Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
496
View
11
Reply

[Dunia] Kepala, keratan tubuh wanita dicampak dari tingkat 12

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-10-2019 09:06 AM | Show all posts |Read mode



MOSCOW: Sekumpulan remaja yang sedang bermain di halaman sebuah flet di Chita, Russia, terkejut apabila kepala wanita terjatuh di tempat mereka bermain, kelmarin, sebelum diikuti keratan anggota badan manusia.

Kepala dan anggota badan itu milik Elizaveta, 19, penari di sebuah kelab bogel di Chita, dipercayai dibunuh sebelum dipenggal kepala manakala tubuhnya dipotong menjadi beberapa bahagian oleh seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai teman lelakinya di tingkat 12 flet berkenaan.

Daily Mail yang memetik media Russia melaporkan, seorang remaja itu, Igor Shalev, 15, berkata: Mula-mula pakaian dipenuhi darah dilempar ke bawah sebelum diikuti kepala manusia.

Selepas itu anggota badan mula jatuh. Ia amat menakutkan.

Siasatan polis kemudian mengenal pasti mangsa sebagai wanita penduduk Chita berusia 19 tahun.

Suspek yang menyewa apartmen di blok sama, kini ditahan polis untuk disoal siasat, kata jurucakap polis.

Seorang rakan mangsa memohon sumbangan orang ramai melalui dalam talian untuk pengebumian wanita itu.

Dia anak yatim, tinggal bersama neneknya. Mereka tiada wang untuk pengebumiannya, katanya.

Chita ialah bandar dengan penduduk seramai 330,000 orang di timur Siberia, berhampiran sempadan Russia dan Mongolia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 7:38 AM
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganasnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila kejam
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aigo! Pengalaman ngeri budak2 tu
Mau demam2
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:28 AM | Show all posts
kesiannya jadi penari club untuk sara nenek.. dapat teman lelaki pula tak guna.
nak kebumi pula tak ada duit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:32 AM | Show all posts
aduh trauma dibuatnya tengok baju berdarah pun dh menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejam sungguh...dah la kena potong,kena campak pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:48 AM | Show all posts
bapak kejam geng rusial

cc: sskjp

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia penari kelab..bf dia sah2 geng mafia..xkan cikgu sivik plk..mmg gila babi kejam la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:09 AM | Show all posts
sian nenek die..xde dh org sara..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dia. Apalah yang dia dah buat sampai boifren dia bunuh siap kerat2 lagi dan buang. Memang inhumane la jantan tu. Nak kebumi pun terpaksa mohon sumbangan orang ramai. Rest in peace Elizaveta
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 11:54 AM | Show all posts
Mengerikan apalah yang dilakukannya sampai ada yang sanggup buat dia macam tu.  Tambah kesian dengan kanak2 di taman permainan mau trauma jadinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085163s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list