Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
549
View
5
Reply

[Tempatan] Kita keturunan mamak Malbari kah?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 01:15 PM | Show all posts |Read mode


Kadang-kadang ada yang menyapa saya dengan cakap Tamil. Ini kerana kulit saya gelap. Hitam. Saya hanya tersenyum. Saya faham ramai yang membezakan ras dan bangsa berdasarkan warna kulit. Masa kecil saya

pernah bertanya pada emak.

"Kita keturunan mamak Malabari kah?".

"Kita keturunan Pattani. Moyang kita, Haji Musa dulu tukang di istana Raja Pattani. Bergaduh. Lari masi sini, Kedah."

"Sebelah tok wan, ada mamak jugakah?," saya soal lagi kerana mahu tahu asal usul sebelah ayah pula.

"Tok wan pun asal Pattani. Dulu masa tok wan ada dia selalu pergi ke sana. Adik beradik ramai lagi di sana tetapi sekarang sudah putus hubungan," kata emak sambil tersenyum.

Saya mula faham warna kulit bukan lambang identiti bangsa. Hanya sebahagian kecil kepada identiti bangsa. Makanya sebagai seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu, dan menganut agama Islam, maksudnya saya Melayu.

Tafsiran Melayu ini agak pelik. Kalau di Indonesia, Jawa adalah jawa; Bugis dipanggil Bugis; Batak tetap Batak. Tetapi di Malaysia, Pattani, Jawa, Boyan, Banjar, Bugis dan banyak lagi, semuanya dipanggil Melayu. Kerana semua itu bertutur, makan minum pakai juga sama dan beragama Islam. Dan mereka semua berbangga menjadi Melayu.

Tamadun Melayu hebat. Kedah Tua buktinya. Melaka kehebatanannya telah diperkatakan oleh sarjana-sarjana Barat. Manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia juga Melayu. Banyak lagilah cerita hebatnya Melayu.

Kemudian datang penjajah. Portugis, Belanda, British dan Jepun. British paling laknat. Menolak Melayu ke kampung. Bawa pendatang dan letakkan mereka di bandar. Beri peluang kepada pendatang untuk kuasai ekonomi.

Dek kerana sifat semula jadi Melayu yang rendah diri maka senyaplah, tunduklah dan menyerahlah. Namun Melayu terus bekerja di kampung membanting tulang. Pagi ke petang. Tetapi kampung apa yang ada sangat. Cukuplah makan dan minum.

Lebih 500 tahun dijajah maka kesannya amat mendalam. Melayu mundur dan melarat di kampung-kampung. Namun selepas 60 tahun merdeka, Melayu nampak cerdik sedikit. Kerja buat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadikan golongan terpelajar Melayu semakin ramai. Yang diiktiraf oleh dunia pun sudah ramai.

Tetapi peliknya dalam Melayu semakin mendaki ke puncak, ada Melayu yang malu jadi Melayu. Ada Melayu yang berterusan menghina Melayu. Ada Melayu yang tidak yakin dengan kebolehan anak bangsanya sendiri.

Allahyarham Syed Hussin Alatas sejak tahun 1959 dalam akhbar Utusan Melayu tanpa henti menulis untuk memperincikan tentang keperibadian Melayu. Allahyarham juga menyangah Revoulis Mental dan menjawab Melayu Dilema dalam bukunya 'Siapa yang salah. Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu'. Isi kandungan buku tersebut diambil daripada ceramahnya di Kampus Univesiti Sains Malaysia pada 11 Ogos 1972.

Beliau menyebut : " Sebetulnya orang Melayu tidak malas hanya usahanya membawa pendapatan yang lebih kecil daripada masyarakat lain umumnya. Pegawai-pegawai kerajaan Melayu, soldadu Melayu, polis Melayu, drebar Melayu, peon Melayu, buruh Melayu, peladang Melayu, nelayan Melayu, murid-murid Melayu, mahasiswa-mahsiswa Melayu, kebanyakan mereka berusaha dan tidak malas.

"Asal usulnya Melayu dianggap malas, menurut penyiasatan saya, pada kurun ke-19, adalah sebab orang Melayu enggan bekerja di ladang-ladang dan lombong-lombong timah. Mereka tidak dapat diperalatkan oleh penjajah kapitalis. Jika orang Melayu malas sudah lama mereka lenyap dari muka bumi."

Beliau tidak menyangkal adanya halangan (kelemahan) daripada masyarakat Melayu namun yang utama ialah pimpinan politik.

Katanya lagi; "Jika pemimpin cuai berkuasa, yang rasuah, yang kusut pemikiran atau tidak berdaya fikir, yang malas, yang mementingkan diri sendiri, yang mahu benar sendiri, yang tidak mengakui amal orang lain, jika mereka menguasai politik negeri nescaya masyarakat Melayu tidak akan maju."

Dan di zaman milenial ini, ramai yang mengakui pejuang Melayu. Parti politik; pertubuhan bukan kerajaan (NGO); alim ulama dan tokoh masyarakat masing-masing mahu mengangkat Melayu. Mereka berkongres, beresolusi, berkempen, dan macam-macam lagi. Tetapi semuanya berberai-berai dan cuai. Maka semuanya di situ, tidak ke mana-mana, hanya berpusing dalam satu bulatan. Masih sama.

Makanya, Melayu akan terus menjadi melukut di tepi gantang. Untuk menghapuskan kesan penjajah itu bukan perkara yang mudah. Hanya dengan kuasa politik boleh melakukannya kerana hari ini dibuktikan satu persatu milik Melayu hilang.

Dan hari ini, 9 Oktober 2019. Hasil keringat orang Melayu bermula pada tahun 1938 terknoktah. Dirgahayu Utusan Melayu!. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:22 PM | Show all posts
kenapa tajuk ngan content mcm takde related
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer ape ni sister..utusan nk tutup kdai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan tt nak perli tadi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:22 PM | Show all posts
utusan dah tutupkan.. kesian
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 07:27 AM | Show all posts
Cina dulu kuli lombong melayu, amah di rumah melayu dan cacai di kampung melayu. Cina sekarang amah termasuk di rumah melayu.

India pula dulu kuli estet. Sekarang tukang kebun di rumah melayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.086278s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list