Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
513
View
3
Reply

[Tempatan] Putrajaya digesa timbang semula keputusan gugur 33 pembekal perabot Bumiputera.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-9-2019 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:21 AM

Putrajaya digesa timbang semula keputusan gugur 33 pembekal perabot BumiputeraBernama -

September 11, 2019 1:21 PM





Majlis Tindakan Ekonomi Melayu mendakwa Kementerian kewangan mengambil jalan mudah dengan terus menggugurkan 33 syarikat perabot Bumiputera daripada senarai syarikat Kontrak Panel Berpusat.



KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memohon Kementerian Kewangan (MOF) menimbang semula keputusan menggugurkan 33 syarikat perabot Bumiputera daripada senarai syarikat Kontrak Panel Berpusat (KPB) baru-baru ini.

MTEM berkata, tindakan itu dilihat tidak adil kepada syarikat terbabit yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA).


Katanya, pengguguran itu diketahui melalui kemas kini senarai syarikat panel KPB bagi bekalan dan penghantaran perabot pelbagai jenis kepada semua agensi kerajaan di Semenanjung Malaysia.


Sebanyak 33 syarikat atau 38% daripada 87 syarikat tersenarai di bawah pembekalan perabot bagi agensi kerajaan digugurkan daripada senarai tersebut berkuatkuasa 15 Julai 2019


Pengguguran ini dibuat ekoran kegagalan syarikat KPB memperoleh Sijil Perkhidmatan Produk (PCS) dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam tempoh yang ditetapkan.


Pengguguran oleh pihak perolehan MOF ini langsung tidak mengambil kira alasan, status pengujian serta pihak yang bersalah dalam konteks ini, tetapi mengambil jalan mudah dengan terus menggugurkan 33 syarikat ini hanya kerana tidak memperoleh PCS sebelum 28 Jun 2019.


MTEM menyifatkan pengguguran itu zalim kerana tempoh pengujian serta jangka masa perolehan PCS di luar kawalan syarikat, sedangkan syarikat terbabit sudah mematuhi semua proses dan dalam tempoh ditetapkan FRIM.


Katanya, semua syarikat yang digugurkan ini mempunyai kilang pembuatan perabot yang beroperasi lebih 20 tahun dengan pengalaman luas, pencapaian dan pengiktirafan yang diperoleh, namun gagal mendapat PCS sebelum tarikh ditetapkan.




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2019 07:20 PM | Show all posts
Kenapa di gugurkan?

Adakah tiada kuality dan janji pukul 10am sampai pukul 3pm?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 11-9-2019 08:28 PM

jadi ini bukan berunsur perkauman.kempen BMF je yg perkauman kata anjing upahan dap.sah pemakan babi perangai busuk mcm babi
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe..

Lepas PRU15 nanti kita balas dendam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.076136s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list