Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
233
View
0
Reply

[Dunia] FBI tumpas penipuan siber, tahan 300 individu termasuk di Malaysia

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-9-2019 05:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 01:29 PM

FBI tumpas penipuan siber, tahan 300 individu termasuk di MalaysiaAFP -

September 11, 2019 1:25 PM


Sejumlah 281 penipu atas talian ditahan dan AS$3.7 juta dirampas dalam Operation reWired. (AFP pic)


LAGOS: Pihak berkuasa Nigeria dan Amerika Syarikat hari ini berkata hampir 300 individu ditahan dalam tindakan keras global selama sebulan berkaitan penipuan atas talian ke atas syarikat dan individu.


Operation reWired berjaya menumpaskan pelbagai kumpulan, kebanyakannya geng jenayah transnasional, menjalankan skim yang dipanggil kompromi e-mel perniagaan (BEC) di mana mereka mencuri wang yang digunakan dalam pembayaran.


Skim yang Jabatan Kehakiman AS dakwa berasal dari Nigeria itu, merebak ke seluruh dunia dan membawa kepada kerugian sejumlah AS$1.3 bilion yang dilaporkan di seluruh dunia pada 2018, 2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.


Operasi pembersihan dari Mei hingga September, dengan Komisi Jenayah Ekonomi dan Kewangan Nigeria (EFCC), menumpukan usaha membongkar perusahaan jenayah siber yang paling penting, kata atase undang-undang FBI Ahamdi Uche dalam sidang akhbar bersama di Lagos.


Operasi itu membawa kepada penahanan 167 orang di Nigeria, 74 di Amerika Syarikat, kebanyakan mereka warga Nigeria, 18 di Turki dan 15 di Ghana.

Penahanan juga dibuat di Perancis, Itali, Jepun, Malaysia, Britain dan Kenya dengan sejumlah 281 orang ditahan dan AS$3.7 juta dirampas dalam Operation reWired, kata Jabatan Kehakiman.


Usaha kami dalam menyelaraskan operasi bersama EFCC/ FBI di Nigeria mencatatkan kejayaan mengagumkan terhadap Yahoo Yahoo Boy yang terkenal nama samaran yang diberikan kepada penipuan melalui emel Yahoo Nigeria, kata Pengarah Maklumat EFCC, Mohammed Abba.

Kami juga merampas daripada penipu yang ditahan sebanyak AS$169,850 serta jumlah 92 juta naira (Euro230,000), kata Abba.


Kerjasama adalah tulang belakang kepada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan; tanpa itu, kita tidak begitu kuat atau tangkas seperti yang kita perlu, kata Pengarah FBI, Christopher Wray.


Melalui Operation reWired, kami menghantar mesej yang jelas kepada penjenayah yang merancang skim BEC ini: Kami akan terus memerhatikan anda, tidak kira di mana anda berada.

Pihak berkuasa Nigeria pada Mei menahan seorang pemuzik tempatan yang terkenal bernama Naira Marley yang membuat kontroversi memuji penipu internet dalam lagu-lagunya.


FBI mula bekerjasama rapat dengan beberapa negara termasuk agensi anti-rasuah Nigeria pada Mei 2019 untuk menangani rangkaian penipuan atas talian yang aktif di Amerika Syarikat.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/fbi-tumpas-penipuan-siber-tahan-300-individu-termasuk-di-malaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.079367s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list