Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1234Next
Return to list New
3764
View
71
Reply

[Politik] Gambar Mural Hina PAS di PWTC Dipadam Selepas Acara Akad Nikah PAS-UMNO

[Copy link]

Author: Malaysia.Doom    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 15-9-2019 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
pas-racun.jpg Lakaran picagari berlambangkan Pas ini juga dipadam sempena himpunan penyatuan Umno-Pas.

Wanita-Umno-dan-Muslimat-Pas-bersama-lukisan-mural-yang-memadam-imej-negatif-Pas..jpg
Wanita Umno dan Muslimat Pas bersama lukisan mural yang memadam imej negatif Pas.
Program himpunan dan kemuncak penyatuan rasmi Umno-Pas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini menyaksikan lukisan mural yang negatif berkenaan Pas telah dipadam.
Tinjauan Malaysia Dateline mendapati imej menyerupai Mursyidul Am, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hilang diganti dengan lakaran dahan pokok.
Lakaran mirip kedua-dua tokoh pemimpin Pas itu telah dipadam dengan merimbunkan lagi lukisan pohon yang sudah sedia ada berserta imej individu menjerut lehernya di dahan.
Sebelum ini, Abdul Hadi dalam lukisan mural itu memegang kain rentang tertera, Peristiwa Sauk sandiwara Umno merujuk kepada kes rompakan bersenjata di Kem 304 Askar Wataniah di Gerik, Perak pada 2 Julai 2000.
Tragedi Sauk mengundang reaksi pemimpin Pas ketika itu yang menuduh Umno dalam kerajaan Pusat bermain sandiwara susulan terbongkar majoriti anggota Al-Maunah adalah pengikut Pas.
Turut dipadam lukisan dua jarum suntikan dengan lambang Pas yang dilihat simbolik parti itu sebagai penghasut dalam isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan gerakan mahasiswa di universiti awam.
Sebaliknya, lakaran seorang individu yang memegang parang panjang dipercayai berkaitan tragedi Memali di Baling, Kedah pada tahun 1985 masih kekal.
Imej lelaki berjubah dan berserban itu yang dilatari bendera Kelantan dan Terengganu disinari cahaya hijau dari bulan juga memang sudah sedia ada terdapat di situ.
Selain itu, lukisan sekumpulan lelaki yang hanya berseluar panjang sedang ditahan anggota keselamatan ekoran Tragedi Sauk juga tidak dipadam.
Pada masa sama, lukisan tentang himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dengan gambaran imej berserta imej kereta peronda polis terbalik berserta bendera meyerupai PKR juga ditambah pada dinding pameran itu.
Malaysia Dateline mendapati beberapa ahli Pas yang melihat lukisan itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan paparan berkaitan tragedi Memali dan Al-Maunah tersebut.
Antara-penyokong-Pas-yang-dilihat-tidak-berpuas-hati-dengan-lukisan-walaupun-sud.jpg
Antara penyokong Pas yang dilihat tidak berpuas hati hari ini dengan lukisan walaupun sudah diubahsuai.

Gambaran-ganas-himpunan-Bersih-3.0-dengan-kereta-polis-terbalik-dan-bendera-PKR-.jpg
Gambaran ganas himpunan Bersih 3.0 dengan kereta polis terbalik dan bendera PKR berkibar turut ditambah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa luka kecil je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 15-9-2019 12:26 AM
Alaaa luka kecil je

Manja Nye Pengantin baru

Sweet2 gitu pukul2 Anje di malam pertama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 15-9-2019 12:27 AM
Manja Nye Pengantin baru

Sweet2 gitu pukul2 Anje di malam pertama

Mahatir bikin LRT jalan jauh kat stesen pudu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 15-9-2019 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 15-9-2019 12:44 AM
Mahatir bikin LRT jalan jauh kat stesen pudu

Memang x sokong Mahathir...tiap pagi doa si tua tu cepat mati....bawa sial.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berbaik apa nak ungkit kisah lama, kita move on la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa takde mural DAPig? Nampak sangat selama ini Umno ni anti Islam dan sekular lsebab target Pas aje @Redskins @mbhcsf
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_matjawasp replied at 15-9-2019 12:59 AM
Dah berbaik apa nak ungkit kisah lama, kita move on la..

Ungkit kesah lama Maadey takpe yer
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia.Doom replied at 15-9-2019 12:27 AM
Manja Nye Pengantin baru

Sweet2 gitu pukul2 Anje di malam pertama

Mulayu mana reti fourplay, main tutoh ajah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-9-2019 02:43 AM
Kenapa takde mural DAPig? Nampak sangat selama ini Umno ni anti Islam dan sekular lsebab target Pas  ...

Anney

You pernah tengok mural tu tak anney?

