Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
878
View
18
Reply

[Tempatan] Vanggei! Vanggei! , milik muslim katernyer

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 09:29 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Beberapa pengusaha restoran nasi kandar di bawah jenama Nasi Vanggey terkilan kerana masih ada persepsi pengusaha restoran tersebut bukan beragama Islam.

Ketua Francais Restoran Nasi Vanggey di luar Perak, Mohd Faisal Mohd Ibrahim berkata, dakwaan itu menyebabkan masyarakat Islam takut untuk mengunjungi restoran berkenaan.

Menurutnya, salah faham tersebut mungkin timbul disebabkan papan tanda restoran yang direka seperti huruf bahasa Tamil namun hakikatnya restoran tersebut adalah milik Muslim sepenuhnya.

Kalau di luar Perak, restoran ini 100 peratus diusahakan orang Melayu. Ada satu kes, saya lihat konvoi motosikal berhenti depan kedai tapi tak jadi masuk sebab mereka kata bukan kedai Muslim.

Setakat ini ada tujuh cawangan di luar Perak dan beberapa cawangan jualan agak terjejas apabila orang kata kedai kami bukan kedai Muslim. Sebab itu kami merancang menukar papan tanda restoran supaya tiada lagi salah faham, katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Faisal bercadang menarik ramai peniaga Melayu melibatkan diri dalam perusahaan restoran mamak dengan menggunakan jenama Nasi Vanggey.
Mohd Faisal bercadang menarik ramai peniaga Melayu melibatkan diri dalam perusahaan restoran mamak dengan menggunakan jenama Nasi Vanggey.

Tambah Mohd Faisal, restoran mereka bukan sahaja memperkenalkan konsep baharu yang berbeza dari restoran mamak malah sedang giat memastikan semua premis memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Setakat ini dua restoran kami di Kuantan, Pahang sudah mendapat sijil halal. Kami akan pastikan semua premis mendapat sijil halal, katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengusaha, Asrul Nizam Alias mengakui menerima pelbagai soalan panas daripada netizen apabila mempromosikan perniagaannya di media sosial.

Katanya, netizen meminta pelbagai maklumat termasuk mempamerkan sijil halal selain mahu pemilik berkongsi gambar bagi membuktikan restorannya diusahakan orang Melayu.

Kadang kala sedih dan terkilan apabila usaha untuk mempromosikan restoran ini menerima kecaman itu

Tapi saya anggap itu asam garam perniagaan. Harapnya maklumat ini dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul. Cukuplah melabel restoran Nasi Vanggey milik orang Hindu, katanya.
Kari kepala ikan
Kari kepala ikan

Sementara itu, Mohd Faisal bercadang menarik ramai peniaga Melayu melibatkan diri dalam perusahaan restoran mamak dengan menggunakan jenama Nasi Vanggey.

Permintaan memang banyak tapi buat masa ini saya berhenti dulu. Saya mencari mekanisme untuk memastikan kualiti makanan sama untuk setiap francais. Mungkin saya akan hasilkan pes untuk setiap restoran.

Jika berjaya, mungkin saya akan buka peluang kepada usahawan Melayu dan kembangkan lagi perusahaan ini, katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... anggey-milik-Muslim
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ontahlaaaa.. aku mkn kedai mulayu jahh.. susah sgt mkn mcd ke kfc jah.. mamak aku tarak  mo dah.. puasa pun aku rela jah dr cekik mkn kedai mamak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Udahla status diragui tahap kebersihan pun diragui..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:38 AM | Show all posts
penat dah makan mamak.. lately asik cirit je. bye kari!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Vanggey tu maksud dia.. Mai..mai betul tak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pelanggan setia nasi royale hijau kuning sajork..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 10:02 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 9-10-2019 09:45 AM
Vanggey tu maksud dia.. Mai..mai betul tak

Vanggei tu maksudnya poodah!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 9-10-2019 09:50 AM
Aku pelanggan setia nasi royale hijau kuning sajork..

Kat sini ada ns lemak royal kedah..ada kena mengena tak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 9-10-2019 10:04 AM
Kat sini ada ns lemak royal kedah..ada kena mengena tak

Sama la tu.. Hahahaa.. Kat komplex hijau kuning tu tempat asal.. Skrg ptg2 ada 3 nasi royale dah.. Tapi aku suka yg tmpt asal.. Yg tepi istana kuah gulai dan kuah cabai dia tak masak betul rempah dan cabai.. Pantang betul lidah aku kalau makan gulai + sambal rempah dan cabai x masak.

Pagi2 aku suka nasi royale yg dekat dgn pekan Rabu.. Org alor setar tau la.. Pukul 7-8 am pi siap beratur lagi.. Fuhhh.. Tapi aku tetap rindukan nasi lemak mak puan kat rumah aku.. Hahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:11 AM | Show all posts
nasik vanggey ni nasik ganja kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:25 AM | Show all posts
vangey ni ke yang banyak kali kantoi kotor tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:17 AM | Show all posts
dh ko wt tulisan cm Tamil pstu nk aspek org tau ko tu kedai muslim..apada..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa makan nasi lauk kat mamak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:43 PM | Show all posts
vanggey kat kuantan ni majoriti pekerja india
ntah muslim ntah tak

pemilik melayu
tapi katanya proksi semata2
ntah betul ntah tak

dah banyak sangat ntah
jadi was2
sudah nya makan mekdi

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:52 PM | Show all posts
tak caya lah owner melayu.  sekarang ni kan banyak buat francise.  mcm muhammadiah kat ampang tu pun francise.  yg bagus staff dia ramai melayu.  apa pun i mmg dah lama tak makan mamak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kau Muslim, signage tulis Tamil, orang tak masuk kedai, dia cakap..ah Cheng laksa tulis rumi, kedai Jepun, Korea tulis macam mana kat signage dia sampai org berpusu2.
Nak tumpang BMF, tapi product tak jaga, mendapat lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bukan bmf pun,memang xgi pun mamak ni. Kebersihan memang diragui

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh melayu2 yg jenis bukak biz berbondong2 guna nama cina keleng n urban. Sedangkan bangsa lain bukak biz berebut2 guna nama arob n melayu siap bertulisan jawi , gambor masjid, model bertudung. Ujung2 melayu jugak yg dicop tonggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 04:33 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 9-10-2019 12:52 PM
tak caya lah owner melayu.  sekarang ni kan banyak buat francise.  mcm muhammadiah kat ampang tu pun ...

karnibal holocaust awak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.808794s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list