Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
12Next
Return to list New
1261
View
29
Reply

[Tempatan] 13 tahun berusaha dapatkan zuriat, alhamdulillah akhirnya BERJAYA

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-10-2019 11:38 PM | Show all posts |Read mode
'13 tahun menanti zuriat, ALLAH makbulkan doa'
8 Oktober 2019


KUALA TERENGGANU - Penantian sepasang suami isteri selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat akhirnya menjadi kenyataan apabila bayi sulung mereka selamat dilahirkan melalui kaedah Persenyawaan In-Vitro (IVF).

Bayi lelaki seberat 3.34 kilogram itu dilahirkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 8.38 pagi semalam.

Lebih membanggakan, bayi kepada Noor'adn Muhammad, 38 dan Mohd Yuhairil Haniff Yoon, 37, menjadi bayi pertama dilahirkan menggunakan kaedah pemindahan embrio beku atau Procedure Frozen-Thaw Embryo Transfer (FET).

Bayi yang bakal diberikan nama Muhamad Syaqif Muttaqin itu adalah bayi ke-118 yang dilahirkan menerusi kaedah IVF di hospital itu.

Pakar Obstetrik, Ginekologi dan Reproduktif (O&G), Dr Nasuha Yaacob berkata, kaedah pemindahan embrio beku itu dilakukan selepas enam tahun memandangkan kondisi Noor'adn tidak mengizinkan dia hamil selepas dua kali keguguran.

Beliau berkata, Noor'adn telah menerima rawatan infertiliti di HSNZ sejak 2011 dan telah menjalani IVF pada 2012 namun mengalami keguguran ketika kandungan berusia dua bulan.

"Dia berjaya hamil lagi pada Julai 2013 dengan mendapat pasangan kembar tetapi malang bayi mereka keguguran ketika 20 minggu dalam kandungan," katanya.


Katanya, pesakitnya itu kembali ke HSNZ untuk rawatan FET pada 2018 dan disahkan hamil pada Februari 2019.

"Sepasukan pakar O&G HSNZ terdiri daripada Pakar Reproduktif dan Pakar Feto-Maternal memastikan kehamilan kali ini tidak mengalami sebarang komplikasi," katanya.

Kadar kehamilan IVF di HSNZ kini mencecah 40 peratus pada 2019 iaitu meningkat berbanding 30 peratus pada 2018, 28 peratus (2017) dan 26 peratus (2016).

Sementara itu, Noor'adn ketika ditemui bersyukur kerana dikurniakan anugerah terindah itu.

"ALLAH SWT telah makbulkan doa kami. Saya dan suami amat gembira kerana penantian untuk memiliki zuriat selepas 13 tahun berkahwin menjadi kenyataan. Saya juga berharap bayi kami ini membesar dengan sihat," katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, Mohd Yuhairil Haniff berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak terutama kakitangan hospital yang memberikan sokongan.

"Sepanjang 11 tahun isteri saya menerima rawatan di sini, perkhidmatan yang diberikan begitu baik. Saya begitu menghargai sokongan dan perhatian yang diberikan kepada kami," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:42 AM | Show all posts

Berapa ya rawatan IVF di Malaysia hospital govt? kalau murah nak lah buat .. nak dapat KEMBAR made in Malaysia gitu

Cerita sedih - aii baca dlm IG seorang VIP .. doktor IVF cerita yang pasangan ini bertahun tahun cuba IVF last berjaya mengandung. Time bersalin ada masalah .. operate .. baby selamat. Bagi siemak pegang dan siemak bersyukur dgn anugerah Allah lepas itu si emak menghembuskan nafas yang terakhir.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 01:06 AM | Show all posts
To the original question from Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) on the cost of IVF treatment in government hospitals, Dzulkefly said the cost of the treatment for every IVF cycle or intracytoplasmic sperm injection is between RM4,500 and RM5,000.

