Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6704
View
196
Reply

[Tempatan] Mi segera jadi doorgift untuk tetamu masa kenduri kahwin

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 16-9-2019 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Mi segera cenderahati untuk tetamu




SEJAK di bangku sekolah, saya sudah memasang angan-angan untuk memberi cenderahati mi segera kepada tetamu pada majlis perkahwinan, akhirnya impian itu bakal direalisasikan tidak lama lagi, kata Siti Najihah Zamani, 22.

Siti Najihah memberi reaksi itu selepas ditanya alasannya menyediakan cenderahati mi segera untuk tetamu pada majlis perkahwinannya di Rembau, Negeri Sembilan 28 September ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkongsi ideanya dengan memuat naik ciapan di Twitter miliknya malam kelmarin dan ia mendapat perhatian warganet sehingga tular di laman sosial.

Saya pernah menyuarakan hasrat itu (memberi cenderahati mi segera) kepada ibu satu ketika dulu dan mulanya, dia mempersoalkannya mungkin kerana tidak pernah melihat pasangan lain melakukannya.

Namun ada sebab saya memilih mi segera, salah satunya adalah kerana tidak mahu membazir dan ingin cenderahati diberi pada majlis perkahwinan nanti memberi manfaat kepada tetamu.

Mujurlah, ibu dan ayah faham malah mereka begitu bersemangat memborong mi segera itu di pasar raya selepas tahu mengenai perancangan saya.

Tunang saya , Amal Afif Omar, 22 juga tidak membantah sebaliknya menyokong walaupun terkejut pada mulanya, katanya ketika dihubungi.


Siti Najihah berkata, rata-rata warganet memberi maklum balas positif terhadap perkongsiannya itu dan ada juga bercadang memberi cenderahati sama kepada tetamu pada hari bahagia mereka.

Namun terdapat juga individu yang mempersoalkan tujuannya memberi cenderahati mi segera kerana merasakan makanan itu tidak sihat dimakan.

Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi terpulang kepada mereka kerana bagi saya, setiap pasangan pengantin berhak memilih jenis cenderahati untuk diberikan kepada tetamu.

Apa yang penting, niat kita memberikan cenderahati itu adalah untuk bersedekah dan diharap tetamu saya nanti gembira menerimanya.

Saya sendiri tidak menyangka perkara ini akan tular tetapi gembira jika ia dapat memberi idea kepada pasangan yang merancang berkahwin dengan bajet rendah, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 September 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:16 PM | Show all posts
angan2 dari zaman kecik la,memberi manfaat la... ngaku je la ko sengkek
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk kata mi segera tu tak elok utk kesihatan.. Byk dah org bg bende lain yg tak elok utk kesihatan juga. Jajan.. Air gas.. Air kotak.. Coklat.. Gula2... Haaaa camne tu?

Yg eloknya mmg bg telur je la dik
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 16-9-2019 11:28 PM

Dahsyat dia punya planning doorgift kawin dia, sejak sekolah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:27 PM | Show all posts
Garit nya ko , semenjak skeolah bukan bercita-cita nak jadi seseorang yang berguna utk diri sendiri,keluarga,negara,agama,dan bangsa malah pasang  cita-cita nak manikkah lepastu nak hadiahkan tetamu dgn mee segera...biawaknya sebuah cita-cita ,biawka pun tidka bercita-cita mcm tu .
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 16-9-2019 11:25 PM
Dahsyat dia punya planning doorgift kawin dia, sejak sekolah rendah lagi. Kalau sekolah menengah tu  ...

Hasanah sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak nengok ciapan nya tu? Acik takde twider? Cap apa minya tu nanti? Nanti blh pilih tak kari ke ayam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sblm ni ade org bg dah la...siap pakej telur lagi..hehehe...
sesuai sgt utk masak mlm lepas mkn knduri tu
duit da skit lps salam kaut
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:10 AM | Show all posts
baru2 ni ada netizen melahar kat twitter sebab dapat roti gardenia sebuku utk doorgift
tak bersyukurnya ko dek..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 16-9-2019 11:27 PM
Garit nya ko , semenjak skeolah bukan bercita-cita nak jadi seseorang yang berguna utk diri sendiri, ...

Dia garit satu hal.memetik kebodohan dia di twider dan menjadikan ianya sumber berita double garit, plus bodoh. N i am stupid to end up at this thread. Oh give me back my few second.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Samyang 2x pedas tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
selama ni yg bagi kicap,  xde la viral bagai?

mgkn cara dia jawab yang lagi mengundang kecaman. mak dia malu kot anak dia bagi mi segera kt jiran tetangga. tunang dia pula maybe malas nak kisah, ikut hang la nak buat lagu mana, janji kita halal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:20 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 17-9-2019 12:18 AM
Dia garit satu hal.memetik kebodohan dia di twider dan menjadikan ianya sumber berita double garit ...

menjadi kebanggaan lantas berlumba-lumba masing2 mencuba menjadi yang rare @ pelik-pelik bagi mendaoatkan perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah pi kenduri kawin dpt kicap lemak manis cap mudim
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay gak la. Agak2 teringin nak makan mee segera tengah malam, dah ada dah dalam kabinet dapur cenderahati dia ni. My parents baru ni dapat set stainless steel straw dengan berus cucinya cenderahati wedding depa attended.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah xkan la tunang nak marah kau tu walaupn tu idea bongok

Dia takut lettew kau merajuk..xpepasal malam pertama sondol bantal je
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Susahnya nak dapat telur kenduri sekarang.. Dah jadi cam cenderahati eksklusif kat pelamin la pulak n akan diberi pd org tertentu je.

Msg2 konon nak buat lain drp yg lain kot. Please la hidupkan kembali budaya dulu2 ni.. Ke ada yg anggap bg telur rebus tu kira cikai? Bg aku la kan, lg eksklusif n rare klu bg telur. Sebab susah sgt nak dpt sekarang. Simple, berkhasiat. Cuma leceh sikit la nak merebus tu, siap kena cuci  bersihkan dlu kulitnya... Alahh tapi klu buat secara gotong royong sesama family members apedehal kan.. Nak nampak unik, pelbagaikan kreativiti bungkusannya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
OK le tu,  doogift biarla bemanfaat. Ada yg bg cawan kecik sgt la dll hujung2 x pakai
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:46 AM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 16-9-2019 11:27 PM
Garit nya ko , semenjak skeolah bukan bercita-cita nak jadi seseorang yang berguna utk diri sendiri, ...

Kalau dia bagi mi segera buatan.isele takpe lah kan? BMF
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2019 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Doorgift in sebaiknya bende2 yg boleh dipakai juga boleh bertahan agak lama, macam address book ka, calender ka, agenda/planner book ka, tote bag ka, bebende tu tak lah mahal sangat. Tapi takde Melayu yg buat rasanya so far

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
3.511636s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list