Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
755
View
43
Reply

Penggunaan Ilmu Kalam Dalam Masalah Akidah Adalah Punca Kerosakan Dan Perpecahan Umat Islam

[Copy link]

Author: Kilokahn    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 09:48 AM | Show all posts |Read mode


Sebelum kemasukan falsafah dan ilmu kalam ke dalam dunia Islam, umat Islam bersatu di atas akidah yang benar dan tauhid yang murni. Tetapi setelah zaman penterjemahan kitab-kitab falsafah Yunani yang giat dijalankan pada masa pemerintahan Khalifah al-Makmun dalam kerajaan Abbasiyah, dan kemasukan ilmu kalam ke dalam Islam menjadi faktor-faktor awal perpecahan umat Islam.

Dalam usaha penterjemahan kitab-kitab falsafah Yunani ini, peranan kaum kafir dapat disaksikan dengan jelas bagaimana mereka memainkan peranan penting dalam menterjemah kitab-kitab ini. Antara tokoh penterjemahan dalam kalangan kafir Ahli Zhimmah ialah Yuhanna bin al-Batriq, Ibnu Na'imah Abdul Masih, Tsabit bin Qurrah al-Harrani, Habib bin Bahriz, Zaruba bin Majuh al-Na'imi, Hunain bin Ishaq dan anaknya Ishaq bin Hunain, dan ramai lagi.
[Lihat: Evolusi Gerakan Penyelewengan Dalam Islam, hlm. 37-38. Terbitan: Karya PiS]

Imam al-Suyuthi menyebutkan bahwa al-Makmun meminta buku-buku Yunani kepada raja-raja Nasrani, lalu mereka menyiapkan buku-buku tersebut dan mengirimkannya kepada al-Makmun sambil mengatakan: "Siapkanlah, karena tidaklah ilmu ini masuk pada suatu bangsa kecuali akan menimbulkan kehancuran dan perselisihan para ulamanya."
[Imam al-Suyuthi, Shaun al-Manthiq, Juz 1, hal. 42,43]

Apa yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani itu ternyata benar apabila umat Islam menggunakan falsafah dan ilmu kalam dalam mengisbatkan akidah, khususnya dalam berinteraksi dengan nas-nas al-Asma' wa al-Sifat, maka ianya menimbulkan kehancuran dan perselisihan para ulama.

Tauhid al-Asma' wa al-Sifat menjadi syiar Islam dan Ahli Sunnah wal Jamaah Manhaj as-Salaf. Tauhid al-Asma' wa al-Sifat juga menjadi pembeda antara kafir dan mukmin. Disebabkan kesalahan dalam al-Asma' wa al-Sifat menyebabkan kaum Nasrani menjadikan Nabi Isa As sebagai tuhan. Disebabkan kesalahan dalam al-Asma' wa al-Sifat juga menyebabkan golongan musyrik menyembah berhala. Ini kerana mereka jahil akan sifat-sifat Tuhan, dan tersalah di dalam masalah al-Asma' wa al-Sifat menyebabkan mereka menyembah tuhan yang salah.

Adapun di dalam Islam, tauhid al-Asma' wa al-Sifat menjadi pembeda antara ahli sunnah dan ahli bid'ah. Perpecahan di dalam tauhid al-Asma' wa al-Sifat ini antara yang menjadi faktor utama lahirnya banyak firqah-firqah yang sesat lagi menyimpang seperti Jahmiyyah, Qadariyah, Jabariyah, Muktazilah, Musyabbihah, Mujassimah, Mu'athilah dan selainnya. Ini terjadi disebabkan kerana mereka berinteraksi dengan nas-nas al-Asma' wa al-Sifat Allah Swt menggunakan akal falsafah dan ilmu kalam.

Justeru, inilah antara sebab mengapa para imam-imam Salaf terutama Imam Empat Mazhab begitu membenci ilmu kalam dan ahlinya, dan melarang umat dari mendekatinya.

Imam Abu Hanifah tatkala ditanya, "Apa pendapat engkau tentang kalam yang diada-adakan terkait 'aradh dan jism?" [ini selalu diperkatakan oleh ahli kalam termasuklah Asya'irah]. Dia menjawab, "Perkataan-perkataan ahli filsafat, engkau harus mengacu pada atsar dan tuntunan generasi salaf, dan jauhilah setiap yang diada-adakan, kerana itu bid'ah." Ini disampaikan oleh al-Muzhaffar bin Sam'ani dalam bahasan tentang al-Intishar. (Shaun al-Manthiq, hlm. 32)
[Ruj: Akidah Islam Menurut Imam Empat Madzhab, hlm. 369, Prof. Dr. Abul Yazid Abu Zaid al-'Ajami. Terbitan: Pustaka al-Kautsar]

Imam Malik bin Anas, dalam riwayat yang disampaikan al-Harawi melalui Abdurrahman bin Mahdi, dia mengatakan, "Aku menemui Malik saat bersamanya ada seorang yang bertanya kepadanya. Dia mengatakan, 'Tampak engkau termasuk sahabat Amr bin Ubaid, Allah mengutuk Amr, kerana dia mengadakan bid'ah-bid'ah terkait kalam ini. Seandainya kalam itu ilmu, nescaya generasi sahabat dan tabi'in pun membicarakannya, sebagaimana mereka membicarakan tentang hukum dan syariat." (Shaun al-Manthiq, hlm. 33).
[Ibid, hlm. 369]

Imam Asy-Syafie berkata:

"Hukumanku ke atas ahli kalam adalah (mereka) dipukul dengan pelepah tamar dan dibawa naik ke atas unta, serta dibawa keliling serata
lah lalu diumumkan: "Inilah balasan bagi orang yang meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah lalu menceburi ilmu kalam."
[Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam Sharaf Ashab al-Hadis: 168 (ms. 78), al-Harawi dalam Dhamm al-Kalam: 1142 (4/294-295), al-Muqri' dalam Dhamm al-Kalam (ms. 99), ibn Abd al-Barr dalam Jami' Bayan al-'Ilm wa Fadlih: 1794 (2/941), al-Bayhaqi dalam Manaqib al-Shafi'i (1/462), dan ibn Hajar dalam Tawali al-Ta'sis (ms. 111)]

"Seseorang bertemu Allah dengan segala dosa kecuali syirik adalah lebih baik berbanding bertemu Allah dengan sekelumit ilmu kalam."
[Diriwayatkan oleh ibn Abi Hatim dalam Adab al-Shafi'i (ms. 137), Ibn Battah dalam al-Ibanah: 662 (2/534-535) dan dalam (kitab yang sama) bahagian al-Qadar: 1881 (2/262), al-Bayhaqi dalam Manaqib al-Shafi'i (1/452) dan dalam kitab al-Qadar: 478, Abu Nu'aym dalam Hilyat al-Awliya (9/111), al-Muqri' dalam Dhamm al-Kalam (ms. 78) dan ibn Asakir dalam Tarikh Dimashq (51/310)]

Berkata Imam al-Aimmah (imamnya para imam) Ibnu Khuzaimah (pembesar mazhab Syafie) setelah ditanya tentang soal memperihalkan nama-nama dan sifat-sifat Allah:

"Ia satu bid'ah yang mereka ada-adakan. Para imam kaum muslimin dalam kalangan sahabat, tabiin, dan para imam agama ini yang merupakan tokoh-tokoh mazhab umpama Malik bin Anas, Sufyan al-Thawri, al-Awza'i, asy-Syafie, Abu Hanifah, Abu Yusuf, Muhammad bin al-Hasan, Ahmad ibn Hanbal, Ishaq al-Hanzali, Yahya bin Yahya, Abdullah bin al-Mubarak dan Muhammad bin Yahya tidak pernah bercakap tentang perkara tersebut, bahkan mereka melarang daripada mendalaminya dan menunjuki anak-anak murid mereka jalan al-Quran dan as-Sunnah. Oleh itu janganlah engkau mendalaminya, atau membelek buku-buku mereka (ahli kalam) sama sekali. Aku memohon kepada Allah agar melindungi kita daripada fitnah ujian yang menyesatkan, baik yang zahir mahupun yang batin."
[Diriwayatkan oleh al-Harawi dalam Dhamm al-Kalam: 1263 (4/387-388), dan al-Muqri' dalam Dhamm al-Kalam (ms. 99-101)]

