Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
468
View
10
Reply

[Jenayah] ..Jerebu: Malaysia ada hak tuntut ganti rugi dengan Indonesia

[Copy link]

Author: pyropura    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-9-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Malaysia ada hak untuk menuntut pampasan atau ganti rugi dari Indonesia terhadap masalah jerebu yang setiap tahun melanda negara berdasarkan undang-undang antarabangsa, ujar Pakar Undang-Undang Alam Sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hanim Kamaruddin.

Jelasnya, mana-mana tindakan undang-undang antarabangsa seumpama itu perlu disertakan dengan bukti yang kukuh.

Bagaimanapun, ketika ini tiada peruntukan khas dalam perundangan domestik atau perjanjian antarabangsa yang boleh diaplikasikan oleh Malaysia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia dalam masalah jerebu merentas sempadan ini.

"Namun saya berpendapat dari sudut undang-undang antarabangsa, ada kemungkinan Malaysia mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi berdasarkan pembuktian yang jelas dan kukuh selama jerebu ini berlaku.

"Tetapi sebaliknya pula, saya merasakan dari segi mendapatkan pembuktian tersebut dari pihak Indonesia untuk tindakan sebegini juga tidak akan kesampaian kerana ini boleh menjejaskan kedaulatan negara Indonesia di mata ASEAN jika ia didapati memberi maklumat kepada Malaysia," katanya semasa ditemubual Astro AWANI di Fakulti Undang-Undang, UKM, Bangi.

Prinsip tanggungjawab dan akauntabili

Ujarnya, suatu prinsip yang boleh diutarakan dalam ganti rugi adalah berasaskan kepada prinsip tanggungjawab dan akauntabiliti sesebuah negara.

"Maksudnya, pengendalian aktiviti dalam sesebuah negara itu, tidak seharusnya membawa kemudaratan kepada negara jiran.

"Prisip tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap Indonesia ini, contohnya, Indonesia tidak seharusnya mencemari alam sekitar negara jiran yang berpunca dari negaranya sendiri dan maka jika didapati telah mencemari pampasan boleh dituntut sekiranya ada kesan awam berikutan aktiviti di Indonesia," tambahnya lagi.

Malah, prinsip seumpama itu telah digunakan ke atas kes-kes antarabangsa sejak tahun 1930-an iaitu antara Amerika Syarikat dan Kanada.

"Kes-kes di peringkat antarabangsa telah mengkaitkan prinsip ini dalam 'Trail Smelter case' pada tahun 1937 di antara US dan Canada dan juga dinyatakan dalam Stokholm Declaration. Walaupun begitu, prinsip ini masih lagi tertakluk kepada kerjasama di antara pihak2 dalam pertikaian .

"Jadi jika Malaysia mahu bawa pertikaian berlandaskan pencemaran jerebu terhasil dari aktiviti yang dijalankan di Indonesia ke Mahkamah Antarabangsa contohnya, International Court of Justice (ICJ)," kata beliau.

Namun Malaysia tidak mampu berbuat apa-apa jika tiada persetujuan dari Indonesia untuk membawa pertikaian itu ke ICJ.

Bawa kes ICJ tidak selari dengan ASEAN Way

Bagaimanapun, tindakan membawa isu berkenaan ke ICJ adalah tidak selari dengan prinsip ASEAN Way yang dilaksanakan selama ini.

"Prinsip ASEAN Way ini sebenarnya tidak membenarkan negara-negara ASEAN untuk campurtangan dalam hal-hal domestik atau hal dalam pengurusan domestik negara ASEAN yang lain. Prinsip ini juga mengutamakan forum berunsurkan musyawarah untuk atasi masalah serantau," katanya.

Justeru, Dr Hanim berpendapat tuntutan ganti rugi yang berasaskan undang-undang antarabangsa itu tidak akan berlaku kerana prinsip ASEAN Way serta mengambil kepentingan kedua-dua pihak atau lebih.  

"Jika berasaskan kepada the ASEAN Way, satu cara lain yang mungkin efektif bagi Malaysia ialah dengan memeterai satu perjanjian dua hala dengan Kerajaan Indonesia supaya mengambil langkah yang sesuai bagi mengehadkan atau mengurangkan pencemaran tertentu yang berpunca daripada fenomena jerebu.

"Cadangan model ini adalah dengan berdasarkan US-Canada Air Quality Agreement 1991 yang merupakan salah satu pilihan yang harus dipertimbangkan oleh Malaysia  dan Indonesia untuk mencegah kemerosotan kualiti udara di kedua-dua negara disebabkan oleh kebakaran terbuka," kata beliau.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-9-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman indon sampai tinggal spenda, biar abis duit dia untuk buat ibukota baru
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 01:05 AM | Show all posts
memang pun patut dpt pampasan,
ai nih dah seminggu demam2 dan batuk2. suara pun persis itik serati jantan baru akil baligh. seksa betol nak bercakap dgn org.
hanjeng punya negara jiran.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit ke nak bayar..suruh gadai tanah mau tak??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah idea itu...Tuntut kembalikan Pulau Sumatra menjadi milik Malaysia sebagai pampasan atau ganti rugi yang layak bagi Malaysia. Rakyat Sumatra bakalan senang hidup bersama umah suchi mulia perkasa cerdik pandai Melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 18-9-2019 05:45 PM
Baguslah idea itu...Tuntut kembalikan Pulau Sumatra menjadi milik Malaysia sebagai pampasan atau gan ...

PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat tolol goblok anjing kurap ummah tolol goblok keturunan babu pelacur henjutan Belanda...

Kehkehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 19-9-2019 01:46 AM
PancaSIAL indogneSIAL garuduburku...

Indon jongos sampah sial lahanat bangsat keparat tolol gob ...

Dah lama kau tak maki indon....

Sila maki selalu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:44 AM | Show all posts
yesss go go Tun M. Malaysia deserved better. jgn biar indon pijak negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 09:56 AM | Show all posts
Ini aku setuju....dah bertahun2. Tahun depan Visit Malaysia 2020 lupakan sajalah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2019 11:16 AM | Show all posts
Malaysia ada hak untuk menuntut pampasan atau ganti rugi dari Indonesia terhadap masalah jerebu yang setiap tahun melanda negara berdasarkan undang-undang antarabangsa, ujar Pakar Undang-Undang Alam Sekitar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Hanim Kamaruddin
Yalah Prop....siapo yg patut tuntut...rakyat ke....atau...kerajaan...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-9-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut Zorrro_03, prof ni nak melagakan gomen 2 negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086952s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list