Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
731
View
17
Reply

[Dunia] PBB pun tak cukup duit nak bayar gaji pekerja

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 10:48 AM | Show all posts |Read mode
PBB mungkin tak cukup duit bayar gaji pekerja bulan depan
Oktober 09, 2019 09:45 MYT

NEW YORK: Statusnya badan dunia, namun hakikatnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut berdepan masalah kewangan.

Setiausaha Agung Antonio Guterres mendedahkan, PBB mungkin tiada lagi dana untuk membayar gaji kakitangannya bulan depan.

"Bulan ini, kita akan mencapai defisit paling teruk dalam dekad ini. Kita berdepan risiko... memasuki bulan November tanpa duit yang cukup untuk bayar gaji pekerja.

"Kerja kita dan usaha pembaharuan kita dalam taruhan," katanya kepada jawatankuasa belanjawan PBB pada Selasa.

Situasi tersebut, katanya, bakal berlaku sekiranya negara anggota tidak melunaskan hutang mereka.
Menurut Guterres, beliau terpaksa memotong perbelanjaan badan itu sejak Januari, bagi membolehkannya mempunyai dana mencukupi untuk mengadakan Perhimpunan Agung bulan lalu.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, setakat ini, 129 negara sudah melunaskan bayaran hutang bagi 2019, bernilai hampir ASD2 bilion.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat (AS), penyumbang terbesar belanjawan PBB, masih belum melunaskan hampir ASD1 bilion hutangnya.

Untuk 2019, AS menyumbang 22 peratus daripada keseluruhan ASD3.3 bilion yang diperlukan untuk menguruskan PBB.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:53 AM | Show all posts
ooo negara anggota kena bayar fee ke?
ke sumbangan je?
eh tak faham.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 10:53 AM
ooo negara anggota kena bayar fee ke?
ke sumbangan je?
eh tak faham.

Mcm byr yuran pibg sekolah kut..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:17 AM | Show all posts
lepas ni PBB boleh JV dengan utusan buat misi bantuan tabung kebajikan pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 10:53 AM
ooo negara anggota kena bayar fee ke?
ke sumbangan je?
eh tak faham.

PBB ni is funded dalam 2 cara - through mandatory payments and voluntary contributions. Setiap negara ahli (ada 193 negara) perlu membayar certain peratusan untuk regular operating budget and the peacekeeping budget. Dia ada formula kompleks la nak kira peratusan tu. US merupakan penyumbang terbesar - 22% of the general budget and 28% of the peacekeeping budget.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:26 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 9-10-2019 11:15 AM
Mcm byr yuran pibg sekolah kut..

mungkin juga.. yearly kan.. dah kalau tak bayar kenaa tak buang keahlian je?

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:28 AM | Show all posts
Foxey replied at 9-10-2019 11:21 AM
PBB ni is funded dalam 2 cara - through mandatory payments and voluntary contributions. Setiap neg ...

owh.. macam tu.... baru faham... terima kasih encik rubah.

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 11:26 AM
mungkin juga.. yearly kan.. dah kalau tak bayar kenaa tak buang keahlian je?

Klu x byr  mgkn blh diserang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 11:28 AM
owh.. macam tu.... baru faham... terima kasih encik rubah.

Sama2
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dalam un banyak agencies buang saja apa yang perlu letak semua di hub .... bayak sangat staff hold laizzes passer ada yang tiada keperluan pun ....staff sendiri manage hauk ....
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 11:40 AM | Show all posts
kalau negara yg tak bayar tu mcm mana?
ka boleh bayar ansur-ansur
tunggu negara dapat duit kutu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:49 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 9-10-2019 11:34 AM
Klu x byr  mgkn blh diserang..

hahahah kalau begitu seranglah pemiutang terbesar dan rampaslah asetnya!

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
suruhlah israel sponsorkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:41 PM | Show all posts
mintak senarai gaji pekerja PBB tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:42 PM | Show all posts
R2D2 replied at 9-10-2019 11:40 AM
kalau negara yg tak bayar tu mcm mana?
ka boleh bayar ansur-ansur
tunggu negara dapat duit kutu :l ...

kalo tak bayar kad access disekat..
segala fasiliti takleh guna
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:44 PM | Show all posts
pbb ni jana income dr wang negara anggota saja kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam tak berfungsi sangat dah pbb sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 04:10 PM | Show all posts
cuba la PBB fikir luar kotak
jual produk timbang kati pd dunia2 ketiga ka
untung  jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084288s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list