Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
553
View
6
Reply

[Pelbagai] BERITA KOMUNIKASI, SENI & BUDAYA...

[Copy link]

Author: seribulan       Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-9-2019 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 17-9-2019 09:54 AM

Martabatkan seni budaya : Pok Cu, Cintanya kepada Wayang Kulit
  • September 11, 2019
  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Published in Berita Semasa

PASIR MAS, KELANTAN - Seni wayang kulit biasanya sinonim dengan masyarakat Melayu. Bagaimanapun, seorang warga emas berbangsa Cina, Eyo Hock Seng atau lebih dikenali sebagai Pok Cu begitu meminati kesenian berkenaan.
Ia sudah menjadi darah dagingnya apabila sudah lebih 40 tahun menceburi bidang itu. Membesar dalam lingkungan masyarakat Melayu, Pok Cu, 65 tahun, meminati dan mempelajari seni budaya kaum Melayu terutamanya wayang kulit, sejak kecil.
Kini, beliau merupakan satu-satunya Tok Dalang wayang kulit berbangsa Cina di Kelantan. Berasal dari Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, beliau mengetuai kumpulan wayang kulit Sri Campuran yang terdiri daripada kaum Melayu dan Cina yang aktif mengadakan persembahan.
Pok Cu yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan ini turut berpengalaman mengadakan persembahan di luar negara antaranya di Perancis, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Menjadi seorang tok dalang bukan tugas mudah kerana beliau perlu menguasai sekurang-kurang lapan variasi suara dan intonasi bagi menggambarkan emosi serta watak. Beliau turut menguasai kemahiran lain dalam seni wayang kulit seperti membuat patung karakter dan bermain alat muzik seperti serunai, gendang dan gong.
Dalam setiap plot persembahannya, beliau akan memasukkan nilai murni, semangat patriotik serta perpaduan. Atas inisiatifnya, Pok Cu mewujudkan sebuah muzium mini di rumahnya yang mempamerkan pelbagai patung wayang kulit, alat muzik tradisional serta maklumat berkaitan seni dan budaya.
Berikutan sumbangannya itu, beliau telah menerima pengiktirafan warisan budaya UNESCO, selain, dianugerah Tokoh Orang Hidup oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada 2009 serta Anugerah Tok Dalang Terbaik oleh Kerajaan Negeri.
Selain wayang kulit, Pok Cu juga mahir dalam persembahan dikir barat, Makyong serta Menora.
Harapan Pok Cu, generasi muda perlu didedahkan dengan kesenian dan kebudayaan warisan bagi memastikan khazanah negara tidak ditelan zaman.
((RTM , AHMAD HERMAN RODZI))



Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnyaaaa
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2019 02:54 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 15-9-2019 04:39 PM

Oy nape tak masuk thread takwil ni klaim kredit pemenang...

https://mforum.cari.com.my/forum ... tra=page%3D1&page=2
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2019 05:41 PM | Show all posts

Aksi ranjang dan seksi dalam filem dah berlalu
Sep 13, 2019 (Dikemaskini Sep 13, 2019)
Syahierul Fakhri


Mohamad Sabu memuji sebuah filem baru yang bertemakan sukan bola sepak Suatu ketika, langitkan impianmu karya Prakash Murugiah.

Selepas hadir tayangan hari pertama di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur malam tadi, menteri pertahanan berkata beliau langsung tidak terlelap, walaupun satu saat.

Saya kalau tengok wayang selalunya tidur tapi malam ini (semalam), satu saat pun tak tidur sebab nak tahu apa berlaku seterusnya, katanya dalam sidang media selepas tayangan filem itu.

Prakash, 37, turut hadir dalam sidang media itu.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata filem tersebut mempunyai plot cerita yang menarik, penuh emosi serta mempunyai elemen semangat perpaduan antara masyarakat.

Bagi masyarakat kita, bila sebut saja filem mesti kena ada adegan ranjang dan seksi. Dan itu semua sudah berlalu, katanya.


Mohamad yang juga presiden Amanah, beliau berharap filem tempatan seperti itu lebih banyak dihasilkan pada masa akan datang.

Saya lihat filem ini setanding dengan negara Iran yang menang banyak award di peringkat antarabangsa.


Saya harap filem seperti ini dapat dihasilkan lebih banyak pada masa akan datang, katanya lagi.

Filem selama 1 jam 33 minit itu antaranya dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Nam Ron. Lagu temanya bertajuk Ayuhlah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Zainalabidin.

Suatu ketika, langitkan impianmu mengisahkah penubuhan sebuah pasukan bola sepak kanak-kanak kampung pada tahun 1950 untuk melawan pasukan bola sepak British.