The amount, he said, did not include medication.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 01:06 AM | Show all posts
Menurut beliau, terdapat 52 pusat Perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji dalam sektor swasta dan empat di hospital-hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan berasaskan zon iaitu Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas di Sabah dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu.

"Dijangkakan dalam masa terdekat ini, satu lagi pusat IVF bawah kementerian akan beroperasi di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:19 AM | Show all posts
R2D2 replied at 8-10-2019 09:06 AM
To the original question from Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) on the cost of IVF treatment in governmen ...


tak lah mahal ya dlm USD1K tapi ubatan dia mau riban ringgit or maybe pihak hospital ada lebihan ubatan maka bagi murah pada pasangan yang kurang mampu. Sini ubatan IVf dkt USD $7K utk satu cycle.

Thanks ..haaa boleh ler aii cuba next year



Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku baca.. Bergenang airmata aku.. Aku faham betapa bahagianya akhirnya dpt apa yg nak sgt2..maybe aku sensitif kot sbb tak boleh cuti.. Hahahahaa.. Apa pun.. Tahniah pada parents ni.. Dan pada baby comel tu.. Acik doakan semoga bila ang besar nanti ang hargailah usaha mak bapa ang utk dptkan ang.. Semoga ang jadi anak yg taat pada mak bapa ang
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 08:46 AM | Show all posts
tahniah sis... happy i bila baca berita macam ni... meols pun baru dapat anak sedara mlm tadi... tak sabar nak picit2...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-10-2019 08:54 AM | Show all posts
ada 3 kategori pasangan
yg lama tak dpt anak
samada izinkan suami kahwin satu lagi
atau
berusaha dan berusaha sehingga dapat
atau
redha dgn keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 9-10-2019 08:54 AM
ada 3 kategori pasangan
yg lama tak dpt anak
samada izinkan suami kahwin satu lagi

Benarkan laki kahwin lagi..  Dgn bini baru pun x dpt anak.. Lupanya laki mandul.. Kesian bini yg disalahkan.. Usaha dulu, jgn mudah je lepaskan alasan xda anak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:16 AM | Show all posts
sarah82 replied at 9-10-2019 07:45 AM
Aku baca.. Bergenang airmata aku.. Aku faham betapa bahagianya akhirnya dpt apa yg nak sgt2..maybe a ...

haha nape sis tk dpt merasa cuti bersalin ke haha

jgn bimbang sis ramai je senasib dgn kita.tp iols pikir rezeki tu Allah bagi kita tu dlm lain bentuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 9-10-2019 09:16 AM
haha nape sis tk dpt merasa cuti bersalin ke haha

jgn bimbang sis ramai je senasib dgn kita.tp  ...

Tak nikah lagi.. Hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 9-10-2019 09:17 AM
Tak nikah lagi.. Hahahaha...

sama la

tk nikah lagi mana nk rasa cuti bersalin hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:35 AM | Show all posts
bestnya... semoga menjadi anak soleh ye b...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 9-10-2019 09:28 AM
sama la

tk nikah lagi mana nk rasa cuti bersalin hehe

Hahaha.. Tak cuti deepavali.. Setelah kerja 140 hari kerja tanpa cuti ingat boleh la dpt rehat badan 2 hari.. Tapi tak ads rezeki lak nak cuti.. Hahahaha.. Sedih.. Sbb hari2 kira nak cuti deepavali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 09:47 AM | Show all posts
kagum dgn pasangan ni,.
13 tahun menanti penuh dgn suka dan duka akhirnya ada rezeki jugak..tahniah!
tak silap baca kat mana ntah pasangan ini dua2 cuti tanpa gaji bila dpt tahu wife peknen coz nak fokus untuk anak dalam kandungan, siap raya tak balik kampung coz tak nak ambik risiko travel jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 12:39 PM | Show all posts
alhamdulillah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:29 PM | Show all posts
alhamdulillah.. tahniah..
baru tahu gov pun ade buat ivf..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah kpd pasangan ni. Allah pasti akan beri ganjaran kpd hambaNya yg gigih berusaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.096557s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list