Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
937
View
21
Reply

[Tempatan] MENGADU sosial media tentang doktor kerajaan. Dapat la kumpul sikit-sikit 7,700 ulang kicau dan 3,300 suka

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Rakan kesal pesakit kritikal muntah darah, doktor suruh tunggu appointment... nurse risau tentang uniform - Nanti merecik kat baju naya nak basuh

'KAWAN mudah dicari, tetapi sahabat sejati sukar diperolehi,' begitulah ungkapan yang sesuai untuk hubungan persahabatan gadis ini.

Baru-baru ini tular satu posting yang dimuatnaik oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Umie di akaun Twitter miliknya dengan kapsyen: 'Cerita pagi tadi. Pukul 5 pagi, housemate ketuk pintu bilik minta tolong. Aku terkejut berlari pergi bilik dia, ingat ada ular ke apa kat tandas sebab dia lari pergi tandas. Sampai je tandas bilik dia, penuh dengan darah. Ya Allah, takut gila masa tu. Dia cakap telefonkan ambulan'.

Posting tersebut yang dimuatnaik pada Ahad, berjaya menarik perhatian ramai dengan meraih kira-kira 7,700 ulang kicau (Retweet) dan 3,300 suka (likes).


Menerusi perkongsian bebenang (thread), jelas sekali Umie risau melihat keadaan rakannya, Hafizah yang pakaiannya dipenuhi darah ketika itu. Walaupun Umie mahu menghantarnya ke hospital, namun dia tetap berkeras hanya meminta untuk panggilkan ambulan.

"Dalam keadaan mulut berdarah dia cakap, kalau kau hantar nanti dekat emergency, doktor buat layan tak layan je. Kalau datang dengan ambulan nanti doktor layan cepat sambil batuk dan mulut penuh darah.

"Tak ada pilihan, aku telefon ambulans. Mereka cakap tak ada ambulan kosong, semua keluar. Lepas tu dengan soalan dia ada dalam 10 minit dia tanya aku, teruk ke dia? Dia boleh jalan ke? Dia sakit apa je? Aku cakap kalau tak teruk, aku tak telefon ambulans," katanya menerusi bebenang.

Namun selepas menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, menurut Umie jawapan yang diterima tetap sama, 'tak ada ambulan kosong'. Kemudian dia mengambil keputusan untuk terus membawa rakannya ke hospital, berbekalkan plastik khas untuk rakannya muntah.

    Doktor cakap, kamu dah datang kelmarin kan, dah ada appointment kan... Habis kamu buat apa datang sini lagi. Kamu kena proceed dengan kamu punya appointment.


Katanya ketika sedang bersiap-siap, pihak hospital ada menghubunginya memaklumkan bahawa dalam masa beberapa minit lagi ambulans akan sampai dan mereka berdua setuju untuk menggunakan perkhidmatan itu.

Di dalam ambulans, Umie yang pada mulanya risau dengan keadaan Hafizah sedikit lega kerana rakannya nampak lebih tenang dan tidak lagi batuk seperti pada awalnya. Apabila sampai di hospital, Hafizah ditolak masuk ke zon kuning untuk diberikan rawatan.

Selepas hampir dua jam diminta untuk tunggu di luar, Hafizah kemudiannya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui keadaan sebenar rakannya.

"Doktor cakap, kamu dah datang kelmarin kan, dah ada appointment kan... Habis kamu buat apa datang sini lagi. Kamu kena proceed dengan kamu punya appointment.

"Lepas tu kawan aku cakap yang dia batuk darah dan sesak nafas teruk pagi tadi. Jadi dia datanglah hospital. Kemudian doktor kata, sama je kalau kamu datang, saya tak boleh buat apa-apa. Kamu kena tunggu appointment," luah gadis itu yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan doktor itu.

Jelas Umie lagi, doktor itu menyatakan bahawa dia hanya boleh melakukan ujian darah sahaja dan jika tidak mempunyai sebarang masalah Hafizah perlu menunggu temujanji seterusnya.


Dia kemudiannya menolak keluar kerusi roda untuk menunggu keputasan ujian darah.

"Tiba-tiba, kawan aku panggil, 'Umi... Umi... panggil doktor, sesak nafas ni, sakit dada'. Aku lari masuk bilik doktor tadi cakap, doktor pesakit tadi sesak nafas dan batuk darah balik, banyak!

"Doktor tu boleh cakap, ye saya tahu. Saya kan dah ambil darah dia tadi. Mereka check lagi belum ada keputusan. Aku dah mula angin. Doktor! Orang tu separuh mati kat luar, paling tidak buatlah sesuatu! Bagi dia baring ke, bagi dia ubat apa-apa dulu," katanya yang marah.

