CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3548|Reply: 11

Adiwira Indonesia, Gundala Dapat Tarikh Tayangan Di Malaysia

[Copy link]
Post time 4-10-2019 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Bagi yang mengikuti perkembangan filem tempatan dan luar negara pasti maklum bahawa negara serumpun Indonesia telah melancarkan filem adiwira mereka, Gundala pada 29 Ogos lepas. Filem ini diarahkan oleh pengarah terkemuka Joko Anwar, yang sebelum ini mengarahkan filem blokbuster, Pengabdi Setan dan Janji Joni.

Filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Abimana Aryasatya, Ario Bayu dan Tara Basro. Namun begitu, Joko Anwar telah memilih pelakon tempatan, Bront Palarae bagi memainkan watak antagonis utama, Pengkor. Dikatakan usaha Bront memainkan watak penjahat dalam filem ini begitu mendalam dan lakonannya begitu mantap.



Antara Kata-Kata Pujian Terhadap Bront Palarae Sebagai Pengkor. Kredit: Twitter




Foto: Carian Google


Fakta menarik; Gundala merupakan watak komik di Indonesia yang berjudul Gundala Putera Petir karya Harya Suraminata pada tahun 1969. Mendapat sambutan yang baik sejak dulu lagi, ia dibentuk menjadi sebuah filem adaptasi yang membawa genre superhero neo-noir. Ia berkisarkan Sancaka, seorang pemuda yang hidup di jalanan dan sering diabaikan. Sancaka disambar petir yang kuat, mengurniakan kuasa petir pada dirinya. Sejak itu, dia perlu memikirkan sama ada dia perlu teruskan hidup menjaga diri sendiri atau bangkit mempertahankan golongan-golongan yang tertindas.


Filem Gundala merupakan satu-satunya wakil filem dari Asia Tenggara yang dimainkan di Midnight Madness, Toronto International Film Festival (TIFF) 2019, selari dengan filem-filem antarabangsa hebat seperti Joker dan Knives Out. Maklum balas yang diterima berkenaan filem tersebut amat baik dan positif dari media antarabangsa. Sambutan baik bagi filem ini menangkap perhatian para peminat filem di serata dunia, termasuklah di Malaysia sendiri. Rata-rata peminat filem di Malaysia tidak sabar menunggu kehadiran Sancaka di pawagam tempatan.



Peminat Di Malaysia Yang Menantikan Filem Gundala. Kredit: Twitter



Penantian kini berakhir, kerana Gundala akan mula dimainkan di Malaysia pada 7 November 2019.




Kredit: Twitter



Gundala juga merupakan filem pertama, yakni permulaan kepada sesuatu yang lebih besar iaitu Jagat Sinema Bumilangit, iaitu dunia adiwira mereka sendiri. Jika di Hollywood ada Marvel Cinematic Universe (MCU) dan DC Extended Universe (DCEU), Indonesia sedang mengusahakan Bumilangit Cinematic Universe (BCU) berdasarkan tweet dari pengarah Gundala, Joko Anwar.


Beliau telah mengesahkan filem-filem yang bakal dihasilkan oleh BCU selepas Gundala serta menyertakan barisan pelakon-pelakon yang bakal memainkan watak adiwira mereka. Senarai tersebut turut disertai nama-nama besar di Indonesia seperti Chelsea Islan, Joe Taslim, Dian Sastro, Asmara Abigail dan Nicholas Saputra. Filem pertama BCU, Gundala bakal diikuti Sri Asih selepas ini.



Senarai Filem-Filem BCU. Kredit: Twitter




Senarai Pelakon Yang Bakal Membintangi Filem-Filem BCU. Kredit: Twitter



Jadi, sama-sama kita tunggu November nanti. Korang rasa BCU ni boleh lawan Marvel ke agaknya nanti? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Habislah lagi doploh tahun indon claim yg MCU dgn DCEU tiru BCU diorang kalau jadi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Haahha.. dulu filem Cicakman siap amik Tamara Blezinsky jd watak antagonis.. masuk Indon flop... yelah cite Cicakman tu pon hauk gak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 03:18 PM | Show all posts
xde masa ak nak layan cite indon....bukanya diaorg suka kita pun..asal jumpa kat pubg ke ML ke..abis kena hina rakyat malaysia..meluat ak
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 03:19 PM | Show all posts
Sorang jer Pengkor yang iols kenal. Queen Kepam
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Laku betul bront kt luar Negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2019 05:34 PM | Show all posts
Moga tak terima nasib macam pilem Badang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2019 07:16 PM | Show all posts
Tagline siap Butuh lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2019 08:38 PM | Show all posts
sekadaran jer kekonon watak pengkor hebat, padahal ianya cumaan meraih publisiti sambil menaikkan kutipan sekaligus bok-opiskan pilem ni di malaysia. tp mgkn pilem ni hebat, siapa tau kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 04:46 PM | Show all posts
wow bront ni flim filipina pn ad blakon jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2019 03:44 PM | Show all posts
teringat nama katak kat majalah Ujang ke Apo dulu Gundala nama katak tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2019 10:04 PM | Show all posts
bront pemes kat luar negara...tahniah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052164 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list