Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
360
View
1
Reply

[Tempatan] Syiah perlu diberi kebebasan amal mazhab asalkan tertutup, kata mufti Pulau Pi

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-9-2019 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:32 AM

Syiah perlu diberi kebebasan amal mazhab asalkan tertutup, kata mufti Pulau PinangFaiz Zainudin -

September 11, 2019 10:27 AM





Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata kerajaan Malaysia menghadapi dilema dalam isu Syiah.



PETALING JAYA: Pengikut ajaran Syiah sepatutnya diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan mereka selagi mereka tidak menyebarkan kepada umat Islam lain yang berpegang kepada aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor.

Kalau para penganut semua agama selain Islam dibenarkan mengamalkan agama masing-masing di tempat-tempat tertutup, kenapa pula pengikut Syiah perlu dilarang?


Kita mesti konsisten dan tidak memilih-milih sesuka hati saja, katanya kepada FMT ketika diminta mengulas mengenai beberapa serbuan dan tangkapan pihak berkuasa terhadap pengikut Syiah di dua negeri baru-baru ini.

Wan Salim bagaimanapun berkata pengikut mazhab Syiah perlu menjalankan upacara mereka secara tertutup untuk mengelak kecelaruan di kalangan umat Islam dan menimbulkan perpecahan ummah.


Beliau menasihatkan umat Islam beraliran Syiah untuk menghormati majoriti umat Islam aliran Sunnah dengan tidak bertindak menyebarkan fahaman itu di Malaysia.


Katanya, isu mengenai hak agama pengikut Syiah menimbulkan dilema kepada kerajaan Malaysia.

Dari satu sudut, kerajaan perlu menghormati mazhab yang diikuti oleh golongan terbanyak umat Islam Malaysia, manakala dari sudut lain pula kerajaan perlu menjaga hubungan baik antara Malaysia dengan Iran dan mungkin juga beberapa negara lain yang penduduknya berpegang kepada fahaman Syiah, katanya.


Justeru tidaklah bijak hubungan baik yang sedia terjalin selama ini dikeruhkan oleh tindakan segelintir penganut Syiah yang dilihat cuba mengembangkan fahaman mereka atau menonjolkannya kepada khalayak umat Islam di negara ini, katanya.

Wan Salim akur dengan hak pihak berkuasa agama negeri mengambil tindakan yang difikirkan wajar terhadap pengikut Syiah atas kepentingan masyarakat Islam di bawah tanggungjawabnya.


Ini termasuk menahan individu atau kumpulan yang dianggap boleh mengelirukan kefahaman agama masyarakat Islam di negeri masing-masing.

Di samping itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 memutuskan sebarang ajaran mengenai agama Islam selain Sunnah wal Jamaah adalah dianggap bercanggah dengan hukum syarak dan dilarang penyebarannya.


Menurutnya, perlu ada keseimbangan di antara menjaga hak perlembagaan dan mempertahankan status Islam sebagai agama persekutuan.

Pihak berkuasa agama di Selangor dan Johor sebelum ini menahan berpuluh-puluh pengikut aliran Syiah, dalam beberapa serbuan sempena Hari Ashura yang memperingati ulangtahun kematian Sayyidina Hussein, cucu Nabi Muhammad.


Tindakan itu dikritik Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), yang menyifatkannya melanggari hak perlembagaan umat Islam Syiah untuk bebas mengamalkan agama.

Mazhab Syiah, yang mempunyai ramai pengikut di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian Arab Saudi, Yaman dan Pakistan, adalah aliran Islam kedua terbesar.


Bagaimanapun, pihak berkuasa agama di Malaysia mengeluarkan fatwa mengisytiharkan ajaran Syiah menyimpang, sementara khutbah Jumaat di Selangor kerap mengutuk aliran Syiah sebagai sesat.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/syiah-perlu-diberi-kebebasan-amal-mazhab-asalkan-tertutup-kata-mufti-pulau-pinang/
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2019 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya kalau biar berleluasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.085827s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list