Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
297
View
2
Reply

[Tempatan] Sweden kecam PM Israel mahu rampas Lembah Jordan di Tebing Barat.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-9-2019 05:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 01:19 PM

Sweden kecam PM Israel mahu rampas Lembah Jordan di Tebing BaratBernama -

September 11, 2019 8:05 PM


Benjamin Netanyahu mahu memberi kedaulatan kepada Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat, jika beliau memenangi pilihan raya Israel pada 17 September ini. (Gambar AFP)


STOCKHOLM: Menteri Luar Sweden yang baru, Ann Linde menyelar kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu mengilhakkan Lembah Jordan, lapor agensi berita Anadolu memetik stesen penyiar Sweden SVT.


Beliau berkata penyelesaian 2 negara perlu menjadi prasyarat untuk menyelesaikan kemelut Israel-Palestin.

Katanya, Kesatuan Eropah dan masyarakat antarabangsa menyifatkan keputusan Netanyahu bercanggah undang-undang antarabangsa.


Netanyahu berkata, Israel akan memberi kedaulatan kepada Lembah Jordan dan penempatan lain di Tebing Barat, jika beliau memenangi pilihan raya pada 17 September ini.


Dianggarkan 70,000 orang Palestin dan 9,500 orang Yahudi, kini tinggal di Lembah Jordan C tanah besar yang subur merangkumi satu perempat Tebing Barat.


Israel mendakwa lembah itu penting kepada keselamatannya dan tetap menolak sebarang idea melepaskan mana-mana kawasan dalam sebarang penyelesaian dengan Palestin.


Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi Israel mendiami lebih 100 penempatan yang dibina sejak 1967, ketika rejim zionis itu menduduki Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.


Palestin mahu wilayah ini C bersama Semenanjung Gaza C bagi mewujudkan negara Palestin.

Di bawah undang-undang antarabangsa, sebarang aktiviti pembangunan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, adalah haram.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/sweden-kecam-pm-israel-mahu-rampas-lembah-jordan/
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 12-9-2019 05:19 AM | Show all posts
Arab saudi tak protest apa apa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Yahudi ni berkuasa sungguh. Kenapa la nak berebut kat situ. Pergi la konker US tu, negara maju.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082939s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list