Umie turut menyatakan bahawa keadaan rakannya pada waktu itu kembali kritikal seperti keadaan ketika dia di rumah. Malah dia juga kecewa dengan sikap doktor tersebut seolah-olah lepas tangan dengan kes ini.

"Aku dengar batuk kawan aku dah teruk balik macam pagi tadi dekat rumah. Aku cakap kat doktor takkan aku yang nak check dia. Siapa doktor sekarang ni! Dia tengok aku dah meradang, dia kata kamu tolak dia masuk dalam. Saya nak tengok teruk macam mana.

"L****unya lahai. Aku tolak kerusi roda si Fizah ni. Dah banyak darah kat mulut dia dan dalam plastik, lebih tiga cawan ada darah dia. Banyak dan pekat! Doktor tengok dia batuk macam teruk, dia kata kamu jangan paksa batuk. Orang takkan nak paksa batuk sampai berdarah!" luahnya menerusi posting tersebut.

Rata-rata netizen tidak puas hati dengan tindakan doktor itu.

Malah dakwanya, terdapat juga sesetengah jururawat yang tidak bersikap profesional ketika mengendalikan kes rakannya di bilik kecemasan itu.

"Weh... weh... pakai mask dan apron plastik tu, nanti merecik kat baju putih naya wey nak basuh, bukan senang nak cuci baju putih. Si Fizah ni nak nangis. Aku rasa nak mengamuk je bila nurse tu cakap depan muka Fizah.

"Lepas tu salah seorang doktor yang check Fizah jerit, tolak pergi zon merah! Pasang oksigen dengan masukkan darah sekarang. Jantung aku berderau," jelas Umie tentang situasi cemas bercampur marah di dalam zon kuning.

Selepas lima minit, dengan rasa bersalah doktor itu memberitahu Umie yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa dan memintanya untuk terus hubungi keluarga rakannya.

Menurut doktor itu, keadaan rakannya semakin kritikal dan hanya bergantung pada mesin kerana dia sukar untuk bernafas sendiri. Malah doktor juga tidak memberi sebarang harapan selain bergantung pada prestasi rakannya sendiri.

Umie sedikit terkesan dan terkilan dengan layanan doktor serta jururawat yang mengendalikan kes rakannya itu kerana hanya mengukur tahap keseriusan pesakit itu dari luaran semata-mata.

"Sedih aku tengok mak Fizah menangis. Last kami masuk, Fizah pengsan dengan mulut, baju penuh darah. Doktor cakap sekarang di zon merah dan kemungkinan akan dimasukkan ke ICU tapi bergantung pada prestasinya. Doakan Hafizah tau, dia kritikal sekarang," luah gadis itu.

Dia kemudiannya mengemaskini semula bebenang di posting tersebut pada tengah malam Isnin dengan memaklumkan kondisi rakannya yang semakin kritikal.

"Hafizah kena tolak masuk ICU balik . Untuk pemantauan Doktor . Dari wad biasa ke ICU semula. Telefon mak dia tadi, dengar menangis dari tadi tak henti-henti. semoga urusan dipermudahkan ya Allah," kongsinya pada posting tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku ada baca semlm kat twitter.. Seingat aku..setiap kali arwah tok aku bleeding sbb bladder cancer dia mmg aku call ambulans.. Dan tak pernah lagi la operator ckp ambulans tak ada..

2nd.. Bila tolak ke zone kuning, dr tak bole simply tukar ke pesakit zone hijau.. Arwah tok aku dulu biasanya 12-13 jam kat zone kuning.. Bukan 1-2 dr mai.. Biasanya HO akan attend dulu, lps tu MO..bila semua ok.. Ada katil kosong depa akan antar ke wad.

Tapi ada 1 pagi.. HO simply discharge arwah tok aku tanpa consult dari MO alasan arwah dah kencing walaupun ada darah.

Aku bawa balik arwah tok aku 4 am..

Jadi aku rasa kemungkinan ttg DR tak bersifat prihatin adalah betul bukan hasanah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:30 AM | Show all posts
hospital mana dia pergi..
sepanjang i ke hospital, tak pernah pula kes2 macam ni i dengar atau nampak.
i hantar ayah i terus zon merah, warded
i hantar adik i, kecemasan, zon hijau, tunggu lama sikit la.. tapi ok..
i hantar abang i, ok je.
adik i hantar i, zon kuning, operate. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:48 AM | Show all posts
dia kene bawa kwn lelaki yg suara lantang+mulut laser+badan besar
barula doktor tu pikir 18 x nk ckp apa

jadi, wahai gadis2 sekelian, ajakla kawn2 laki mu yg bonzer dtg spital
psl aku pun pnah alami kes cmni dpn mata sndiri, dh dia blaja tinggi2 hilang urat kepekaan pada org lain agknya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:50 AM | Show all posts
budak twitter

sampai sudah x habaq spital mana,

budak tu jd apa dah, awat x hapdet lagi, batak like sgt
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuatu sgt cerita pempuan ni. Selama aku guna servis doktor kt mana2 hospital xpernah lg aku jumpa doctor mcm dia ckp. Even masa ank aku kt hospital sbb jaundice pn doctor yg ambik n hntr baby cot tu dkt aku. Nurse cuma ambik sbb nk mandi n timbang je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:59 AM | Show all posts
kisah hasanah ker?