Ada je pasal DAP kat mural tu.. tentang 13 mei
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-9-2019 02:45 AM
Mulayu mana reti fourplay, main tutoh ajah

Eh macam la india bagus sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 04:54 AM | Show all posts

ini kawin kontrak --- 5 taun jer. Lepas menang PRU boleh ke UMNO & PAS sepakat lantik Haji HAdi mexi jadi PM?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 07:52 AM | Show all posts
macam x panjang je jodohnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 15-9-2019 04:54 AM
ini kawin kontrak --- 5 taun jer. Lepas menang PRU boleh ke UMNO & PAS sepakat lantik Haji HAdi me ...

masa bila haji hadi nak jd pm
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
genUmi replied at 15-9-2019 07:52 AM
macam x panjang je jodohnya

mcm ph.. bersatu pan semua tu.. skjp je tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 08:10 AM | Show all posts
pyropura replied at 15-9-2019 02:43 AM
Kenapa takde mural DAPig? Nampak sangat selama ini Umno ni anti Islam dan sekular lsebab target Pas  ...

u know dalam perjanjian aqabah pertama ada diriwayatkan ada entiti yg meraung menggelupoq sakan tatkala malam pekat ke , marah , sakan sunggah kemarahan...ada entuti tu nama Ayzab , marah bila baiah dilakukan...
so sapa ayzab ?

well fikir fikirlah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah berbaik memang la kena padam kisah lama.. Apa la.. Mana ada org berbaik lepas tu mengungkit kisah lama.. Apa laaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 09:56 AM | Show all posts
Edited by highcastle at 15-9-2019 10:08 AM

Biasak lah tu bila dah jadi geng. Yang ni korang hadamkan pulak......... Kenapa dipadam?

Portal Berita Pro-DAP Padam Artikel Kit Siang Dakwa Mahathir Terlibat Skandal Forex


(Malaysian Digest) C Lidah rasmi parti DAP, Roketkini, didakwa telah memadam segala  artikel yang pernah mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  terlibat dengan skandal dagangan mata wang asing (forex) sekitar 1990-an.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menerusi  kenyataannya kepada media menjelaskan tindakan berkenaan ekoran Dr Mahathir kini menyertai blok pembangkang bersama-sama DAP menentang Barisan Nasional (BN).

Semua artikel yang pernah tuduh Dr Mahathir terlibat skandal rasuah, Forex dan  BMF telah dipadamkan dari laman sesawang Roketkini.

Kita tahu Kit Siang ada banyak maklumat dan beliau merupakan orang yang paling  marah dengan (Dr) Mahathir ketika skandal itu pada tahun 1992 sehingga negara  kehilangan berbilion ringgit, katanya.

Menurut Ramesh, Kit Siang pada 3 Jun 2012 pernah berjanji sekiranya pembangkang  berjaya menawan Putrajaya, sebuah Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) akan  ditubuhkan bagi menyiasat kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) yang mencecah RM30 bilion.

Saya menyokong penuh cadangan (Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank  Negara) Sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya Siasatan Diraja  mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai  RM30 bilion dalam 1992.

Serta terhadap semua skandal-kewangan selama tempoh 22 tahun Mahathir sebagai  pemimpin negara Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk Malaysian Maverick,  dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir jumlah kerugian yang  dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai RM100 bilion, kata Kit Siang.

Walaubagaimanapun, janji tersebut tinggal sekadar janji ekoran Penasihat DAP itu kini tidak lagi berminat untuk meneruskan siasatan terhadap kerugian BNM sambil  menyifatkan skandal forex 1990 sebagai bangkai gajah.

U-Turn Kit Siang kata Ramesh ekoran usianya yang sudah lanjut dan beliau  tidak mahu dilihat sebagai seorang pemimpin DAP yang gagal membawa kejayaan  kepada parti untuk misi menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Anaknya sendiri sudah berjaya jadi Ketua Menteri, Lim Kit Siang berjaya jadi  apa? Sebab itu kerjasama ini begitu penting kerana jika beliau pentingkan dendam dengan Mahathir, segalanya akan musnah dan tak ada harapan untuk pembangkang  menang, dakwanya.

Justeru, Ramesh menggesa Kit Siang konsisten dalam memperjuangkan nasib rakyat  dan tidak perlu berlembut untuk mendedahkan penipuan Dr Mahathir yang melibatkan wang rakyat sehingga berbilion ringgit.

Kalau betul, kami PMSP sedia bantu Kit Siang londehkan kejahatan Mahathir pada  masa itu, tambahnya lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2019 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 15-9-2019 08:01 AM
masa bila haji hadi nak jd pm

Ni lah masalah dan dilema otai2 PAS akarumbi....mmg TGHH xder mention nk jadi PM, tp bagi barisan gerak kerja PAS otai2 yg pernah berpeluh jatuh bangun dgn PAS dan yg mmg bertekad nk tgk undang2 Islam didaulatkan mmg dorg nk pemimpin dorg aka PRESIDEN PAS yg akan menjadi ketua negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.103852s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list