Prakash pernah menerbit dan mengarah filem drama berdasarkan cerita sebenar bertajuk Bibah pada 2013 ini yang berkisarkan semangat patriotisme dan perpaduan antara masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 15-9-2019 02:54 PM
Oy  nape tak masuk thread takwil ni klaim kredit pemenang...

https://mforum.cari.com.my/forum ...

Nak klaim kat mana ye?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2019 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sedikit info berkenaan wayang kulit.

wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip
cahaya dan bayang.bayang2 daripada patung2 kulit yang terdiri
dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang.persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan
atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).

pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih2
lagi di asia tenggara.setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang
tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan atau latar belakang
masyarakat kepada yang lain.hari ini di semenanjung malaysia sahaja
terdapat empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruh2 masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi
masyarakat itu.terdapat empat jenis wayang kulit di semenjung malaysia iaitu :


1.  wayang kelantan (disampaikan dalam bahasa melayu loghat kelantan dan berasas kepada pengaruh patani).

2 .  wayang melayu (disampaikan dalam bahasa melayu berpengaruh jawa)

3 .  wayang purwo (disampaikan dalam dalam bahasa jawa dan diselit
dengan dengan bahasa melayu tempatan).

4 .  wayang gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa thai dan
bahasa melayu loghat tempatan).

dari keempat2 jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di kelantan dan negeri2 pantai timur, yang ketiga terdapat di bahagian selatan pantai barat semenanjung terutamanya di johor dan yang keempat
terdapat di negeri kedah, perlis dan beberapa negeri utara pantai barat semenanjung.

pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di
semenanjung malaysia mempunyai pengaruh2 samada dari jawa
atau patani (selatan thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh
ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan
konteks masyarakat tempatan.

perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit
pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping
satu rupa pengutaraan kesenian.pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung2 dan watak masih lagi
mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan2
kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu,
ianya jelas mengemukakan unsur2 tempatan dari segi bahasa dan juga
peristiwa2 yang digambarkan.oleh itu, wayang kulit sebenamya
boleh dinikmati (hayati) dalam dua peringkat.kedua2nya mempunyai peranan yang penting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 17-9-2019 10:51 AM | Show all posts

Bahasa kebangsaan perlu diperkasa dalam semua bidang - MB Johor
Bernama | Diterbitkan pada September 17, 2019 06:04 MYT
Facebook Twitter Email Google whatsapp icon

Badrul Hisham (belakang empat, kanan) bergambar bersama Juara Pertandingan Koir Mutiara Daksina pada Pelancaran Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2019 dan Penutupan Karnival Bitara Kesateria Negara, 16 Sept, 2019. --fotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Penggunaan Bahasa Melayu perlu terus diperkasakan dalam semua bidang termasuk yang melibatkan aktiviti inovasi dan teknologi baharu bagi memastikan bahasa kebangsaan itu tidak ditelan zaman.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata penggunaan bahasa kebangsaan sebenarnya mampu mengangkat bahasa tersebut ke peringkat yang lebih tinggi dan mencipta wibawa Malaysia di mata dunia.

Beliau berkata usaha ini juga penting kerana dunia tanpa sempadan hari ini cenderung dikuasai oleh bahasa yang lebih banyak digunakan dalam penciptaan teknologi dan inovasi yang diperlukan masyarakat.

"Jadi, hanya kitalah yang dapat mengangkat bahasa kita sebagai persuratan ilmu dan kemajuan dengan menggiatkan penggunaannya dalam perniagaan, penulisan, pendokumentasian dan pembicaraan konsep-konsep baharu," katanya.
Beliau berucap demikian pada Majlis Pelancaran Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Johor 2019 dan Penutupan Karnival Bitara Kesateria Negara di sini, pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Datuk Dr Badrul Hisham Kassim.

Sehingga April tahun ini, Dr Sahruddin menjelaskan Bahasa Melayu adalah bahasa keenam paling banyak digunakan di internet dengan jumlah penggunaannya adalah seramai 169 juta orang, berada di belakang Bahasa Inggeris, Mandarin, Sepanyol, Arab dan Portugis.

Bagaimanapun, kedudukan berdasarkan jumlah penutur itu semata-mata bukanlah jaminan bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi dan bahasa ilmu, jika rakyat sendiri tidak menggunakannya, katanya.
Justeru itu, beliau menyifatkan usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengadakan Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan itu adalah tepat kerana menjadi contoh terbaik dalam menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa komunikasi dan lain-lain dalam pelbagai bidang, termasuk sektor pendidikan, awam, swasta mahupun masyarakat.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penggembangan Bahasa dan Sastera, DBP Dr Hazami Jahari dan Pengarah DBP Wilayah Selatan Norhafizah Mohamed Husin.

Program selama tiga hari bermula 14 Sept itu merupakan kesinambungan usaha kerajaan untuk terus memperkasa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.101513s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list