Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
655
View
8
Reply

[Tempatan] Sindiket jual MyKad tumpas, pegawai berpangkat tinggi ditahan.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-9-2019 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:08 AM

Sindiket jual MyKad tumpas, pegawai berpangkat tinggi ditahanFMT Reporters -

September 11, 2019 3:26 PM





Jabatan Imigresen Pulau Pinang membuat laporan polis selepas seorang wanita China berusia 25 hingga 30 tahun mahu membuat pasport Malaysia menggunakan MyKad sah.



PETALING JAYA: Beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi ditahan dalam operasi khas pada minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan menjual MyKad kepada warga China di Pulau Pinang, lapor Harian Metro.

Akhbar itu melaporkan polis turut menahan beberapa individu dalam satu operasi sulit kerana disyaki terbabit dalam penjualan MyKad berjumlah RM350,000 kepada warga asing.


Sumber dipetik akhbar itu berkata, sindiket terbabit terbongkar susulan laporan Jabatan Imigresen Pulau Pinang berhubung seorang wanita China berusia 25 hingga 30 tahun yang mahu membuat pasport Malaysia menggunakan MyKad sah.


Katanya, Jabatan Imigresen meragui status kerakyatan wanita itu yang berdepan masalah berkomunikasi dengan pegawai bertugas.


Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan, kata sumber dipetik Harian Metro.

Akhbar itu melaporkan kakitangan dan pegawai dari sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang serta Putrajaya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).


Difahamkan, polis akan menahan beberapa lagi individu selepas hasil siasatan mendapati 6 MyKad dijual sindiket terbabit sehingga kini.

Isnin lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berhubung pemberian MyKad kepada warga China untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini.


Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad itu tiada kaitan dengan JPN kerana ia berpunca daripada sindiket penipuan, manakala seorang lagi wanita China diberikan MyKad kerana beliau berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun.


Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh dilaporkan berkata, wanita itu yang memiliki status Penduduk Tetap dan kad pengenalan merah, diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 2017.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/sindiket-jual-mykad-tumpas-pegawai-berpangkat-tinggi-dtahan/
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2019 07:09 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:17 AM

Berharap tiada lah forumer yang terasa kan?
Selama ini saya fikir vungalerdesh sahaja yang pandai guna ic beli.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dh bnyk kali dpt BRIM ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok publish je nama2 dioarang ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cover up story je ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bini sapa pulok kali ni???
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni patut charge treason.. belot pada negara.. hukuman gantung je la bangsat2  ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla, pinoy dgn indon dah berpuluh ribu orang guna mykad beli. Dah siap beli rumah ppr & tanah, lot bumi & malay reserve. Anak2 study dapat scholarship quota bumi . Ada juga dah jadi gov servants. aku syak, ada beberapa orang staff RTM adalah indon yg dapat kerja guna mykad beli dan anak indon yg parentsnya guna mykad beli
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya nak buat passport ke apa ke purchase rmh ke msuk kja kena ada birth certificate
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088846s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list