Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
891
View
16
Reply

[Dunia] Pembunuh bersiri terkejam

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 09:08 AM | Show all posts |Read mode





WASHINGTON: Bekas peninju, Samuel Little kini dianggap pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai pembunuh bersiri paling ramai mangsa di negara itu selepas banduan terbabit mengaku membunuh lebih 90 wanita sejak 1970.

Menurut Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Samuel yang dipenjarakan sejak 2012 selepas disabitkan dengan tiga pembunuhan itu, memberitahu penyiasat dia bertanggungjawab terhadap lebih 90 pembunuhan dari 1970 hingga 2005.

Dalam kenyataan, FBI mengumumkan pihaknya yakin pengakuan lelaki boleh dipercayai dan sehingga kini sudah mengesahkan 50 kes.

Samuel, 79, yang menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup di California sebelum dipindahkan ke penjara Texas berkata, dia membunuh 93 orang, sebahagian besarnya dicekik dan hampir semuanya wanita.

Ramai mangsanya dianggap mati akibat mengambil dadah berlebihan, kemalangan atau sebab tidak diketahui. Sebahagian mayat mangsa tidak akan ditemui selama-lamanya.

FBI menyiarkan 30 lakaran mangsa lelaki itu yang dilukis oleh Samuel ketika di dalam penjara.

FBI menyediakan laman web Confessions of a Killer (Pengakuan Seorang Pembunuh) dan memuatkan lakaran terbabit serta sejumlah rakaman video pengakuan Samuel kepada Ranger Texas dari dalam penjara.

Dalam satu video itu, Samuel menceritakan bagaimana dia membunuh wanita kulit hitam di New Orleans pada 1982 yang ditemuinya di majlis harijadi.

SEBAHAGIAN 30 lakaran wajah mangsa yang dibunuh Samuel (gambar tengah). - Fail FBI

Dia membawa wanita berusia 30-an atau 40-an itu dengan keretanya ke satu terusan.

Saya memegang kaki dan mengheretnya ke dalam air. Itu satu-satunya pembunuhan saya lakukan dengan melemaskan mangsa.

Saya tinggalkan dia dengan kepala dan badan dalam air. Paha dan kakinya berada di tebing, kata Samuel.

Dia juga mengaku mencekik wanita kulit hitam di North Little Rock, Arkansas, antara 1992 dan 1994 yang menurutnya bernama Ruth.

Samuel menyasar penagih dadah dan pelacur sebagai mangsa pembunuhannya.

Penganalisis jenayah ganas FBI, Christie Palazzolo berkata, walaupun lelaki itu sudah dipenjarakan, penting kepada FBI mendapatkan keadilan untuk semua mangsanya.

Samuel ditahan di rumah perlindungan gelandangan di Kentucky pada 2012 dan dihantar ke California untuk kesalahan dadah.

Pihak berkuasa kemudian mendapati bukti DNA dikaitkan dengan tiga pembunuhan di Los Angeles antara 1987 hingga 1989 iaitu tiga wanita dipukul dan dicekik dengan mayat mereka dibuang di tempat pembuangan sampah dan garaj.

Mereka kemudian mendapati dia ada kaitan dengan pembunuhan di Odessa, Texas dan Ranger Texas Ranger datang ke California untuk menyoalnya di penjara, Mei tahun lalu.

Dia memberi senarai 90 nama mangsanya serta lokasi pembunuhan serta melakar wajah mangsa.

Samuel membesar di Ohio dan hidup gelandangan sejak muda. Dia pernah ditahan kerana mencuri serta ketagihan arak dan dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 5:40 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh.. Kejam sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:40 AM | Show all posts
kenapa semua lakaran wanita yang dia bunuh macam kena strok? bibir semua jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:56 AM | Show all posts
Bekas peninju, Samuel Little kini dianggap pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai pembunuh bersiri paling ramai mangsa di negara itu selepas banduan terbabit mengaku membunuh lebih 90 wanita sejak 1970.


Peninju = penumbuk, tinju
Petinju = Orang yang bertinju.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia boleh ingat rupa mangsa2 bunuh dia sampai boleh lakar wajah mereka. Dahsyat sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 09:40 AM
kenapa semua lakaran wanita yang dia bunuh macam kena strok? bibir semua jatuh.

Lawalaa negro yg dia munuh tuu.. rugi cantik cantik mati..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:16 AM | Show all posts
Buritan replied at 9-10-2019 09:57 AM
Lawalaa negro yg dia munuh tuu.. rugi cantik cantik mati..

maksud i lakaran suster bukan gambo sebenar tu..
nigga tu nampak floles


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:21 AM | Show all posts
Boleh ingat pula dia tu. Jahat sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:13 AM | Show all posts
minguk replied at 9-10-2019 09:40 AM
kenapa semua lakaran wanita yang dia bunuh macam kena strok? bibir semua jatuh.

die tau lukis mulut cmtu je kot..klu ikot gambo tu mulut elok2 je..

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:26 AM | Show all posts
grizz replied at 9-10-2019 11:13 AM
die tau lukis mulut cmtu je kot..klu ikot gambo tu mulut elok2 je..

fetish mulut senget barangkali hahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:36 AM | Show all posts
memula seramm baca article..

pastu mengekek2 ketawa bace komen...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar pondan, kalau jantan sebentar bunuh sama jenis. Bunuh pompuan mmg bkn lawan ko la, sah2 ko lagi kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:09 PM | Show all posts
Ramainya dah jadi magsa dia kejam sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Serial killer ni boleh igt details pembunuhan setiap mangsa sbb dia menikmati saat bunuh mangsa ke.dah berlaku lama tp igt tuh..ko tanya aku makan apa 2 ari lepas pun tak aku tak igt
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:45 PM | Show all posts
jahat betul..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:03 PM | Show all posts
namr replied at 9-10-2019 01:26 PM
Serial killer ni boleh igt details pembunuhan setiap mangsa sbb dia menikmati saat bunuh mangsa ke.d ...

Mind of the killer...
Jgn main main owh.
Lain mcm punya dia punya ingatan.
Especially bila buat benda yang dia suka.
Plus klu dia target somebody, siap lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:30 PM | Show all posts
bila buat jenayah dan dosa besar ni, memang ingat sampai mati.

tak lena tidur malam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
3.979460s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list