Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
280
View
2
Reply

[Dunia] Apa Turki, Amerika, Kurdish mahu?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 10:33 AM | Show all posts |Read mode
TURKI: Tidak sampai 24 jam selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pengunduran tentera Amerika dari utara Syria, meninggalkan sekutu Pasukan Demokratik Syria (SDF), pesawat Turki mula mengebom kawasan sempadannya sebagai persediaan untuk menawan wilayah berkenaan.

Apa yang Turki Mahu?

Turki mahu mewujudkan zon selamat selebar 32 kilometer hingga ke utara Syria bagi menjauhkan anggota Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) yang dianggap pengganas oleh Ankara dari sempadannya.

Sempadan Syria dengan Turki, kira-kira 480 kilometer sempadan dari Sungai Furat di barat hingga ke Iraq di timur dikuasai SDF yang majoritinya pejuang YPG.

Turki menyatakan mahu menempatkan kira-kira dua juta pelarian Syria di zon selamat. Namun, Kurdish mendakwa Turki mahu mengurangkan pengaruh Kurdish di rantau itu dengan menempatkan pelarian Arab Sunni yang kini tinggal di barat daya Turki.

Selama beberapa minggu, Turki dan Amerika berunding mengenai zon selamat berkenaan tetapi Ankara percaya Pentagon tidak berminat menyebabkan ia mula membuat persediaan untuk menyerang.

Rumah Putih kemudiannya mengeluarkan kenyataan Turki akan meneruskan operasi yang sudah lama dirancang di utara Syria dan tentera Amerika akan berundur.

Apa pula puak Kurdis mahu?

Bagi Turki, YPG adalah cabang Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melancarkan pemberontakan sejak 35 tahun lalu dan dianggap pengganas.

Pejuang YPG adalah barisan hadapan dalam tentera pakatan diketuai Amerika menentang Daish di Syria. Amerika membekalkan kewangan dan senjata kepada YPG sejak 2014 serta serangan udara.

Kurdish menganggap perang di Syria memberi peluang untuk mewujudkan wilayah separuh autonomi membabitkan wilayah Syria dan Turki.

Mereka kini bimbang pengunduran tentera Amerika akan mencetuskan pembersihan etnik oleh Turki, kebangkitan semula Daish atau serangan oleh tentera Syria yang dibantu Russia dan Iran.

Apa Amerika mahu?

Trump enggan bertanggungjawab terhadap ribuan militan Daish serta keluarga mereka yang ditawan, termasuk 2,000 militan asing, kebanyakannya dari Eropah yang ditahan di penjara Syria.

Kira-kira 10,000 militan dari Syria dan Iraq juga ditahan di situ manakala hampir 58,000 keluarga mereka ditempatkan di kem khas.

Trump melihat tindakan meninggalkan sekutu Kurdish sebagai memenuhi kempen pilihan rayanya untuk tidak terbabit dalam perang tiada kesudahan di rantau itu.

Selepas dikecam hebat susulan pengumuman pengunduran, Trump kini mengancam untuk memusnahkan ekonomi Turki jika ia bertindak melampaui batas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 7:23 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ottoman akan mendunia ....versi ummah forum kata nya kerajaan ottoman ber perang seperti bagi salam dahulu dengan lemah lembut sopan...bagaimana mereka tawan eropah
..hehehe

nasib baik trump penuh kan janji ...biar lah mereka ber perang sama sendiri ....darah sama ideology lain ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:00 AM | Show all posts
jangan lah berperang.
semua orang merasaka dirinya benar sehingga buta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093356s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list