Adapun Imam Ahli Sunnah, Ahmad bin Hanbal; al-Harawi menyampaikan dalam kitabnya Dhamm al-Kalam, dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, dia berkata, "Ayahku menulis surat kepada Abdullah bin Yahya bin Khaqan dengan mengatakan, 'Aku bukan ahli kalam, dan menurutku kalam sama sekali tidak diperlukan dalam hal ini kecuali yang terdapat dalam Kitab Allah atau dalam hadis Rasulullah Saw. Adapun yang selain itu maka kalam dalam hal ini tidak terpuji'." (Shaun al-Manthiq, hlm. 67, Siyar A'lam An-Nubala', 11/286).
[Ruj: Akidah Islam Menurut Imam Empat Madzhab, hlm. 369-370, Prof. Dr. Abul Yazid Abu Zaid al-'Ajami. Terbitan: Pustaka al-Kautsar]

Jika tidak kerana ilmu kalam, mereka tidak akan menolak Istiwa' Allah di atas 'Arasy. Jika tidak kerana ilmu kalam, mereka tidak akan menolak sifat-sifat Allah Swt seperti Wajah, Tangan, Mata, al-Nuzul, dan sifat-sifat Allah Swt yang lain. Kerana sifat-sifat ini menyanggahi kaedah-kaedah ilmu kalam.

Mungkin ilmu kalam atau mantiq ini berguna jika diletakkan pada tempatnya seperti dalam ilmu fizik (tabiat-tabiat semulajadi atau tabi'iyyat) atau ilmu-ilmu keduniaan yang lainnya. Mungkin juga dalam bidang usul fiqh, ilmu kalam atau mantiq membantu dalam meletakkan kaedah-kaedah. Adapun penggunaan ilmu kalam di dalam akidah khususnya tauhid al-Asma' wa al-Sifat, maka ilmu kalam adalah punca kerosakan yang besar kepada akidah dan perpecahan umat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:19 PM | Show all posts
apabila dikemukakan soalan berkenaan teori evolusi darwin dan pembaik pulih bidang disiplin ini dalam era masa kini dan apabial seorang atheist  datang dan bertanya kenapa Islam menolak teori ini.

Ya , kita boleh menjawab dengan memberikan dalil, sure no problem.
Tapi bagi jiwa aatai soul yang dulunya mengakui Allah itu Rabbnya suatu ketika di realm atau alam ruh tu dah lahir sebagai jasad manusia di dunia dan lupa akan Rabbnya dan menghentam Islam  dengan bertanyakan soalan ini.

yes , boleh bagi dalil naqli, tak apa tapi dia tak faham.

so pendekatan ilmu kalam atau  yg betul dan benar tentang atas asas mana Islam menolak teori evolusi Darwin dari intipati makna perkataan itu sehinggalah konsepnya dan bagaimana konsep konsep Darwin dari natural selection sehingga survival of the fittest  tu kita sanggah, apa ilmu  yg akan kita guna sebagai pendekatan?

yes boleh suruh dia baca quran itu saya terima , tapi apabila kita berlaku adil dan tahu adab ilmu maka , kita boleh aplikasikan ilmu itu dengan asas pengetahun aqidah kita tentang asma Allah itu kat mana yg salahnya teori ini walaupun kita dimomokkan dengan contoh contoh empirikal.

cumanya , bila kita mempunyai apa yg dikatakan adab, yakni tahu akan tataletak sesuatu , letak duduk sesuatu dalam sistem keseluruhan ilmu itu .dan ketika itu kita tahu roles and position ilmu itu dan kita sendiri maka adil akan berlaku, kalau tak , akan ade label melabel.



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 04:04 PM | Show all posts
Islam sudah tersebar ke Sepanyol (Andalusia), China, India, sebelum tersebarnya Ilmu Kalam. Ulama' Salaf ketika itu tidak berhajat sama sekali kpd Ilmu Kalam untuk berdakwah kpd kaum 'Ajam.
Bahkan kaum 'Ajam sudah mula diseru kpd Islam dengan diutusnya Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam, Rasul kpd sekalian 'alam. Baginda berdakwah kdp Majusi dan Nasrani tanpa berhajat kpd Ilmu Kalam sedikit pun.
Demikianlah keimanan Ahli Sunah Waljamaah bahawa Wahyu Ilahi sudah mencukupi untuk membimbing 'Aqal manusia berfikir ke arah yang benar, tidak berhajat sama sekali kdp Mantiq Yunani mahupun Filsafat mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2019 03:57 PM | Show all posts
sedikit perkongsian buat semua...

KAEDAH PENGAJIAN KITAB YANG TERBAIK DI ABAD INI


     Pelbagai cara dan teknik telah digunakan oleh para guru dan asatizah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Namun, apabila melihat kepada keberkesanan ulama-ulama Jawi samada di Tanah Haram Makkah atau di institusi - institusi pondok tempatan dalam mengkaderkan pelapis-pelapis ulama, maka kaedah talaqqi dan memperincikan kalimah - kalimah dalam kitab adalah terbaik untuk abad-abad yang kebelankangan ini. Para pelajar akan membawa kitab yang akan dibaca sendiri oleh guru atau murid kanannya dan akan memberi tumpuan kepada  setiap kalimah yang diperincikan. Sebelum itu, guru akan mengi'rabkan kalimah-kalimah yang sukar dan ini bergantung kepada kemampuan pelajar itu sendiri. Jika pelajar peringkat rendah (mubtadi) maka sang guru akan mengi'rabkan kalimah demi kalimah. Manakala pelajar peringkat tinggi, ( contohnya pelajar Masjidil Haram) sang guru akan mengi'rabkan kalimah-kalimah yang tertentu sahaja sesuai dengan pelajarnya yang sudah berpengalaman dengan ibarat kitab. Kemudian, kalimah yang diperincikan pula mungkin dari sudut terjemahannya atau kehendak pengarang mengikut konteks bab yang dipelajari. Selain itu, sang guru juga akan mengembalikan dhomir dan musyar ilaih bagi isim isyarat supaya muridnya dapat memahami ibarat kitab dengan betul. Bagi mengelakkan daripada terlupa taqrir atau huraian gurunya, pelajar akan membuat catatan   ( dhabt ) di tepi - tepi kitab
samada menggunakan bahasa ibunda atau bahasa Arab


TAFSIR AYAT AHKAM

(KITAB IKLIL SAYUTI)



TAFSIR AYAT AHKAM




BULUGHUL MURAM




UMDATUL AHKAM
(HADITH AHKAM)


TAFSIR JALALAIN



TAFSIR JALALAIN



SYARAH FAKIHI
(NAHU)


SYARAH FAKIHI
(NAHU)


JAUHARUL MAKNUN
(BALAGHAH)


SYARAH ABDUL SALAM
(USULUDDIN)


SYARAH MAHALLI
(FIQH)











Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 02:26 AM | Show all posts
Salam TT

Apa kaitannya kalam dgn akidah?
Dan siapa yg mengaitkan kedua2nya tu?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-10-2019 03:33 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 14-10-2019 02:26 AM
Salam TT

Apa kaitannya kalam dgn akidah?

tiada kaitan pun antara dua ini. kaedah batil untuk menerangkan Sifat Allah yang diserap dari falsafah Yunani kuno.

Siapa yang pakai ilmu kalam? Ahli Kalam lah jawabnya.


SEJARAH ILMU KALAM YANG MEMBINASAKAN

Oleh AAMRO

Kejelekan dan kekacauan dalam Islam, separuhnya disebabkan oleh ilmu durjana ini.  Sebuah ilmu yang disorokkan dalam gedung di sebuah pulau Yunani lalu ditagih oleh khalifah Abbasiyah!

Tersenyum sampai ke pipi lah para pendita nasrani saat itu,  kerana buku yang tidak diinginkan dan buku membahayakan sehingga di rantai dalam gedung rahsia,  akhirnya diminta oleh Sultan Abbasiyah,  ketua negara Islam yang terbesar: banding Umawiyah yang kecil di Kurtubah Andalusia.

