Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
679
View
13
Reply

[Penulis] [Takwil Puisi 028] Cinta itu ada...

 Close [Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-9-2019 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 24-9-2019 11:29 AM

Pemenang [Takwil Puisi 026] Harapan

Tahniah pemenang-pemenang

1 - @seller6183

2 - @salamon

Maksud puisi-Harapan

Suara hati isteri. suami isteri bekerja, jarang berjumpa. suami tidak sihat yakin akan mati dahulu. sering menyebut hal itu bila isteri nak marah atau membebel. nanti kalau lepas ni dia mati isteri akan rasa bersalah dan terkilan maka isteri tak jadi marah walau suaminya dah buat salah.  sebenarnya isteri lebih takut hidup tanpa suami namun tidak pernah ditunjuk atau diucapkan sebab tidak mahu suaminya bimbang. tidak akan sama lagi hidup setelah kehilangan orang yang sangat dicintai.


Puisi Minggu Ini

Tajuk :
Cinta itu ada

Masa tinggalkan aku laju
Masa sudah mula ubati aku
Masa bergerak tunggu aku

Aku mahu bergerak seiring masa
Meninggalkan semua duka dan luka
Cuma melihat parut tanda
Bahawa diri pernah kecewa
Teruk tanpa diduga

Tapi sekarang tidak mengapa
Itu tandanya aku manusia
Yang masih percaya
Cinta itu ada

Oleh,
@ati2027   

@watashinoai
@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang

@Snack_Fruit

@digger

@rob07

@takayama

@meisapoya

@ati2027

@watashinoai

@krimkraker

@KahPahJ

@seller6183

@aleX-S






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama dulu, penulis benar2 terluka, kecewa n derita sebab cinta..'parutnya tetap ada', sebab kenangan pahit tu memang sampai bila2 akan kekal melekat kuat dlm ingatan.

Tak semua cinta menjanjikan bahagia, tak semua cinta akan kekal ke syurga, tak semua cinta hanya diiringi senyuman tanpa dinodai air mata pilu..

Penulis redha dgn ujian yg telah dilalui, kerna itu antara ujian lumrah bg setiap insan yg bercinta.. Percaya pada suatu hari, masa dia akan tiba, untuk benar2 bahagia dlm cinta..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
semakin masa, hari, dan waktu berlalu, semakin penulis dapat mengubati hati nya yg luka..

penulis tidak mahu lg menoleh kebelakang dan bertekad untuk teruskan kehidupan seiring waktu..cuma terkadang penulis terkenang peristiwa teramat pahit yg telah mematahkan hatinya..

namun penulis sedar itu semua hanya dugaan dari yg Maha Esa untuk hambaNya.. MANUSIA YANG PERCAYA WUJUDNYA CINTA..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 12:45 PM | Show all posts
Assalam momod n thanks tagging ye,

Ok saya cuba ye ni..

Puisi ini mengisahkan penulis pernah dikecewakan oleh seseorang (mungkin dalam percintaan, kerjaya, @ kehidupan) dan dalam pada yang sama cuba memujuk hati untuk melupakan peristiwa tersebut.

Seperti yang penulis ucapkan dalam rangkap puisi beliau akan "parut masih ada" melambangkan walaupun penulis sedaya upaya untuk bangkit, namun ada suatu ketika detik pasti penulis terkenang kembali akan kisah itu. Biasalah kita sebagai insan ni walau macam mana kuat sekalipun kita cuba untuk menidakkannya, kadang kita sendiri tertewas dek teringat akan masalah tersebut. Bertabahlah ye penulis.

Saya harap walau apapun penulis tengah hadapi sekarang ini, semoga penulis tetap tabah dalam menghadapi segala cobaan dan kekal positif selalu insha Allah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 03:01 PM | Show all posts
alhamdulillah menang takwil harapan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Maksud puisi - Cinta itu ada

Ternyata pemuisi telah move on dari kisah cinta yg telah dikecewakan oleh sang kekasih. Pemuisi cuba bangkit dr kekecewaan dan melupakan segala kepedihan yg berbekas dihati seiring dgn waktu yg menyembuhkan hatinya.

Pemuisi percaya walaupun telah dikecewakan yg sgt mendalam, tetap cinta itu ada. Cuma lambat atau cpt. Yang pasti biarlah takdir yg menentukan. Cinta jgk tidak semestinya sesama manusia. Sesungguhnya cinta kpd sang pencipta akan berkekalan buat selamanya.Sudah pastinya pemuisi jgk berhak utk bahagia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Episod-episod luka dalam setiap insan. Yg pasti, setiap insan akan melaluinya. Tetapi luka itu akan terubat dengan perjalanan masa. Dan setiap insan perlu belajar untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa. Jika tidak, dia akan mensia-siakan hidupnya kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.  Episod luka yang pernah dilalui akan kekal di ingatan agar tidak diulangi lagi kesilapan serupa. Cinta itu ada menunjukkan rahmat dan kasih sayang Pencipta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-9-2019 01:09 PM | Show all posts
salamon replied at 25-9-2019 06:07 PM
Maksud puisi - Cinta itu ada

Ternyata pemuisi telah move on dari kisah cinta yg telah dikecewakan ...

post lagi klaim kredit pemenang

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice puisi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Puisi ni mengisahkan pasal seseorang yang dah boleh "mice on" dengan cinta silam. Walaupun pernah terluka (maybe disakiti/pendam perasaan makan hati), rasa sakit masih ada. Cuma, hati dia sekarang ni dah terbuka untuk terima cinta. Kira penulis ni dah tak hidup dengan kenangan luka. Dia percaya ada bahagia didepan mata

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2019 12:20 PM | Show all posts

Penulis menyatakan bhw beliau mahu maju ke hadapan dan melupakan apa yang berlaku di masa lalu, kemungkinan penulis mengalami kekecewaan dlm percintaan dan atau kehidupan. Penulis juga menyatakan bahawa beliau xnak statik pada masa beliau mengalami kekecewaan tersebut sebaliknya beliau ingin bangkit dari kekecewaan tersebut walaupun kekedg terasa ada sakit di dalam hati dek kerana parut msh ada berbekas. Dan penulis juga percaya walaupun pernah rs kecewa namun Cinta itu akan hadir jua.
Cinta ni dtg dr pelbagai bentuk, cinta sesama manusia, cinta abadi dgn pencipta mahupun rs cinta pd alam sekeliling.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2019 01:03 PM | Show all posts
puitis sungguh....terus terasa bila baca..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2019 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik puisi ni.

Beliau mungkin pernah putus harapan, dilukai dan kecewa.

Masa telah mengubati beliau, dan kini beliau yakin cinta akan tetap ada dan kembali berharap. Beliau kini telah move on dan yakin pada masa depan yg lebih baik.

I guess beliau kembali mencari cinta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-10-2019 10:19 AM | Show all posts
Tutup...



.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093900s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list