Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
315
View
6
Reply

[Tempatan] Pesakit mata kesan jerebu meningkat 20-30 peratus di hospital kerajaan

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 17-9-2019 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit mata kesan jerebu meningkat

       

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit bagi kes berkaitan konjunktivitis (mata) meningkat 20 hingga 30 peratus di 42 hospital kerajaan seluruh negara kesan jerebu teruk sekarang.

Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, Dr Nor Fariza Ngah, berkata peningkatan itu adalah keadaan biasa setiap kali musim jerebu melanda negara.

Kita dapati peningkatan 20 hingga 30 peratus pesakit di klinik mata kerajaan bagi mendapatkan rawatan mata akibat jerebu.

Contohnya di Hospital Shah Alam saja, beza bulan lalu dan bulan ini, kes berganda daripada 40 kes kepada 80 kes sehari yang datang dengan masalah konjunktivitis

Bagaimanapun, kami sentiasa bersedia dengan keadaan ini kerana tahu masalah ini berlaku setiap tahun, katanya kepada media pada Majlis Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Yang Pertama dan Seminar Keselamatan Pesakit dilancarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Nor Fariza berkata, kebiasaannya pesakit datang selepas mengalami simptom sakit mata seperti mata gatal dan kering.

Selalunya pesakit mengalami gejala mata kering dan mereka akan membeli ubatan sendiri, namun apabila masalah berlarutan sehingga mata mengalami gatal dan kemerahan, mereka akan datang merujuk kepada klinik mata kerajaan, katanya.

Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, Dr Nor Fariza Ngah. - Foto Saifullizan Tamadi.
Pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2), Muhamad Syammirul Ezani Abdullah menutup pagar sekolah berikutan masalah jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 179 (tidak sihat) yang dirakam pada jam 8 pagi . - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Beliau berkata, orang ramai diminta mengurangkan aktiviti luar rumah yang boleh memberi kesan kesihatan terutama mereka yang mempunyai asma.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, fasiliti kesihatan di seluruh negara sentiasa bersiap siaga menangani peningkatan mendadak pesakit akibat jerebu.

Selain itu, dari semasa ke semasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah akan memberi kenyataan berkaitan jerebu termasuk pada laman Facebooknya, katanya.

Masalah jerebu teruk yang melanda negara menyebabkan sekolah di beberapa negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Sarawak ditutup.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi la cuti sempena jerebu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:15 PM | Show all posts
parents pun ada paru paru juga.. harap pihak kerajaan declare lah cuti walaupun blom capai tahap bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:35 PM | Show all posts
Klinik kesihatan dan bahagian pesakit luar di hospital pastinya sibuk dengan pesakit musim jerbu macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir Pandai larikan diri time Jerebu ni.

Kalau dah lama si tua tu sakit paru2...syialll
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 04:48 PM | Show all posts
Farkk lar ngkaw gomen, ngkaw dengan hendon same jer. Farkkkk YOU furghhhh furghhhghhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 05:52 PM | Show all posts
Aku paling kesiankan warga emas & kanak2 sekolah
Sepatutnya Kementerian Pelajaran isytiharkan tutup bagi sekolah2 yg mana kawasan bacaan IPU yg melebihi 150 contoh mcm di Petaling Jaya pagi tadi semasa aku nak pi kerja jarak penglihatan kurang dari 100 meter
Aku simpati sgt bila pagi tadi aku nampak kanak2 yg pi sekolah dlm keadaan jerebu yg agak teruk
Depa yg dok dlm bilik & kereta air-cond di Kementerian Pelajaran boleh lah senang-lenang tanpa harungi sengsara jerebu sedangkan kanak2 yg bersekolah terpaksa mengharungi azab jerebu
  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.072922s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list