Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
284
View
5
Reply

[Tempatan] Lepas PH menang PRU-14. Tiada program subsidi petrol B40 di Sabah, Sarawak kerana penggunaan rendah

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Tiada program subsidi petrol B40 di Sabah, Sarawak kerana penggunaan rendah, kata menteri
October 8, 2019 1:13 PM


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata pemilik kenderaan di Malaysia Timur tidak terima program subsidi petrol untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) kerana penggunaan lebih rendah berbanding Malaysia Barat.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Menteri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata harga petrol RON95 di dua negeri itu dikawal dan dihadkan pada RM2.08 seliter, iaitu kadar yang disubsidikan.

Semalam, Saifuddin mengumumkan program subsidi petrol untuk B40 bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Subsidi itu yang akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan dihadkan kepada RM30 sebulan untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal. Ia akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima setiap empat bulan.

Harga petrol RON95 kemudiannya akan diapungkan di Semenanjung dengan pelarasan dibuat secara berperingkat.

Mengenai pengapungan harga RON95, Saifuddin mengulangi sebarang peningkatan akan dibuat secara beransur-ansur berdasarkan harga minyak pada Januari.

Beliau menambah kenaikan drastik dalam harga akan membawa kesan kepada ekonomi yang tidak dapat diperbaiki, oleh itu Putrajaya akan menggunakan prinsip peningkatan secara beransur-ansur.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 09:49 AM | Show all posts
kalau pun layak tapi penggunaan minyak rendah so tak dpt la kan?
baik PH punya alasan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
2017 Sabah,Sarawak sumbang rm38B....20% tak dapat,subsidi pon tak dapat....kesian drng ni..asyik 'kena' jer....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:07 PM | Show all posts
kau bersiap laa pudin.  cakap besar sgt kannn.  mendapat laaa kau.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira untung laa sebab ron95 kena capped RM2.08 kat Sabah/Sarawak kan? Jadi kalau start apung harga petrol nanti misal kata di semenanjung RM2.50 di Sabah/Sarawak tetap RM2.08. Itu yang saya faham kalau salah tolong betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:42 PM | Show all posts
cHimo replied at 9-10-2019 03:15 PM
Kira untung laa sebab ron95 kena capped RM2.08 kat Sabah/Sarawak kan? Jadi kalau start apung harga p ...

aku pun faham gini.. at least S&S tak pening kalau harga ron95 naik gila, sbb diaoeg still byr rm2.08.. yg kat semenanjung ni yg kena selalu amik tau harga semasa.. huhu.. start balik lah org2 beratur kat stesen nnt ni..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096773s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list