ko bawak org sakit berdarah pun doktor tak sambut depan... MA yang kat kaunter tu yg assess nak masuk zon mana...

mamai kut...atau fantasi...

berkali2 aku pegi hospital mcm2 kes tak pnh pulak doktor lepas tgn... lambat tu adalah perkara biasa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Hospital mana kejadian ni berlaku? Setahu fox, kalau dah berdarah macam ni, ambulans sampai, doktor ikut sambut kat depan tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:13 AM | Show all posts
hospital mana entah dia bawak kawan dia tu....sampai habis citer tak diberitahu hospital...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:13 AM | Show all posts
laki aku sakit perut guling2 pukul 3 pagi. bawak g hopital. lepas kaunter saringan terus masuk zon kuning. 3-4 orang doktor datang selang beberapa jam sekali. dah dapat result  xray sume baru la doctor bagi discaj, ambil  ubat  & ambil appointment.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:32 AM | Show all posts
aku just nak tau hosp mana je...

cmonn investigator cari.. sila csi.. tazabar nak melahar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:35 AM | Show all posts
ye ke tak ? Hospiyal mana ni ? Ai bawak ER my son tercekik tulang ikan pun nurse /dr layan ok jer? takde tanya pelik2... cepat je bertindak sampai pergi baewak g jumpa pakar ENT .
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:41 AM | Show all posts
macam bau hasanah je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baru je ber experience dgn doktor bebaru ni,

pakcik aku sakit pelik, haha, pucat dan makin kurus, ok la sbnrnya sakit buatan org, so g lah kecemasan atas desakan semua org, sampai2 memg badan dia tgh panas, doktor tanya2 memg semuaaaa tk ada then doktor tu sound "dah semua ok, yg awak datg sini buat apa ??? saja2???" dengan nada yg agak kuat..... suhu di ms tu 39, then doktor tu sound lg "awak amek dadah ke ???" nasib la pakcik aku tgh sakit.....

then datg doktor perempuan india, baru dia teliti cek details, then pakcik aku admitted for monitoring.... huhu....

kisah aku plak, doctor dengan nurse sama naik.membawang pasal patient lain depan patient lain.... haaaiiihhh.... terus aku cancel nak amek FPP kat situ, siap ada yg merungut and ajuk patient kat belakang lg, so xpe lah, aku balik bsalin kat tmpt aku bsalin dl, aman2 aja
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:51 AM | Show all posts
hasanah cerita ni.. macam mana hasanahnya acik2 acah suci
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:18 PM | Show all posts
aku rasa ade unsur hasanah sikit.
maybe doktor ckp dlm keadaan biasa, tp smpai kat dia ni jd mcm doktor tu selfish.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 9-10-2019 10:48 AM
dia kene bawa kwn lelaki yg suara lantang+mulut laser+badan besar
barula doktor tu pikir 18 x nk c ...

Dkt kecemasan tu bkn ko sorg je sakit. Kalo smua nk humban zon kuning zon merah cmne nk lg cpt
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:03 PM | Show all posts
Aku tak berani nak komen lebih walau dia ni hasanah ker haper ker tapi klu ahli keluarga or kawan aku dah batuk berdarah sampai dua tiga cawan.. aku ofkoz akan panik sebab kita tak tau yang tau MA ke MO ke Doktor ker.. so sepatutnya Ahli perubatan di situ bagi info yang lebih detail sedikit kepada ahli keluarga... so far aku ke sepital kerajaan takde la kena camni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:35 PM | Show all posts
Laki aku pernah terkena dekat A&E hospital swasta kat KL. Hospital besar,bukan swasta kecik2 shophouse tu. Dah setel operate semua, aku pergi jumpa MO kat A&E tu balik and sekolahkan dia. Tergamam dia. Bodoh jugak aku tak report or buat complain masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:46 PM | Show all posts
aku pernah masuk hospital, mula2 pergi klinik kesihatan, masuk air, lepas tu terus diangkut dalam ambulan, aku tak nak lah naik ambulan, nak pergi sendiri, malu kot naik ambulan incharge paksa juga, duduklah dalam kerusi tolak tu macam orang sakit, tapi memang sakit pun

tapi cerita ni, sembang hasanah betul
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
7.435649s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list