Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
337
View
0
Reply

[Dunia] Presiden Abbas: Ambil tanah Palestin, semua perjanjian berkubur

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-9-2019 05:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 01:39 PM

Presiden Abbas: Ambil tanah Palestin, semua perjanjian berkuburBernama -

September 11, 2019 3:45 PM


Benjamin Netanyahu berjanji memberi kedaulatan kepada Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat, jika beliau memenangi pilihan raya Israel pada minggu depan. (Gambar Reuters)


RAMALLAH: Andai Israel merampas sebahagian Tebing Barat yang diduduki, semua perjanjian yang dimeterai dengan rejim zionis itu akan berakhir, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan.


Kesemua perjanjian berakhir jika Israel menguasai Lembah Yordania, bahagian utara Laut Mati dan mana-mana bahagian wilayah Palestin yang diduduki pada 1967, ujarnya dipetik agensi berita Anadolu.


Kenyataan Abbas sebagai reaksi balas kepada pengumuman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang beliau akan menggabungkan Lembah Jordan dan beberapa penempatan andai memenangi pilihan raya Israel minggu depan.

Tegas beliau rakyat Palestin berhak untuk mempertahankan hak mereka dan akan berusaha mencapai matlamat kita walau dengan apa cara sekali pun.


Kenyataan Netanyahu bercanggah dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, tambahnya.

Netanyahu berkata Israel akan memberikan kedaulatan ke atas Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat. Pilihan raya Israel akan diadakan pada 17 September.


Dianggarkan 650,000 penduduk Yahudi Israel mendiami lebih 100 penempatan yang dibina sejak 1967, ketika rejim zionis itu menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.


Palestin mahukan wilayah-wilayah ini C bersama Semenanjung Gaza C bagi mewujudkan negara Palestin.

Di bawah undang-undang antarabangsa sebarang aktiviti pembangunan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, adalah haram.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/presiden-abbas-ambil-tanah-palestin-semua-perjanjian-berkubur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.077205s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list