Pada 529M, Akedemi falsafah Plato ditutup oleh Justianian maka para ahli filsafat pun bertebaran dan tinggal merata.

Kebanyakannya menuju ke kawasan persisir Syria , Iskandariyah dan Parsi. Kisra Parsi,  Anushirwan menerima kebanjiran ahli falsafah ini lantas mendirikan Akedemi Jundishapur.

Takdirnya bandar tempat berdiamnya ahli filsafat seperti Iskandariyah, Antokiah,  Emesa dan Edesa,  ditakluk Islam.  Makanya pengaruh filsafat mula berkembang.

Khalid ibn Yazid ibn Murawiyah (w 708M), pembesar Umawiyah yang menguasai Mesir memerintahkan karya ilmiyah Yunani di Iskandariyah di terjemah ke dalam Bahasa Arab. Jadilah dia orang pertama melakukan proses tersebut.

Mungkin ini sahajalah pekerjaan yang dilakukan oleh pembesar Umawiyah, dan selanjutnya adalah perbuatan Abbasiyah.

Setitik ilmu dari yunani dilihat tidak mencukupi.

Lalu kegairahan kepada ilmu filsafat makin bertambah.  Mahu tidak mahu, khazanah falsafah yang berasal dari bangsa Yunani perlu di gali. Jawapannya ada di gedung terlarang.

Maka ilmu Yunani pun dibawa masuk ke Baghdad,  bermula zaman Al Mansur, Sultan ke-2 Abbasiyah yang berkuasa sedari 754 hingga 775M.

Diterjemah oleh para penterjemah Istana,  ada yang Islam dan ada yang penterjemah itu kafir musyrikin.  Buku ditimbang dengan emas, itulah harga sebuah terjemahan.

Disebalik kegairahan sang Sultan mengarahkan penterjemahan,  adalah di belakangnya berdiri kukuh Keluarga Al Barmaki,  kaum Parsi yang memang mencintai filsafat.

Khalid bin Barmak, ditakdir mendampungi Sultan As Saffah,  sang pendiri Monarki Abbasiyah. Dan dizaman Yahya bin Khalid Al Barmaki inilah gedung ilmu yang bernama Darul Hikmah berkembang.

Segala ilmu diterjemah,  tak terkecuali ilmu yang menyebabkan terfitnah. Itulah ilmu kalam.

Ketika inilah Abu Hanifah (702 -  772M) hidup.  Maka dia sangat membenci terhadap ilmu Kalam yang diambil dari Yunani.

Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata:

"Aku telah menjumpai para ahli ilmu kalam. Hati mereka keras, jiwanya kasar, tidak peduli jika mereka bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah. Mereka tidak punya sikap wara' dan juga taqwa (Syiar Alam An Nubala).

Namun saat itu,  ilmu kalam belum berdiri secara tersendiri.  Pemikiran ilmu kalam belum disusun secara berstruktur: ilmu filsafat dan ilmu kalam masih bercantum.

As Syahrastani dalam kitab Al Milal Wan Nihal berkata tentang zaman Al Ma'mun (p 786 -  833M):

Bahawa sesudah kemudian itulah ulama-ulama Mutazilah mempelajari buku-buku filsafat pada masa pemerintahan khalifah Al Mamun, maka mereka mempertemukan sistem filsafat dengan sistem ilmu kalam dan menjadikannya ilmu yang berdiri sendiri diantara ilmu-ilmu yang ada, serta menamakannya dengan nama Ilmu Kalam".

Lantas dizaman Al Ma'mun lah ilmu kalam mula mengambil tempat istimewa. Filsafat dipisah dari ilmu kalam hingga ia menjadi sebuah ilmu tersendiri.

Disebut ilmu kalam kerana ia bermain dengan kata-kata.  Dan diguna untuk pertama kali terhadap subjek Perkataan Tuhan (baca: Al Quran itu makhluk atau bukan).  Lantas ilmu ini dipanggil Ilmu Tentang Kata,  alias Ilmu Kalam.

Dicipta oleh Socrates lalu diperkukuh oleh Artistotal dan Plato, muridnya. Aslinya dikatakan Socrates ini murid kepada murid Nabi Sulaiman.  Tetapi nampaknya dia mula terjerumus dalam pengagungan aqal.

Kerana dia hidup dikalangan bangsa Yunani yang berfikir rasional,  malah beragama rasional,  maka dia telah mencipta sebuah cara mengukur keabsahan (ke-shahih-an)  agrumentasi beragama.

Dia percaya tatacara beragrumentasi inilah jalan yang benar dalam berhujaj. Lalu hujah yang benar la






[size=0.85em]

yak untuk diimani di qalbu.  Dan cara ini disebut Dilektika.

Justeru nama asli kepada ilmu kalam adalah Dilektika.  Iaitu tatacara menyusun dalil dalam berhujah dimana tatacara ini berdasarkan logika.

Disinilah awal kebatilan Dilektika, lantaran berkonsepkan rasional,  hingga percaya bahawa aqidah dapat dicerna dan digapai dengan jalan aqal, rasional.

Aristotal menambahbaik dilektika lalu dibuat sistem Logik Silogisma.  Logik ini sangat rasional dan menjadi jalan pikir ahli Dilektika alias Ilmu Kalam.

Logik Silogisma memiliki 2 bahagian, iaitu Postulat atau Premis (P),  dan sebuah Kesimpulan (K) .

Premis terbahagi kepada 2, iaitu Premis Awal dan Premis ke 2.

Tentang Kesimpulan (K)  yang terhasil, dianggap benar mutlak dan wajib diimani.

Berikut adalah struktur Logik Silogisma dalam ilmu Kalam:

                 P1 - - >  P2 - - > K

Dibaca:

Adalah hukumnya seperti P1,  lalu terjadi keadaan P2,  Maka hakikatnya adalah K.

Sebagai contoh:

P1 : Jika Allah adalah Khaliq maka Dia berbeza sifat dengan Makhluq.

P2 : Ternyata Allah adalah sang Pencipta (Khaliq)

K : Maka pastilah Allah tidak bersifat seperti Makhluq.

Nampak,  dalil yang menghasilkan K adalah dalil logika. Sehingga sebenarnya kaum Mutakallimin (Ahli Kalam) memang kuat menggunakan rasional dalam beraqidah.

Sebagai contoh,  kaum Al Asyaariyah sangat teguh menjadikan rasional dalam membantah keimanan Allah meninggi dan menetap jauh di atas Langit.  Dengan jalan rasional juga mereka menetapkan Allah berbicara tanpa Suara dan tanpa bahasa.

Rasional yang mereka tempuh itulah ilmu Kalam.  Dan ilmu ini pertamanya telah digunakan oleh ulama Mu'tazilah dalam menetapkan Al Quran adalah makhluk ciptaan Allah. Kerana itulah ilmu ini dinamakan sebagai ilmu Kalam, selain sebab sifatnya membahas cara-cara menyusun hujah (kalam).

Makanya meneraka - kaum Mu'tazilah - menetapkan Al Quran itu bukan Perkataan Allah yang qadim abadi,  tetapi Allah telah merekacipta sebuah karangan, ibarat seorang sastrawan menulis sebuah novel.

Qadhi Abu Yusuf (w 798M) rahimahullah, murid sang Imam Abu Hanifah berkata kepada Bisyr Al Marisi, orang yang terpengaruh dengan ilmu kalam:

Ilmu tentang kalam adalah suatu kebodohan dan bodoh tentang ilmu kalam adalah suatu ilmu. Seseorang yang menjadi pemuka atau tokoh ilmu kalam, maka dia adalah zindiq (kafir) atau dicurigai sebagai orang zindiq (Syarah Al Aqidah At Thahawiyah).

Sesungguhnya ilmu kalam adalah ilmu yang membinasakan.  Ia telah merosakkan aqidah Islam.

Daripada konsep Sami'na wa Ato'na (dengar dan taat)  berubah menjadi agama rasional yang penuh dengan penalaran.  Tuhan sudah dianggap hal yang boleh dijangkau dengan aqal fikiran.

