Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
279
View
2
Reply

[Tempatan] Kumpulan Utusan Melayu Akan Diisytiharkan Bankrup.

[Copy link]

Author: Malaysia.Doom    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
NASIB 800 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd kini sekali lagi menjadi tanda tanya apabila operasi syarikat akhbar itu dikatakan akan ditamatkan hari ini.

Ia dipercayai susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang akan mengumumkan kebankrapan sukarela syarikat itu.

Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar berkata, semua kakitangan sudah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengah hari.

Katanya, wartawan dan jurugambar juga tidak diberikan tugasan menguatkan lagi dakwaan penamatan operasi syarikat akhbar itu.

Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit.

Ini menjadi tanda tanya 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami, katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan mengisytiharkan syarikat itu bankrap dipercayai untuk mengelak daripada membayar sebarang pampasan kepada pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Katanya, jika benar akhbar kumpulan ini ditamatkan operasi, ia menjadi satu tamparan hebat kepada industri persuratkhabaran Melayu.

Kami juga mahu Datuk Abd Aziz mengotakan janji untuk tidak meletakkan batu nisan kepada Utusan, katanya.

NUJ Cawangan Utusan dijangka akan mengadakan sidang media tergempar jam 12 tengah hari ini di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin mengenai kemelut berkenaan.

Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! berdepan masalah kewangan kritikal sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tunggakan gaji kakitangan dan bekas kakitangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 12:39 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
https://twitter.com/i/status/1181403772766941190
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2019 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya.. Dah la ekonomi tak stabil, hilang sumber pendapatan pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081840s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list