Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1203
View
34
Reply

[Tempatan] CASH! Harga barang bakal naik

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 09:34 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Rakyat perlu bersedia menghadapi kenaikan harga barangan susulan keputusan kerajaan melaksanakan pemberian subsidi bersasar kepada 2.9 juta golongan B40 menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) bermula 1 Januari tahun depan.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, harga petrol RON95 dijangka meningkat apabila kerajaan melaksanakan pengapungan harga petrol berkenaan.

"Harga RON95 mungkin meningkat dalam lingkungan 20 peratus kerana subsidi dihapuskan yang akan menyebabkan kesan kepada harga barang khususnya kos pengangkutan.

"Harga barang penghantaran juga akan naik dan kos sara hidup rakyat dijangka lebih meningkat jika harga," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, program PSP itu juga dilihat kurang berkesan jika harga minyak meningkat berikutan nilai subsidi itu rendah serta bersifat tetap.

"Mereka hanya menerima RM30 untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal. Nilai ini terlampau rendah terutama bagi penerima yang bekerja di lokasi agak jauh serta kos perjalanan yang tinggi.

"Jadi ia dilihat tidak begitu berkesan dengan keperluan semasa," katanya mengulas keputusan kerajaan untuk melaksanakan pengapungan harga petrol RON95 bermula tahun depan.

Katanya, kerajaan perlu mengambil kira golongan M40 kerana dipinggirkan daripada bantuan kerajaan walaupun mempunyai pendapatan yang belum mencukupi.

"Saya melihat PSP sebagai projek percubaan dan ia perlu diperbaiki dengan menambahkan golongan yang akan diberikan subsidi petrol bersasar," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata, kenaikan harga barangan akan berlaku apabila harga petrol diapungkan selain harga minyak dunia meningkat.

"Apabila harga minyak diapungkan akan berlaku kenaikan mendadak harga minyak dunia. Kemungkinan ada pihak akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang serta perkhidmatan walaupun harga minyak tidak memberi kesan kepada mereka.

Bagaimanapun katanya, negara ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan yang memastikan peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan sesuka hati.

"Jadi penting untuk kerajaan memastikan agensi penguatkuasaan sentiasa membuat pemantauan harga selain rakyat juga perlu membantu melaporkan sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan," katanya.

Kelmarin kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 akan diapungkan bermula awal tahun hadapan berikutan pelaksanaan PSP.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga RON95 akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember depan.

ARTIKEL BERKAITAN Harga RON95 diapungkan awal tahun depan
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -dijangka-meningkat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:36 AM | Show all posts
ha ha ha aku ketawa!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 09:38 AM | Show all posts

ketawa dlm tangisan ke sister?  cash la undi PH tempohari

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:42 AM | Show all posts
Modngengade replied at 9-10-2019 09:38 AM
ketawa dlm tangisan ke sister?  cash la undi PH tempohari

sorry sister undi adalah rahsia, tapi i tak bodoh.. hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukti taraf hidup rakyat makin meningkat..
#Menteriberkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah bodoh walaupun xda duit maintain beli produk kilo dan makanan viral yang mahal mcm babi..sebab nk support sesama ouummmmahjj..ujung2 ko mereput..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:04 AM | Show all posts
hakak akui mengundi PH yaa....tapi hakak have no knowledge of manifesto whatsoever, hakak hundi sebab fefeeling we could end corruptions....towards the end laki hakak jugak yg betui...what is the guarantee the new gov will do better? and he tidak mengundi by choice, which of coz hakak tempelak sebab takmo kalah, you tak ngundi so you have no rights to say....kui kui kui....kami masih aman...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:07 AM | Show all posts
kan da ramai org senang sejak sebelum porn hub merintah

civic & proton baru berdedai tgh jalan

gajet2 baru laku sold out

time hujung minggu full jem jalan

nak buang air rnr pun kena queue
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 9-10-2019 09:44 AM
Ummah bodoh walaupun xda duit maintain beli produk kilo dan makanan viral yang mahal mcm babi..sebab ...

ko sembang apa ni? apa ingat semua beli je?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 10:07 AM | Show all posts
fliphair8 replied at 9-10-2019 10:04 AM
hakak akui mengundi PH yaa....tapi hakak have no knowledge of manifesto whatsoever, hakak hundi seba ...

sister  ni memang jujur....x per anggap jer ini tempoh percubaan utk PH....last time, we got no choice kn...nk undi BN pun rasa dah meluat sgt dgn korupsi mereka...tambah2  dgn skendel bijan dan bik mama...next pru, kita hukum PH....kuasa di tangan kita khuennnn

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 10:08 AM | Show all posts
dino replied at 9-10-2019 10:07 AM
ko sembang apa ni? apa ingat semua beli je?

biasalah ummah serambi selalu ketinggalan keretapi di gua muse

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 9-10-2019 10:04 AM
hakak akui mengundi PH yaa....tapi hakak have no knowledge of manifesto whatsoever, hakak hundi seba ...

Yelah i told the same thing to my colleagues, are you sure the new govt can provide better life? Kalau dia still keje dengan aku sekarang, aku nak poodah sikit muka dia sebab dulu dia overrr sangat sokong pakatan. Tapi yeah the rakyat had chosen kan new govt ni so nak taknak hadam jelah perangai PH ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:42 AM | Show all posts
hakak amikkan...pengajaran pada rakyat dan pemimpin lama dan baru....banyak pengajaran patutnyaa nak habiskan sepenggal ni....yg paling obvious rakyat getting smarter but poorer, pemimpin semakin bodoh while richer....

what is our next PRU choice my dear fella ladies and gentlemen? i'm listening
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:37 AM | Show all posts
bye PH..sorry, no vote from me anymore..
sekali tersalah cukup lah..
aku rasa malaysia udah mcm cerita kartun!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:23 PM | Show all posts
Prof fraud scammer????

https://www.thestar.com.my/news/ ... anagement-rep-case/

KUALA LUMPUR: Economist Dr Barjoyai Bardai has been fined RM100,000 for being a director of a company which allows two people to act as fund management representatives without a licence.

His lawyer Tan Hock Chuan applied for Dr Barjoyai, 56, to be allowed to pay RM50,000 yesterday, with the balance to be given in instalments of RM10,000 a month.

Judge Akhtar Tahir allowed the request but ordered Dr Barjoyai, who is also a university lecturer and chartered accountant, to settle the balance by June 25.

His co-accused, Siti Mariam Berahim, 40, was fined RM50,000 for illegally acting as a fund management representative of Perdana Technology Venture Sdn Bhd between 1997 and 1998.

In his judgment, Akhtar said he considered that the offences were serious and involved public interest.

On culpability, he said both accused did not show any element of duping investors compared to their co-accused Nublan Zaky Yusoff.

(Nublan, 42, was convicted on Sept 23, 2003, for illegally acting as a representative of Perdana Management and Consultancy Sdn Bhd, now known as Perdana Technology Venture Sdn Bhd. He was fined RM600,000.)  
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Backward

Benda cenggini paklah dah buat 10 tahun lepas

PH kerajaan bengap ni memang bodo ye? GST ganti SST pastu guna kaedah subsidi macam paklah yang dorang sendiri kata gagal 10 tahun yang lepas

Sape la bengap sangat undi dorang ni dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:31 PM | Show all posts
takde beza dulu, kini, dan selamanya.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
harga minyak akan di apungkan pasni

time harga naik maka akan

melambak la viral2 lawak bodo kutuk gomen

via wasap pasni mcm time bijan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ph menang rakyat senang.. pigidahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh pakai ka profesor ni

lori pakai diesel
bukan ron95
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089890s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list