Kerana itulah Imam Abul Abbas Ibn Suraij (w 306 / 311H) menghukum sesat Mu'tazilah, Asyaariyah  dan seluruh Mutakallimin yang lainnya.

Beliau adalah murid Al Amnati,  dan Al Amnati adalah murid Al Muzani.  Fatwa ini adalah hujatan (bantahan)  terawal dari ulama Salaf terhadap mazhab Al Asyaariyah.

Malah fatwa ini tidak pernah dibantah oleh Imam Abul Hasan Al Asyaari ketika beliau hijrah  ke Baghdad dan bertalaqi kepada Ibn Suraij ini.

Dan fatwa ini tidak ditarik oleh murid utama Ibn Suraij,  iaitu Abu Ishaq Al Marwazi,  juga guru kepada Al Asyaari.








Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2019 04:02 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 23-10-2019 04:07 PM
Kilokahn replied at 21-10-2019 03:33 PM
tiada kaitan pun antara dua ini. kaedah batil untuk menerangkan Sifat Allah yang diserap dari fals ...

Sebagai contoh,  kaum Al Asyaariyah sangat teguh menjadikan rasional dalam membantah keimanan Allah meninggi dan menetap jauh di atas Langit.  Dengan jalan rasional juga mereka menetapkan Allah berbicara tanpa Suara dan tanpa bahasa.

Sungguh 'kalam' di atas ni tampak termasuk dalam golongan Zahiriyyah, walaupun mengaku pendokong Salaf!

Kerana apa? Kerana berkalam Allah meninggi dan menetap jauh di atas langit.

Sesungguhnya Allah menciptakan 7 Langit dan Bumi (baca surah Al-Mulk).

Arah mana pun kamu menghadap, di situ Wajah Allah.... haruskah menetapkan tempat atau arah untuk Allah?

Hal ini melibatkan Zat Allah yang manusia sukar faham... dalam Surah Al-Mulk juga disebut Allah di Langit.... ada ayat lain sebut Allah di mana-mana, Arsy Allah Atas Air.... Maha Suci Allah, tiada yang setanding dengan-Nya.

Menyesatkan pihak yang menggunakan ilmu kalam, dengan juga menggunakan ilmu kalam (guna makna zahir untuk Zat Allah)...??? Lebih baik JANGAN BERKALAM berkaitan Zat Allah, kalaupun nak pakai dalil menyesatkan pihak lain.

Apabila satu pihak berdalil menyesatkan satu pihak berkaitan Zat Allah, belum tentu pihak yang menyesatkan itu yang paling betul

Apabila ada Ulama terdahulu menyesatkan sebahagian yang lain, berbalik kepada Jumhur... jika tidak orang awam akan semakin keliru! Kalau tokoh agama pun sukar nak faham kalam-kalam yang berkaitan Zat Allah, sebab itulah mereka menyesatkan sebahagian yang lain... lalu yang awam bagaimana?


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-10-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalil Al Quran dan Hadith jariah disertakan di bawah
Mari kita baca apa imam Salaf kata mengenai kedudukan Allah
FB_IMG_1571885310531.jpg
FB_IMG_1571885317247.jpg
FB_IMG_1571885325238.jpg
FB_IMG_1571885328367.jpg
FB_IMG_1571885306730.jpg
FB_IMG_1571885332988.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 12:43 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 24-10-2019 12:51 PM
Kilokahn replied at 24-10-2019 11:07 AM
Dalil Al Quran dan Hadith jariah disertakan di bawah
Mari kita baca apa imam Salaf kata mengenai ke ...

Dalil yang dibawa itu benar, cuma pemahaman dari dalil itu saja yang tak sama.
Hadith berkaitan budak hamba yang ditanya di mana Allah, boleh lihat syarah An-Nawawi. Ia bukan merujuk Zat Allah, ia menunjukkan budak itu beriman kepada Allah Yang Maha Tinggi, bukannya menyembah berhala-berhala yang ada di dunia....

Kalam seperti ini ADA MASALAH:
keimanan Allah meninggi dan menetap jauh di atas Langit

Sekiranya menetapkan Zat Allah atas Langit.
Tiada masalah pun sebut Allah di Langit, atau sebut Allah di mana-mana. Sebabnya ada ayat dalam Al-Quran. Allah Al-Awwal, Dia juga Al-Akhir. Ini tidak dapat dijelaskan secara zahir sebab sifat ini bertentangan dengan akal manusia.

Justeru sebut Allah di Langit, tiada masalah. Sebut Allah di mana-mana pun tiada masalah. Masalah timbul bila satu pihak ambil secara zahir, satu pihak buat takwil! Hal ini tak akan berkesudahan!

Mari renungkan ayat Al-Quran berikut, dari Surah Al-Hadeed:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah . Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ‌ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ
Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.

هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡأَخِرُ وَٱلظَّـٰهِرُ وَٱلۡبَاطِنُ‌ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ
Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, Kemudian Dia bersemayam di atas Arsy

يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

لَّهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ
Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi. Dan kepada Allah-lah dikembalikan segala urusan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2019 01:00 PM | Show all posts
Pihak yang menetapkan Zat Allah di Langit menerima takwilan berkaitan ayat Allah di mana saja kamu berada dengan maksud Ilmu Allah. Walhal mereka juga yang menentang takwilan ayat dan label ahli kalam sesat dengan takwilan-takwilan...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 04:06 PM | Show all posts
mnm77 replied at 24-10-2019 01:00 PM
Pihak yang menetapkan Zat Allah di Langit menerima takwilan berkaitan ayat Allah di mana saja kamu b ...

selalunya yg berlaku masalah sebegitu
kerana tidak memahami susunan tertib ilmu pondok
atau tiada usul pengajian sifat 20...

berhti hati dgn gaya2 wahabi skang ni yg suka menjisimkan zat Allah
sedangkan zat Allah tu sudah jelas dlm kitab2 ulama...bagaimana sebenarnya kefahaman yg nak dibawa...
tauhidul zat itu bukanlah bermakna melihat zat atau mengkaji zat, bukan seperti itu
sbbtu kena faham nahu sorof balaghah bayan mantik makulat semua tu...
dan terpenting, ada guru...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2019 04:10 PM | Show all posts
Mukadimah

Baru-baru ini isu tarekat dan pelbagai hal berkaitannya menjadi perbincangan hangat di media massa dan akhbar. Kemudian, Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengeluarkan kertas kerja kami yang dibentangkan beberapa tahun dahulu berkenaan dengan tajuk di atas. Justeru, kami semak dan menambah apa yang dirasakan perlu serta membuat sedikit perubahan. Semoga dalam Irsyad Fatwa pada kali ini dapat memberi pencerahan yang sebaik-baiknya kepada kita semua.

Tahqiq martabat ihsan seperti yang disabdakan Rasulullah SAW dalam peristiwa soalan Jibril AS mengikut riwayat Imam al-Bukhari dan lainnya merupakan kemuncak maqam ubudiah (pengabdian) hamba kepada Tuhannya. Syarat seperti melihat Allah SWT atau meyakini bahawa Allah SWT melihatnya merupakan Puncak Kwsahihan ibadat seseorang hamba-Nya.

Tanpanya ibarat jasad tanpa roh, sudah tentu mutu dan nilainya merudum sama seperti debu-debu yang berterbangan. Justeru, ulama secara bersilsilah (berterusan) menjelaskan maksud yang sebenarnya kepada ummah dalam mentahqiqkan ibadat sehingga mencapai mardhatillah.

Pada sesi itu, penulis diamanahkan untuk membentangkan kertas kerja yang bertajuk Tarekat Mengikut Sunnah Rasulullah SAW: Sejarah, Pandangan Ulama dan Menjawab Sebarang Tohmahan. Penulis mengharapkan perbincangan ini sampai kepada sasarannya. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak menyelesaikan jawapan yang berlegar dalam ufuk minda kita.

