Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
626
View
16
Reply

[Tempatan] Jual MyKad: JPN cadang wujud bank DNA.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 22-9-2019 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Jual MyKad: JPN cadang wujud bank DNABernama -

September 22, 2019 5:41 PM


Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengusul diwujudkan bank data deoxyribonucleic acid (DNA) dan dimasukkan dalam sijil kelahiran agar dapat mengekang ketirisan untuk jangka masa panjang, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ia adalah antara langkah yang diputuskan untuk penambahbaikan serta-merta dan strategi memperkemas sistem penyampaian JPN, termasuk memperketat prosedur pengendalian standard (SOP) sedia ada jabatan itu.


Menterinya Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat pada 18 Sept lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha KDN Alwi Ibrahim berikutan isu sindiket penjualan kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.


Selain itu, antara langkah lain ialah memberhentikan serta-merta pendaftaran lewat kelahiran di JPN negeri dan menetapkan hanya boleh dilakukan di ibu pejabat JPN untuk semak dan imbang, katanya dalam satu kenyataan berhubung isu sindiket penjualan kad pengenalan kepada warga asing, di sini hari ini.


Katanya, kekerapan proses naziran secara mengejut di semua bahagian JPN, termasuk terhadap vendor yang terlibat akan dipertingkatkan bagi memastikan semua tatacara yang ditetapkan dipatuhi, serta menambah baik aras keselamatan berperingkat agar tidak boleh diakses dengan mudah oleh semua pegawai, sebaliknya perlu melalui verifikasi pegawai atasan.


Langkah itu turut melibatkan penukaran pegawai JPN secara pusingan untuk mengelakkan pegawai berada di posisi sama lebih daripada dua tahun bagi meminimumkan salah guna kuasa, dan menyemak semula semua sijil kelahiran yang belum dituntut untuk dinyahaktifkan daripada pangkalan sistem bagi mengelakkan salah guna.


Saya ingin menegaskan, KDN tidak akan melindungi mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat dalam kes penjualan MyKad dan memberi kuasa penuh kepada polis untuk menyiasat dan mendakwa pengkhianat negara.


Pada masa sama, KDN juga tidak akan berkompromi dengan penyebaran berita tidak sahih dan palsu yang ditularkan dan memberi amaran bahawa tindakan perundangan akan diambil ke atas penyebar berita dan maklumat palsu, katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cadangan yg ok la, tapi nak buat tu bila
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Laksana hukum mati aje kat org yg terlibat dgn sindiket ni...
Tak kisah la kerani jpn anak sebelas sekalipun.. Dah salah jatuhkan je hukum mati...
Tengok la ada lagi yg berani mati ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengkhianatan terbesar....hukuman harus setimpal! Aku rasa sindiket ni lagi besar dr yg kita tahu....mesti ade politician yg terlibat..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju 100% kes jenayah banyak Akan dapat diselesaikan dengan buat Bank DNA....

Jatuhkan Hukuman Mati yang jual IC tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Problem with introducing bank dna is the breach of fundamental principal of privacy itself as early  as infant stages.

Ini membuka kepada profiling baru dari segi penyakit, keturunan dan apa saja yg kita xakan jangka.

Ia perlu dibawa secara berhati2 dan bila info ini jatuh ke tangan pihak xbertanggungjawap, bakal kucar kacir.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 23-9-2019 07:18 AM
Problem with introducing bank dna is the breach of fundamental principal of privacy itself as early  ...

Betul....kalau di yurop dah himan rights berkampung tak setuju.  Bg i cadangan ni secara teori sangat baik
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana nak pastikan maklumat dna itu tidak tiris dan tidak disalahguna sedangkan sekarang ni bermacam benda boleh leak.

Buat ujian lisan utk tentukan warganegara. Kalau tak boleh bertutur bahasa melayu secara lancar maka selayaknya ditolak permohonan ic.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 07:46 AM | Show all posts
kes ni taknak masukkan dalam buku teks sekolah ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 08:10 AM | Show all posts
amat setuju.

jadi tiada lagi cara dapig dan hindraf, import kaum mereka dapat mykad pelesu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:17 AM | Show all posts
Bagi kuasa kat negeri2 Tanah Melayu macam kuasa Serawak!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:37 AM | Show all posts
fight for it. jgn biar org senang2 je dpt myKad
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 09:37 AM | Show all posts
Negeri2 Melayu nak protection and guarantee yang penyangak2 neh tak masuk dalam negeri2 weols! Bagi kuasa kat negeri2 weols paling kurang macam Serawak, bagilahhhh kimakkk!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:34 AM | Show all posts
selagi ada dajal dalam JPN tu, ko buat la DNA database macam mana sekalipun, boleh je dimanipulasikan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 11:45 AM | Show all posts
kau trace balik ic tipu  yg dh telepas tu
hrp pihak imi gi serbu flat area umah aku tu byk nau muka2 pilak/indon belagak la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lutong tgh bersiap sedia jadi peguam bela pesalah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2019 03:32 PM | Show all posts
Tak relevan langsung kad IC dengan keperluan DNA data.

Yang tiris nya kad tu, bukan manusia yg guna kad tu.

Identify kat mana tiris. Pegawai JPN kah, pengeluar kad kah, pengeluar cip kah....

Maklumat biometric, cap jari tu dah cukup untuk pengenalan individu. Kalau guna DNA bank pun, bukan dibagitau orang tu berwarganegara mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.105661s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list