Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
515
View
2
Reply

[Tempatan] Bekas duta ajak bukan Melayu sertai utamakan produk Bumi.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-9-2019 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:56 PM

Bekas duta ajak bukan Melayu sertai utamakan produk BumiFMT Reporters -

September 12, 2019 7:39 AM


Bekas duta, Dennis Ignatius.


PETALING JAYA: Seorang bekas duta mencadangkan masyarakat bukan Melayu sertai kempen utamakan produk dan perkhidmatan buatan Bumiputera, ketika kempen tersebut dikatakan semakin kencang kerana peranan ahli-ahli politik.


Dennis Ignatius berkata, daripada membiarkan keadaan melarat menjadi perseteruan antara kaum, jawapan terbaik kepada kempen itu ialah menghulurkan salam persaudaraan dan menerima perbezaan secara matang.

Marilah kita jadikan ia kempen memakmurkan saudara-saudara Melayu kita. Pihak tertentu mahu pecahkan kita; marilah kita gunakan ia untuk membina jambatan dengan menawarkan bisanya, katanya.


Dennis berkata tiada orang boleh nafi Malaysia kini bangsa yang berpecah-belah, dihurung syak dan ketakutan, balas-membalas tanpa sebab, serta enggan memahami dan bukannya mencari persefahaman.


Naratif kebangsaan kita sekarang ini semuanya mengenai siapa ancam siapa dan bagaimana mahu membalasnya, katanya.

Dennis berkata masyarakat Melayu dan bukan Melayu sebenarnya prihatin pada perkara berkaitan, seperti kedudukan Islam dan Islamisasi, pengambilan pekerja di sektor awam dan swasta, pendidikan satu aliran dan sekolah kebangsaan yang tidak mengalu-alukan kepelbagaian.


Masyarakat sama juga sangat ketakutan, katanya. Takut pada Islam dan Kristian, takut pada Sunni dan Syiah, takut pada Melayu dan Cina C hinggakan setiap kali lalang berdesir ada saja orang jerit ular lalu kita cepat-cepat mengasah lidah.

Jika kita berterusan begini, lambat-laun kita akan berdepan akibat yang dahsyat, tambahnya.


Dennis berkata sudah terlalu lama masyarakat membiarkan ahli-ahli politik bermoral buruk dan tidak berprinsip mencemarkan politik negara dengan idea-idea melampau, memecahbelahkan dan perkauman yang melaga-lagakan sesama rakyat.


Masyarakat juga membiarkan naratif ahli-ahli politik mengambil tempat hakikat kehidupan harian rakyat, iaitu semua orang walau apapun kaum dan kepercayaan mahu perkara sama: pekerjaan yang elok, keselamatan, keadilan, hormat-menghormati, toleransi, dan hak untuk hidup aman damai.


Siapa yang untung daripada perpecahan ini, daripada percakaran antara kaum dan agama yang kerap ini? Kebanyakannya ahli politik dan kroni-kroni mereka. Mereka bertambah kaya ketika rakyat bergelut mencukupkan perbelanjaan, katanya.


Mereka bertekak mengenai erti kemiskinan sambil menikmati kemewahan yang diangan-angankan orang kebanyakan, katanya.

Dennis berkata kempen boikot atau mengemudiankan perniagaan dan produk milik bukan Bumiputera yang sedang berjalan sekarang ini cepat sekali bertukar buruk apabila kedua-dua pihak saling memaki-hamun dan hina-menghina.

Kelakuan yang bodoh dan kesudahannya sia-sia, katanya.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/12/bekas-duta-ajak-bukan-melayu-sertai-utamakan-produk-bumi/
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-9-2019 08:00 AM | Show all posts
Sesuai dengan tugas dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni jugak yg jadi bahan hencapan para lobai2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.074318s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list