Definisi Tarekat

Asal perkataan tarekat dengan maksud jalan. Ada juga menyebut dengan perjalanan menuju kepada Allah, sama ada disebut tariq atau tarekat, ia merupakan sama seperti dengan nama sirah dan mazhab. Tarekat juga datang dengan makna hal seperti dikatakan dia dalam keadaan baik atau sebaliknya. Dalam kitab Lisan al-Arab dan al-Sihah, ada juga menyebut tarekat kaum dengan maksud yang terbaik dan terpilih di kalangan mereka. Ia lebih kepada perjalanan hati dalam menuju marifatullah dan mardhatillah.

Dinyatakan di sini beberapa takrif berkenaan dengan tarekat:

Al-Kasyi berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus bagi ahli suluk menuju kepada Allah dengan memutukan segala manzilah dan naik hingga mencapai kepada beberapa maqam.
Al-Jurjani berkata: Tarekat ialah perjalanan yang khusus oleh ahlinya dalam menuju kepada Allah dengan menghapuskan segala halangan dan menaiki kepada maqam . Lihat al-Takrifat (hal. 160)
Imam al-Qusyairi berkata: Tarekat ialah jalan atau suluk syariah, iaitu beramal dengan segala tuntutannya. Lihat Syarh al-Risalah al-Qusyairiah (hal. 43).
Al-Tahanawi pula berkata: Ia merupakan jalan menyampaikan ke syurga. Ia adalah lebih khusus daripada syariah kerana terangkum padanya hukum-hukum syariat daripada amalan soleh yang bersifiat jasadi dan mengelakkan daripada semua yang haram dan makruh. begitulah juga hukum-hukum yang khusus daripada amalan hati dan puncaknya berlepas diri selain Allah.
Kebanyakan para ulama tasawuf apabila mentakrifkan tarekat menyebut apa yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam merumuskan tarekat dan tujuannya, antaranya kata beliau dalam Ihya Ulum al-Din,  "Tarekat ialah jalan atau cara yang mendahulukna mujahadah, menghapuskan sifat mazmumah, memutus segala hubung kait dengan makhluk dan mengadap dengan penuh himmah kepada Allah. Sejauh mana pencapaian natijahnya, maka Allah lah yang menguasai hati hamba-Nya dan menaggung dalam memeri cahaya dengan cahaya-cahaya ilmu. Lihat al-Fatawa oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud (2/236)

Pengertian Tasawuf

Oleh kerana hubung kait tasawuf dengan tarekat begitu rapat dan ampuh, maka penulis mengemukakan di sini beberapa pengertian taswuf pada istilah yang menggambarkan hubung kait yang cukup mendalam, antaranya:

Maruf al-Karkhi mengatakan bahawa: Tasawuf ialah pergantungan harap kepada Allah SWT dan tidak kepada makhluk.
Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah SWT dan tidak dengan manusia . oleh yang demikian, disisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.
Al-Jurairi pula menyatakan bahawa: Tasawuf ialah perlakuan akhlak yanf tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji.
Al-Kattani menegaskan bahawa: Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu.
Abu al-Wafa al-Taftazani berkata: Oleh itu, tasawuf pada dasarnya adalah akhlak, dengan pengertian ini tasawuf adalah ruh Islam kerana seluruh rukun Islam diasaskan kepada akhlak.
Al-Nuri berkata: Tasawuf itu bukan tulisan atau ilmu tetapi ia adalah akhlak. Jika tasawuf itu tulisan, ia boleh diperolehi dengan latihan dan jika ilmu, ia boleh diperolehi dengan belajar. Tetapi sebenarnya maksud tasawuf itu berakhlak dengan akhlak Allah SWT (akhlak terpuji). Seseorang itu sam sekali tidak dapat berakhlak dengan akhlak ilahi hanya melalui ilmu dan tulisan.
Samnun berkata: Tasawuf ialah kamu berasa tidak memiliki sesuatupun di dunia ini, dan juga tidak dimiliki oleh sesiapapun di kalangan makhluk di dunia ini.
Al-Syibli pula berkata: Tasawuf ialah pengabdian diri kepada Allah SWT tanpa rasa keluh kesah. Ketika ditanya sebab dinamakan dengan nama ini? Jawabnya: Kerana baki kesan yang masih tinggal pada jiwa mereka. Kalau tidak nescaya tiada lagi nama ini bagi mereka.
Tasawuf dari peringkat awal hingga akhirnya tidak boleh terlepas daripada syariat. Oleh yang demikian al-Junaid berkata: Zikir dengan ijtima, tawajud dengan istima (seni pendengaran) dan beramal dengan ittiba.
Sariy al-Saqaty berkata: Tasawuf ialah kata nama untuk tiga perkara iaitu cahaya marifah seseorang tidak menghilangkan cahaya waranya, tidak berbicara tentang ilmu yang batin dan disanggah oleh al-Quran dan al-Sunnah, karamahnyatidak mendorong dia melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
Syeikh Abdul Wahab al-Syarani berkata: Tasawuf Islam memancar di hati para wali ketika beramal dengan al-Quran dan al-Sunnah. Taswuf juga merupakan intipati dari seseorang hamba yang beramal dengan hukum-hukum syariah.
Tarekat Dan Tasawuf Serta Hubungan Dengan Agama Islam

Sebelum dibincangkan hal ini, dinyatakan di sini bahawa tarekat sufiah apabila dilihat kepada mafhumnya secara taqlid, ia merupakan ibarat daripada tarekat yang berjalan dengan berpegang atau bersumberkan segala prinsipnya dan pengajarannya daripada al-Quran dan Sunnah secara langsung. Ia membentuk gambaran imam, ilmu dan amalan soleh, tetapi tanpa sebarang perantaraan organisasi bagi jamaah tasawuf yang tunduk di bawah seseorang. Ia berlainan dengan mafhum tarekat sufiah yang berbentuk tanzimi seperti tarekat al-Naqsyabandi, al-Syazili, al-Qadiri, al-Ahmadi dan lain-lain. Lihat al-Turuq al-Sufiah fi Malizia oleh Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (hal. 129-130).

Adakah tasawuf dan tarekat mempunyai hubungan dengan agama? Hal ini telah dijawab oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud bahawa tiada seorang sufi pun yang tidak beriman dengan Allah dan hari Akhirat. Justeru, matlamatnya mencapai mardhatillah, kasih sayangnya dan sentiasa berhubung hingga menjadi benar-benar marifah. Lihat al-Fatawa (2/344)

Hukum Mempelajari Tasawuf

Imam al-Ghazali berkata: Hukumnya fardhu ain kerana manusia tidak sunyi daripada aib atau sakit kecuali para anbiya. Syeikh al-Syazili berkata: Siapa yang tidak menceburi ilmu kita ini, nescaya dia mati dalam dosa besar yang tidak disedarinya. Syeikh Dahlan al-Kadiri di dalam kitabnya Siraj al-Talibin menyatakan bahawa hukum belajar tasawuf ialah wajib aini pada setiap orang mukallaf. Hal ini kerana sebagaimana wajib islah yang zahir, begitu juga islah yang batin.  

Hukum Bertarekat

Penulis melihat pelbagai pendapat ulama berkenaan dengan hukum bertarekat. Sebelum menjawab persoalan ini, suka dinyatakan pendapat sebahagian ulama tasawuf. Kata mereka: Tauhid adalah satu, sedangkan jalan-jalanNya kepada Allah seperti nafas-nafas anak Adam.

Kenyataan ini diulas oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud dengan maksud: Natijah suluk sufiah tiada berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain, zaman dengan zaman yang lain, dan orang dengan orang yang lain. Ia adalah tauhid di mana tauhid Allah pada zat-Nya dan tauhid-Nya pada penciptaan-Nya dan pada tasawuf-Nya hingga akhirnya. Adapun sebab berlainan tarekat kerana tabiat manusia dan fitrah mereka berlainan yang serasi dengan sebahagian dan tidak dengan yang lain. Orang ramai pada hakikatnya sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah.

Berkenaan dengan tarekat sufiah, pada hakikatnya merupakan jalan untuk tazkiyatun nafs, mengelokkan akhlak serta mengikut secara amali sunnah Rasulullah hingga jadilah ia orang yang beriman dengan sebenar dan Islam hakiki.

