahcomel       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-10-2019 11:32 AM | Show all posts |Read mode
'Anak-anak saya juga ada hak'


Share


Tweet


Share













BEKAS isteri Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut ketika mengadakan demotrasi bulan lalu, Jamilah Ismail bersama anaknya Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir (kiri) dan Mohamad Ebel Zulkarnain kini menetap di Peramu Jaya. FOTO Mohd Rafi Mamat











Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my



SAYA berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak, kata bekas isteri Allahyarham Mohd Zahir, Jamilah Ismail.
Jamilah, 37, yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu berkata, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain.

Katanya, sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia bukan berniat untuk menagih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang terkorban yang sebelum ini mengharumkan nama negara sebagai anggota komando.
Saya amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini, semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain kecuali yang diberikan oleh Yayasan Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja.
Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati.
Saya ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama arwah ayah mereka katanya yang menetap di Peramu Jaya, di Pekan.
Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2, Pekan dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari.
Bagaimanapun, dengan pendapatan tidak seberapa ianya begitu membebankan dirinya.
Jamilah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak arwah namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan.
Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih kecil dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain.
Menurut Jamilah, dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja.
Saya berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak arwah yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak.
Berdosa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim, katanya bersyukur bekas bapa mentuanya AR Badul banyak memberi sokongan.
Mohd Zahir seorang anggota komando meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.




Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 11:06 AM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:36 AM | Show all posts
selayaknya claim utk anak yatim,
semoga urusan Pn jamilah dipermudahkan demi anak2
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:39 AM | Show all posts
walau pun dah bercerai...anak2 tu tetap anak arwah.  bahagi lah sama rata segala bentuk bantuan tu.  yg isteri baru jgn lah nak menafikan hak anak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:40 AM | Show all posts
Semoga 2 anak ini mendapat hak mereka & sentiasa dipermudahkan urusan.

Anak isteri arwah dengan bekas suami pernah ditulis dlm artikel & dianggap sebagai anak arwah.


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-10-2019 11:43 AM | Show all posts
boleh baca kt fb natalia ali n zaza riani psl puan jamilah n ank2 arwah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:51 AM | Show all posts
Mana pergi bantuan yg banyak tu??????????????????????? masya ALAH kejam sungguh dunia ni.. satu lagi dapat tak pencen arwah suaminya..moha murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Mac 2018 - cerai dgn isteri pertama
April 2018 -kawen dgn bali sekarang
Cepatnya move on.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:58 AM | Show all posts
kesian anak2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 11:59 AM | Show all posts
makita replied at 10-10-2019 11:52 AM
Mac 2018 - cerai dgn isteri pertama
April 2018 -kawen dgn bali sekarang
Cepatnya move on.

dengar kata yg balu sekarang gedik keluar ngan arah masa belum cerai..cemana tuh ?

yg balu sekarang jgn buat2 hilang ingatan lak anak arwah ngan ex wife, anak yatim tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:00 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 10-10-2019 11:39 AM
walau pun dah bercerai...anak2 tu tetap anak arwah.  bahagi lah sama rata segala bentuk bantuan tu.  ...

yang baru tu ada  berapa anak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:01 PM | Show all posts
hakak dah agak dah ni bakal berlaku, banyak sumbangan diterima, sepatutnya ade bahagian anak2 yg 2 ni....walopun media duk sebut2 anak2 arwah ade 5 orang, biological son dia 3 kan? 2 lagi anak isteri sekarang dengan suami sebelum, ke akak salah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 10-10-2019 11:52 AM
Mac 2018 - cerai dgn isteri pertama
April 2018 -kawen dgn bali sekarang
Cepatnya move on.

Penyondol kaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:03 PM | Show all posts
arwah cerai nk kawen ngan bini baru ni kejodoh takdir ajal maut ni susah nk cakap
ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahri
sebab tu aku tgk pandangan sayu arwah mcm ada sesuatu yg tersimpan
mungkin terkenangkan anak2 yg dibiar sedangkan bahagia dgn anak2 baru
Allah swt maha mengetahui..moga dipermudahkan kesulitan anak2 yatim arwah.


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...
Pihak tersebut tolonglah buka mata ada lagi anak2 arwah yg TERABAI kebajikan depa
Sayu hati bila baca pendapatan Puan Jamilah hanya RM 25 utk kelangsungan hidup
Semoga anak2 Puan Jamilah mendapat keadilan hak yg saksama
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:10 PM | Show all posts
adegan yang ingin kita lihat
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:14 PM | Show all posts
kesiannya..mereka pun masih kecil lg
semoga dipermudahkan sgla urusan
jgn ambil hak ank2 yatim
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-10-2019 12:18 PM | Show all posts
rospinki replied at 10-10-2019 12:03 PM
arwah cerai nk kawen ngan bini baru ni kejodoh takdir ajal maut ni susah nk cakap
ku sangka panas h ...

arwah bercerai ngn pn jamilah bulan 3/2018 n bkahwin ngn isteri baru 4/2018...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo means sumbangan yg byk pihak bg tu dpt kat isteri sedia ada je lah ye.  Yg masuk paper kata isteri taknk panjang cerita ke apa masa AR Badul argue pasal kematian (u know . . . mmm hmm hmm)
Dorang pihak menyumbang di beritahu pasal biological kidz ke tak sbnrnye

Off topic .. Isteri baru perangai macam acik sains tulen ke. Perkenalkan anak sendiri sbg anak rahim padehal bukan biological daughter.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-10-2019 12:26 PM | Show all posts
kt fb balu arwah nih ari2 duk mrintih2 rindu kn arwah update sokmo...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 12:26 PM | Show all posts
hurm kenapa perlu bgtau kt umum. bincang la elok2 dgn bini baru arwah tu. tak pn mintak tlg ar badul selaku atuk dorg tu. ni mcm nk memburukkan bini baru plak. bukan nk back up sape2 sbb arwah dh meninggal pn. bila keluar citer mcm ni mcm2 la cerita tak sedap keluar. sblm ni masa arwah ada mcm mana? arwah ada bg nafkah tak untuk anak2 bekas isteri. klu ada setel baik2 dgn bini baru tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.141401s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list