Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
236
View
0
Reply

[Tempatan] Panduan patuh syariah pakaian seni pertahan diri tunggu kelulusan Jakim.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-9-2019 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:27 AM

Panduan patuh syariah pakaian seni pertahan diri tunggu kelulusan JakimNicholas Chung -

September 11, 2019 12:27 PM


Alif Aiman berkata, Kemampuan Patuh Syariah (SCC) boleh diguna pakai untuk kebanyakan sukan dan ia bukan untuk memaksa atlet mematuhi panduan itu.(Gambar AFP)

PETALING JAYA: Langkah kerajaan Terengganu merangka garis panduan pakaian sukan patuh syariah mendorong seorang pakar seni mempertahankan diri membangkitkan cadangan yang pernah dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Alif Aiman yang mengamalkan taekwondo dan hapkido serta bekas ketua jurulatih tempur jarak dekat bagi Angkatan Tentera Malaysia berkata, beliau menghabiskan 2 tahun untuk merangka garis panduan patuh syariah sebelum menyerahkan cadangan itu kepada Jakim kira-kira 4 tahun lalu.

Tetapi, sehingga kini tiada sebarang respons dari Jakim.


Alif menekankan panduan itu yang dinamakannya Kemampuan Patuh Syariah (SCC) boleh menjadi pilihan kepada mereka yang mahu berbuat demikian, tetapi ia bukannya paksaan bagi atlet.


Katanya, ia boleh membimbing jurulatih bukan Islam yang mahu patuh syariah dan membantu umat Islam yang mementingkan syariah untuk menentukan sama ada mereka mahu menyertai kelas seni mempertahankan diri.

Katakan saya ialah orang bukan Islam dan saya mengajar satu kelas dan ada pelajar Islam. Mereka mungkin lebih selesa jika saya berkelayakan sebagai SCC.

Alif Aiman.


Saya mencadangkan had kehadiran 51% pelajar Islam. Contohnya, jika anda mempunyai kelas dengan 100 pelajar dan 51 daripadanya ialah umat Islam, pengajar boleh bertanya kepada pelajar Muslm jika mereka mahu kelas itu patuh syariah.


Jika mereka kata ya, maka beliau perlu mematuhi senarai semakan. Ia adalah senarai yang sangat mudah dipatuhi.

Katanya, beliau menamakan panduan itu SCC untuk menekankan keputusan mematuhinya perlu dibuat secara bersama oleh pengajar dan pelajarnya.

Pada 3 September lalu, Exco Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan berkata kerajaan negeri sedang merangka satu garis panduan pemakaian patuh syariah bagi atlet yang bukan saja melibatkan aspek pemakaian, tetapi perkara lain seperti pergaulan.


Katanya, kerajaan Terengganu akan menarik diri daripada beberapa jenis sukan yang bercanggah syariat Islam seperti gimrama dan gimnastik wanita yang beliau dakwa menuntut atlet mempamerkan tubuh badan dan aksi ghairah terhadap penonton.


Sementara itu, Alif mendakwa sesetengah kerajaan di negara lain dan beberapa persatuan seni mempertahankan diri antarabangsa berminat untuk meluluskan panduannya.


Beliau turut mendakwa SCC berasaskan al-Quran dan beberapa hadis, serta ia dirangka dengan bantuan pakar, profesional dan agamawan terkenal dari Timur Tengah, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia, termasuk pakar undang-undang syariah, Azmi Mohd Rais.


Saya bukannya ulama. Saya hanya seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam sukan. Saya sudah mencapai kedudukan tertentu dalam seni mempertahankan diri dan saya hanya mahu menyumbang (kepada masyarakat).

Katanya, panduan SCC boleh diguna pakai untuk kebanyakan sukan, tetapi beliau memahami tujuan di sebalik tatakelakuan antarabangsa dan pakaian bagi sukan tertentu.


Katakan saya menyertai gimnastik dan saya menutup aurat dari kepala ke kaki. Anda tidak akan nampak pergerakan saya. Anda hanya nampak pakaian itu bergerak ke semua tempat. Jadi, secara teknikalnya, walaupun mereka membenarkan anda memakai apa yang anda mahu, anda tidak boleh mendapat markah.


Tetapi, setiap individu mempunyai pilihan. Anda boleh mematuhi sepenuhnya atau memohon untuk bertanding dengan cara tertentu atau anda boleh pilih untuk tidak bertanding dalam sesetengah kategori dan menyertai sukan lain.

Kita semua mempunyai pilihan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.077837s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list