Syeikh Abdul Halim Mahmud menjawab persoalan hokum menyertai tarekat sufiah, adakah halal atau haram? Jawapannya: Tarekat-tarekat sufiah pada maknanya yang sebenar merupakan pelbagai wasilah dalam menggapai hidayah kepada Allah swt. Ia bermatlamatkan mencapai hidayah untuk orang perseorangan, jemaah dan masyarakat hingga menjadi masyarakat rabbani dan syeikh tarekat sentiasa mengharapkan Allah supaya termasuk dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Bahawa Allah memberi hidyah dengan sebabmu kepada seorang lelaki , maka ia adalah lebih baik daripada unta merah. Lihat al-Fatawa (2/387-388)

Antara hujah lain ialah :

Ada juga yang berhujah dengan hujah yang lain seperti tidak sempurna sesuatau yang wajib kecuali dengannya, maka hal tersebut juga menjadi wajib. Kaedah seperti ini sebagaimana sesuai dalam hukum feqah juga sesuai dalam hukum tarekat dan tasawuf.
Begitu juga ada yang berhujah dengan keperluan mujahadah nafsu.
Adakah di sana bagi kita mesti mempelajari dan berguru atau memadai melalui pembacaan buku semata-mata? Dalam menjawab hal ini, pernah berlaku akhir abad ke-8 Hijrah di mana golongan sufi bersengketa dalam isu ini menyebabkan mereka mengutus surat kepada tokoh-tokoh ulama pada masa itu seperti Syeikh Abi Abdillah Ibn Abbad dan Ibn Khaldun. Syeikh Zarruq telah menyebut hal tersebut dan mengambil semua jawapan yang berkisar pada tiga:

Melihat kepada masyaikh. Jika Syeikh sebagai pengajaran sahaja (syeikh taalim), maka memadai dengan buku rujukan bagi yang cerdik.
Melihat kepada keadaan pelajar, maka pelajar yang tidak cerdik perlu dan memastikan dengan syeikh mentarbiahnya, sedangkan yang cerdik memadai daripada buku rujukannya.
Melihat kepada mujahadah, dimana mujahadah takwa tidak perlu kepada syeikh untuk menerangkannya. Sedangkan istiqamah perlu kepada syeikh.
Seorang faqih Maliki, Imam al-Syatibi, pengarang kitab al-Muwafaqat pernah mengutus surat kepada Syeikh Abu Abdillah Ibn Abbad al-Nifri yang menjadi khatib di Jami al-Qurawwiyin, Kota Fas. Lantas menjawab melalui kitabnya, al-Rasail al-Sughra: Syeikh kembali kepada dua dalam suluk , iaitu syeikh talim dan tarbiah, dan yang kedua  syeikh talim tanpa tarbiah. Syeikh tarbiah bukanlah kemestian bagi setiap ahli suluk, tetapi menjadi keperluan kepada yang kurang cerdik dan mengikut nafsu. Adapun syeikh talim menjadi keperluan bagi setiap orang kerana sifat ilmu perlu dipelajari dan adanya hubungan antara murid dan guru. Bergantungnya kepada syeikh tarbia merupakan perjalanan ulama mutakhir di kalangan ahli sufi, sedangkan bergantungnya kepada syeikh talim merupkan cara mereka  yang terdahulu. Lihat Risalah al-Mustarsyidin (hal. 40)

Syeikh Said Hawwa melalui bukunya Tarbiyyatuna al-Ruhiah  (hal. 16) menyebut: "Aku telah melakukan tajribah yang banyak dan melihat banyak sekali, lantas aku mendapati amat jarang kesempurnaan pada jiwa atau ihsan pada suluk atau mempunyai kemampuan dalam bermuamalah kecuali aku dapati bersamanya tarbiah Islamiah sufiah yang suci kerana demikian itu merupakan kunci-kunci nafsu basyariah. Ini kerana mereka mewarisi daripada Rasulullah SAW berkenaan dengan tarbiah al-Nafs dan tazkiahnya."

Walaupun begitu, penulis lebih cenderung kepada hukum bertarekat adalah melihat kepada keadaan seseorang dan pengamatan penulis kepada beberapa buku menunjukkan bahawa keselesaan memahami  erti tarekat yang mempunyai kaitan rapat dengan tasawuf adalah amat tebal. Justeru, hukumnya pada asal adalah untuk mentahqiqkan ubudiah kepada Allah SWT dengan membuang segala ujian dan rintangannya seperti hawa nafsu.

Tarekat Yang Sebenarnya

Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam Fatawanya (2/391) menyebut: Sesungguhnya berpegang dengan kitab Allah dan sunnah Rasulullah merupakan jalan mustaqim yang Allah perintahkan kita mengikutinya. Ini membawa kejayaan di dunia dan di akhirat. Setiap tarekat sufiah yang sejahtera hanya menyeru kepada beriltizam dengan kitab dan dan sunnah, sedangkan tarekat yang menyeleweng daripada itu akan membawa kepada kerosakan, sesat lagi menyesatkan.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Al-Munqiz Min Al-Dhalal menyebut berkenaan dengan tarekat yang sebenarnya ialah penyuciannya sebagai awal syarat, iaitu penyucian hati kesemuanya selain daripada Allah dan pembukaannya seiring perjalanannya dengan takbiratul ihram dalam solat yang hati diselubungi keseluruhannya dengan zikrullah. Ia berakhir dengan keseluruhannya pada Allah. Inilah kesudahannya di samping tidak termasuk di bawahnya sebarang ikhtiar dan usaha daripada awalannya atas mentahqiqkan permulaan tarekat ini. Lihat Al-Munqiz Min Al-Dhalal (hal. 62).

Pendapat yang sama telah dikemukakan oleh Dato Haji Ambak bin Abdul Aziz, salah seorang Ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang merumuskan mafhum tarekat sufiah, iaitu tarekat sufiah yang sebenarnya yang diambil sumbernya mengikut perjalanan kehidupan Rasulullah SAW, para sahabat, tabiin dan salafussoleh.

Jawapan Kepada Tohmahan

Ada pendapat mengatakan bahawa tasawuf merupakan ilmu yang asing yang dimasukkan ke dalam Islam. Sebenarnya penulis telah menjawab persoalan ini dalam buku A-Z Tasawuf dengan panjang lebar.

Syeikh Abdul Halim Mahmud dalam al-Fatawa (362) menyebut: menjawab persoalan ini, cukup dengan mengemukakan tiga hujah:

Syeikh Abdul Wahid Yahya yang merupakan Failasuf Muslim Sufi, antara lain berkata: Tasawuf merupakan juzu jauhari daripada agama Islam. Ini kerana agama akan kurang tanpanya.
Seorang orientalis yang terkenal, Missiniun, telah mengatakan bahawa anggapan hukum yang tasawuf tiada kena mengena dalam Islam dan dimasukkan ke dalamnya adalah tidak benar dan diterima oleh akal.
Pengarang kitab al-Tabsir fi al-Din telah membangkang setiap apa yang menyalahi mazhab ahli sunnah, di mana disebut perbezaan yang ketara bagi ahli sunnah dengan adanya unsur kesufian.
Penyelewengan Dalam Tasawuf

Di antara fenomena penyelewengan di kalangan ahli tasawuf ialah idea-idea di bawah ini.

Mengambil kira citarasa dan perasaan hati individu atau ilham sebagai ukuran untuk mengetahui dan buruk sesuatu serta untuk membezakan di antara yang betul dan yang salah, hinggakan ada yang melampau dalam perkara ini sampai berkata: hatiku telah berbicara dengan tuhanku. Berlawanan dengan perkataan ulama hadith iaitu: seseorang telah memberitahuku dari seorang yang lain dari Rasulullah SAW.
Pengasingan yang mereka lakukan di antara syariat dan hakikat. Menurut mereka sesiapa yang melihat kepada makhluk dengan ain syariat nescaya dia akan memarahi mereka, barangsiapa yang melihat mereka dengan ain hakikat dia akan maafkan mereka. Ekoran daripada itu ialah orang-orang kafir tidak boleh diperangi dan orang-orang yang melakukan kemungkaran tidak boleh diingkari.
Penghinaan mereka terhadap soal-soal kehidupan yang bercanggah dengan manhaj al-Quran dan bercanggah dengan sunnah serta manhaj sahabat seperti kata: bekerjalah untuk dirimu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-oalh kamu akan mati pada esok hari.
Penguasaan sifat jabariah dan salbiah terhadap kebanyakan mereka yang mana telah meninggalkan kesan di dalam pemikiran umat Islam yang menyebabkan mereka percaya bahawa manusia ini diatur dan dipandu bukan diberi pilihan atau tiada faedah untuk menentang kerosakan dan memerangi apa-apa kebatilan. Ini kerana Allah telah menentukan segala-galanyake atas hambanya, kata-kata ini telah berleluasa di kalangan mereka: tinggalkan kuasa kepada kerajaan dan tinggalkan makhluk untuk Tuhan. Hal ini telah membawa kepada penguasaan roh yang kalah dalam kehidupan umat Islam.
Menghapuskan personaliti murid dalam proses pentarbiah suluk dan pemikiran mereka tenggelam dan kalah oleh idea syeikhnya dan dia tidak boleh membincangkan apatah lagi menentangnya atau mempersoalkan kenapa atau berkata tidak. Antara kata-kata mereka: seorang murid di hadapan syeikhnya adalah seperti mayat dihadapan tukang mandi. Sesiapa bertanya kenapa, nescaya akan gagal.
Idea-idea di atas telah tersebar pada zaman mutaakhir ini dan ramai yang menerimanya dengan percaya bahawa ia adalah sebahagian dari ajaran Islam. Apabila fajar kebangkitan moden bangkit di negara umat Islam maka ramai di kalangan intelektual yang menyangka bahawa idea-idea negatif yang tertonjol itu adalah Islam. Lalu mereka enggan menerimanya dan barangkali menentangnya pula kerana kejahilan mereka tentang hakikat nilai-nilai Islam yang sebenar. Perlu rasanya kami nyatakan mereka pada awalnya dan bersikap sederhana telah memberi peringatan tentang penyelewengan dan perlampauan itu serta mewajibkan berpegang teguh dengan nas-nas syarak dan kaedah-kaedahnya yang tidak salah mahupun menyimpang.

Ibn al-Qayyim ada menukilkan pelbagai kata-kata yang dilahirkan oleh ketua-ketua ahli tasawuf antaranya ialah kata-kata oleh ketua ahli tasawuf, al-Junaid bin Muhammad (wafat 297 H) yang berkata: tarekat-tarekat semuanya ditutup dari kenyataan makhluk kecuali orang-orang mengikut athar sunnah Rasulullah SAW. Katanya lagi, sesiapa yang tidak menghafal al-Quran dan menulis hadith dia tidak boleh diikuti dalam hal tasawuf ini kerana pengetahuan kita ini berkait dengan al-Quran dan terikat dengan sunnah.

Abu Yazid al-Bistami berkata: Sekiranya kamu melihat kepada seorang lelaki yang diberi beberapa keramat sehingga dia mampu terbang di udara, maka jangan kamu tertipu dengannya hatta kamu melihat bagaimana keadaannya dalam soal suruhan dan larangannya, menjaga batas-batas (hudud) agama serta melaksanakan syariat.

Benarkah Wujudnya Pemencilan Diri Dari Arus Perdana Oleh Golongan Tarekat Sufiah?

Mantan mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato Mohammad Murtadza dalam menjawab hal ini: Hakikatnya mereka yang selalunya kehadapan dalam mempertahankan kedaulatan Negara Islam dan peperangan Fi Sabilillah, golongan sufi di kalangan tabiin seperti Uwais Al-Qarni, Abu Muslim Al-Khaulani, Al-Aswad Bin Yazid, Hasan Al-Basri dan lain-lain adalah antara ahli sufi yang mengutamakan urusan mempertahankan daulah lebih daripada ibadat sunat. Hasan al-Basri pernah berkata: tiada satu amalan yang paling utama selepas daripada (bertungkus lumus dalam) jihad fi sabilillah melainkan  menghidupkan malam.

Al-Rabi bin Khaitham adalah seorang sufi yang menganggotai tentera berkuda, selepas dari medan jihad kudanya itu dicuri di hadapan matanya ketika beliau sedang bersembahyang, beliau berkata: tidak ada sesuatu pun yang boleh menggangguku dari bermunajat kepada Allah. Ya Allah! Sekiranya pencuri itu adalah seorang yang berkemampuan, maka berilah hidayah kepadanya tetapi jika sekiranya dia adalah seorang yang fakir maka kayakanlah dia.

Begitu juga jihad membela daulah Islam diteruskan oleh ulama sufi yang lain seperti penglibatan Abu Hasan Al-Syazili dan Solahuddin al-Ayyubi di dalam peperangan menentang tentera Salib, Ibn Arabi berkata:  wahai anakku! Sesungguhnya bila Allah mahu menaikkan martabat hamba-Nya ke maqam-maqam yang lebih tinggi, Allah akan menghampirkan kepadanya musuh-musuh-Nya agar dia bersungguh menentang mereka.

Begitulah juga di tanah air kita Malaysia gerakan menentang British dipelopori oleh ulama yang amat berpegang teguh dengan amalam tasawuf seperti Tok Ku Paloh di Terengganu, Tok Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain di Pahang, Tuan Hussin Kedah al-Banjari, pengasas Pondok al-Taufiqiyyah al-Khairiyyah, Padang Lumat dan lain-lain.

Selain daripada terlibat di dalam medan jihad Fi Sabilillah, golongan tasawuf jugalah yang menjadi pimpinan masyarakat di Tanah Melayu dan membina masyarakat yang cerdik ilmu seperti Tok Kenali di Kelantan (Pengasas majalah Pengasuh), Syeikh Muhammad Said al-Linggi, Syeikh Ahmad di Rasah, Tuan Tulis di Talang, Negeri Sembilan, dan lain-lain. Sebahagian mereka ada yang membuka pusat pengajian, menjadi pegawai kerajaan dan lain-lain tangungjawab kemasyarakatan.

Sifat Tarekat Dalam Islam

Dalam menjawab persoalan ini, penulis menukilan nasihat yang diberi oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani kepada anaknya:

Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas kamu bertaqwa kepada Allah dan mentaati-Nya, kamu sekali-kali tidak boleh takut dan mengharapkan kepada orang lain, semua keperluan hendaklah ditujukan kepada Allah sahaja: berimanlah dengan tauhid (Al-Jailani: 302).

Dalam kitabnya Futuh al-Ghayb banyak sekali pengajaran tasawuf yang diutarakan oleh Syeikh dalam bentuk yang lebih terperinci seperti:

Gesaan supaya berpengang dengan syariah.
Aqidah dan pegangan orang-orang mukmin.
Gesaan supaya selalu berdoa kepada Allah.
Fana.
Taqarrub kepada Allah SWT.
Pertalian anatara dunia dan akhirat.
Jiwa dan hal-halnya.
Ujian dan cubaan.
Wali dan jalannya.
Akhlak yang luhur.
Kitab Futuh al-Ghayb merupakan himpunan syarahan yang disampaikan oleh Syeikh dalam majlis-majlis yang berbeza dari segi masa dan tempat. Berhubung dengan aqidah pula, Syeikh menegaskan dengan jelas pegangan aqidahnya: Aqidah kita ialah aqidah para salaf dan para sahabat.

Menurut Syeikh, seorang suf itu dapatlah ditakfifkan seperti berikut: Sufi ialah orang yang telah menamatkan perjalanan dan telah sampai ke destinasi tarekatnya (al-Jailani 2/60). Selanjutnya beliau menerangkan titik permulaan dan garis penamat bagi seorang suf.

Permulaan kehidupan kerohanian (pengembaraan kerohanian) ialah keluar dari kehendak-kehendak hawa nafsu (mahud) dan masuk ke dalam jalan hukum (masyru) dan kemudian masuk ke dalam takdir (maqdur), selepas itu kembali semula ke dalam kehendak nafsu (mahud), tetapi dengan syarat hendaklah menjaga hudud (hukum-hukum syariah), (al-Jailani: 138).

Beliau juga menasihatkan anaknya dengan berkata: Wahai anakku, aku menasihati kamu supaya bertakwa kepada Allah, mentaati-Nya, melaksanakan syariah dan menjaga hudud Allah, iaitu menjauhi semua larangan Allah walaupun kecil. Sebagaimana kamu mengetahui wahai anakku, bahawa tarekat kita (tarekat Qadariyyah) ini didirikan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah, kesejahteraan jiwa, murah hati, terbuka, menahan daripada kekerasan, menanggung kesulitan dan kemaafan.

Penutup

Alhamdulillah, selesailah sudah perbincangan berkenaan dengan tajuk ini yang penulis anggap sebagai muqaddimah untuk diperlebarkan lagi dan diperluaskan lagi perbincangan tajuk ini dengan lebih mendalam. Pada penutup ini, penulis menukilkan kenyataan Abu al-Hassan al-Syazili sebagai satu penegasan: Sesungguhnya tariq ini merupakan akidah kepada Allah, iaitu hubungan secara langsung bersama Allah dan siapa yang menjalani jalan Allah ini, maka ia termasuk dalam kalangan siddiqin. Kemudian Imam Abu Hasan al-Syazili telah menerangkan tarekat Islam berkenaan sifatnya secara jelas, iaitu:

Berakhlak dengan akhlak Allah SWT.
Sentiasa menghampirkan diri kepada Allah dengan taat segala perintah-Nya.
Meninggalkan hawa nafsu semata-mata malu kepada Allah.
Dari sini, difahamai bahjawa tarekat sufiah secara mafhumnya adalah menghampirkan diri kepada Allah bagi mencapai keredhaan-Nya dan mentahqiqkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Penulis suka mengatakan bahawa tajuk seperti ini amat perlu dicermati supaya dalam diri kita supaya sentiasa terpimpin dalam perbincangan. Diharapkan semoga ia menatijahkan keinsafan kedalam diri kita untuk berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar dan tarekat sufi sunni yang selamat daripada sebarang penyelewengan.

Sekali lagi marilah sama-sama kita menginsafi diri yang dhaif ini untuk mendalami dan memahami sesuatu ilmu seperti tasawwuf sunni yang berasaskan al-Kitab dan Sunnah seperti yang diamalkan oleh Ibn Athaillah al-Sakandari dan mereka yang terdahulu lagi seperti Junaid al-Baghdadi, Fudhail bin Iyadh dan lain-lain agar kita benar-benar di atas jalan yang diredhai Allah. Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada kita. Amin.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

26 Mei 2015 bersamaan 7 Syaaban 1436H
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa itu kalam?

Kalam bermaksud perkataan.

Bila dinamakan ilmu kalam, ianya bermaksud pengetahuan perkataan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekiranya kita berkata "ilmu kalam itu dan ini, begitu dan begini", sewajarlah dilihat pada konteks kebenaran dan kebatilam.

Kita sedia maklum, Allah swt mewahyukan huruf kepada baginda utk menjelaskan sebutan yg memberikan gambaran perkataan, langsung diterima pakai oleh umat Islam muktahirin ini, sebagai dalil yg paling utuh, dalam membicarakan "pahala" ketika melafaz sebutan huruf yg merupakan bahagian perkataan yg dimaksudkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman ini, majoriti manusia yg kononnya berilmu, langsung mengaku Islam dan beriman, gagal utk memahami takrifan sesuatu yg dinyatakan, langsung terjebak dalam kesesatan yg diada-adakannya itu.

Jika kita berkata "ilmu kalam" itu suatu yg mengganggu-gugat akidah, apa pandangan ahli ilmu bila Allah swt mengajarkan nama-Nya Allah kepada manusia menerusi pendekatan ilmu kalam dari dahulu hingga kini langsung kita katakan ianya menggugat akidah?


Apa jenis kebodohan yg terang-terangan Allah swt berikan, hingga para ilmuwan mula menonjolkan kebodohan masing2 sehingga terlupa, DIALAH yg mengilhamkan semuanya kepada manusia, sedangkan manusia hanyalah diberi pilihan oleh-Nya utk memikirkannya?

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Keje iblis dan setan2 apa yg sebenar2nya?

Merosakkan asas utk mentauhidkan Allah.

Cara2nya? Cukup licik dan teratur, akan tetapi yg menghairankan saya bila, ada yg tak sedar pengertian taghut dan setan2.

Hari ini awak berkata "ilmu kalam tak betul!". Jangan begitu. Apa yg diucapkan itu doa. Dah lupa, kenapa ada hadis Alquran dihilangkan dari atas muka bumi? Pasalnya, yg kononnya berilmu, ajar utk berdoa utk menolak ilmu kalam.

Nah, bukan sekali bodoh. Tapi triple bodoh.

Makin berilmu seseorg akan menjadikan dirinya semakin bodoh lagi tolol. Apasal Allah swt jadikan sedemikian rupa? ITU TANDA2 AWAL sebelum Allah swt gantikan golongan yg bodoh2 lagi tolol dgn golongan yg tak bodoh selepas itu.

Tunggu apa lagi? Gi le minta ampun kepada Allah swt pasalnya, umbun2 dah Allah swt tarik hingga jelas makna bodoh dan tolol itu ye.

Bila diri sendiri perasan bertaqwa, lalu menyangka org lain tak bertaqwa, datanglah malaikat Zabaniah, menarik umbun2 org yg berdosa dan pendusta itu ye. (surah Al-Alaq)
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Awak mungkin rasa pandai, tapi akhirnya, tak akan pandai sesudah ditarik umbun2 oleh malaikat Zabaniah.

Sedikit nasihat, bila gagal faham asas sesuatu perkara, jgn berkata "aku kenal Allah", sebaliknya berkatalah "aku berusaha mengenal Allah"
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 02:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal org Islam tak bersatu? Pasalnya hati ingat selain Allah swt.

Org Islam zaman ini, lebih menyintai harta hingga dibutakan hati utk mengenali Allah swt. Itu Al-Wahn namanya

Org Islam zaman ini, lebih takut mati hingga dibutakan hati utk mengenali Allah swt. Itu Al-Wahn namanya.

Kerana, inilah zaman, tiada seorg pun terlepas dari mensyirikkan Allah swt!

Bila wujud Al-Wahn, tiap sesuatu itu menjurus ke arah perpecahan dan pupusnya iman.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanda2 Al-Wahn
1) lafaz takliq (ini berlaku kerana yg kononnya berilmu, tak mahu jadikan Alquran sebagai panduan)
2) menyimpan harta sebelum tiba saat kesusahan. Yg dituntut dalam agama adalah ingat bukan pula menyimpan. (ingat Allah dgn mensyukuri nikmat2-Nya)

Ada lagi. Takkan le, tak de seorg pun guru yg tahu hal ini? Atau hakikatnya, guru belum kembali kepada Alquran dan Sunnah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2019 07:04 AM | Show all posts
dovob replied at 28-10-2019 02:35 AM
Awak mungkin rasa pandai, tapi akhirnya, tak akan pandai sesudah ditarik umbun2 oleh malaikat Zabani ...


Sedikit nasihat, bila gagal faham asas sesuatu perkara, jgn berkata "aku kenal Allah", sebaliknya berkatalah "aku berusaha mengenal Allah"


Dialu-alukan untuk berdiskusi secara matang, boleh beza pendapat dan boleh beri dalil masing-masing.

Sedikit nasihat saya, elakkan perkataan kasar, macam mencarut, sekalipun anda rasa anda yang paling berilmu dalam menjelaskan hujjah anda. Saya dah padam satu post anda dalam bebenang ini kerana tahap bahasa yang tidak wajar.

Memang ada post-post anda yang mempunyai bahasa yang kasar yang dibiarkan di bebenang lain tetapi harap tidak mulakan di sini. Ia tidak membantu perbincangan, kerana yang jadi nanti maki-makian sahaja.

Harap maklum.
~mnm77~


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.102198s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list