Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
428
View
2
Reply

[Tempatan] Polis bersenjata, bertopeng layan kami macam penjenayah, kata pengikut Syiah / Fatwa anti-Syiah: Antara kebenaran dan kebebasan beragama

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-9-2019 07:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:13 AM

Fatwa anti-Syiah: Antara kebenaran dan kebebasan beragamaSyed Ahmad Faiz-

September 11, 2019 8:18 AM





Di awal bulan Muharram ini, kita dikejutkan dengan penangkapan pengikut Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Penangkapan ini melibatkan rakyat Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia yang terdiri daripada dewasa dan malangnya juga melibatkan kanak-kanak.


Penangkapan ini adalah atas dasar penetapan fatwa Jais dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti mana yang ditegaskan oleh menteri besar Selangor. Menurut laporan media, penangkapan warganegara asing yang memegang pasport Iran juga ditahan dan didakwa.


Tidak terhad kepada penangkapan dan penahanan, Jais juga menyediakan khutbah jumaat yang dibaca di seluruh masjid di Selangor, khutbah anti-Syiah yang menyeru umat Islam di negara ini memerangi pengikut Syiah dengan melaporkan kecurigaan kesyiahan jiran-jiran mereka kepada pihak berkuasa.


Saya ingin mengajak pembaca untuk kembali kepada 2011 ketika tercetusnya perang di Syria dan bagaimana fenomena jihad dalam kalangan umat Islam di Malaysia, yang malangnya menyebabkan ratusan jika tidak ribuan umat Melayu Islam Malaysia menyertai kumpulan pengganas IS yang membunuh mereka tidak berdosa di Syria dan di Iraq.


Ketika itu, kempen anti-Syiah diinstitusikan oleh jabatan dan parti politik kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) yang melibatkan ustaz-ustaz, mufti-mufti malah penjawat awam bagi menggerakkan kempen anti-Syiah untuk menyokong pejuang Mujahidin yang memerangi kerajaan Syria dipimpin oleh Bashar Al-Assad, yang dikatakan seorang Syiah yang membunuh orang-orang Sunni di Syria.


Kempen ini menggambarkan dengan persepsi dan fitnah Syiah itu sesat, kafir, dan orang-orang Syiah ingin membunuh orang-orang bermazhab Sunni. Setelah 8 tahun berlalu, kita dapat melihat kempen ini membawa malapetaka kepada Syria dan Malaysia itu sendiri di mana ribuan rakyat Malaysia menyertai kumpulan pengganas IS yang membunuh beratus ribu rakyat Syria yang terdiri pelbagai agama dan latar belakang tidak kira Islam dan Kristian, menjadi mangsa korban kepada pengganas IS dan kemudiannya pengganas ini menjadi ancaman kepada negara kita sendiri.


Malangnya, sumbangan kempen anti-Syiah yang diinstitusikan ini, digerakkan di negara kita menyumbang kepada rekrutmen kumpulan pengganas IS. Setelah pentadbiran kerajaan bertukar, dengan harapan ia akan menamatkan institutionalized terrorism di negara kita, tetapi malangnya ini tidak berlaku malah ia menjadi lebih buruk lagi.


Memetik laporan media, Timbalan Pengarah Jais, Azlinda Azman berkata penangkapan penganut Syiah dibuat kerana Syiah dianggap ajaran sesat dan bercanggah dengan Islam. Ini kerana Azlinda menyatakan Syiah menolak ijmak ulama dan Islam bukan syarat wajib untuk mengerjakan haji.

Mengejutkan dan mengecewakan

Saya ingin mengajak pembaca untuk merenung sejenak dan menggunakan kapasiti intelektual untuk mengupas kenyataan itu. Negara republik Islam Iran yang 90% umat Islamnya bermazhab Syiah, menjadikan sistem majlis syura ulama sebagai hierarki teratas dalam pentadbiran negara mengatasi Parlimen. Majlis syura ulama ini terdiri daripada ratusan ulama yang dilantik mewakili setiap daerah di Iran. Setiap keputusan Parlimen hendaklah ditapis dan persetujui oleh majlis syura ulama ini dan ini dinamakan ijma ulama (konsensus ulama).


Amat mengejutkan dan mengecewakan apabila Jais menjustifikasikan penindasan terhadap kebebasan beragama di negara ini. Keduanya, jika betul Syiah itu menolak ijma ulama, konsep ijma ulama bukan terdiri daripada rukun Islam itu sendiri di mana mazhab fiqh dalam kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sendiri berbeza pendapat mengenai ijma ulama ini.


Tetapi, jika ya rukun wajib Islam terdiri daripada ijma ulama, sudah ada penetapan terhadap mazhab Syiah ini oleh ijma ulama seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai mazhab Islam, di mana mazhab Jaafariah dan Zaidiah (Syiah) adalah sebahagian daripada mazhab-mazhab Islam.


Penetapan ini sudah ditetapkan ribuan tahun dahulu dan yang terkini pada 2004 melalui Mesej Amman (Amman Message) di Jordan di mana Tun Abdullah Badawi, ketika itu perdana menteri, adalah salah seorang yang menandatangani penetapan tersebut. Juga, Universiti Al Azhar, pusat sumber rujukan terbesar Ahlul Sunnah Wal Jamaah mengeluarkan fatwa oleh Sheikh Mahmud Shaltut pada 1959 bahawa Syiah Jaafariah adalah cabang kedua mazhab dalam Islam. Dalam hal ini, seperti yang dikatakan oleh Azlinda Azman bahawa Syiah itu sesat kerana menolak ijma ulama, bagaimana dengan Jais itu sendiri yang menolak ijma ulama mengenai penetapan mazhab Syiah? Mengikut takrifan beliau sendiri, adakah Jais sesat?


Perkembangan terbaru ini juga mengakibatkan keretakan dalam hubungan diplomatik kita dengan negara-negara Islam yang bermajoriti mazhab Syiah seperti Iran. Dilaporkan perdana menteri kita akan melawat Tehran tidak lama lagi bagi lawatan kerja dan diplomatik bagi membincang isu sejagat yang melibatkan umat Islam seluruh dunia dan isu Palestin khasnya.


Sudah ada desas-desus lawatan ini mungkin dibatalkan atau terjejas akibat tindakan Jais dan kerajaan negeri Selangor. Ini adalah perbuatan sabotaj di pihak kerajaan negeri Selangor terhadap kerajaan persekutuan dan perdana menteri. Saya mengesyorkan agar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil pandangan serius terhadap tindakan kerajaan negeri Selangor itu dan menghentikan institutionalised terrorism ini.

Perbuatan ini tidak ada tempat di negara kita yang mengamalkan kebebasan beragama, toleransi dan keamanan sejagat. Saya tegaskan, perbuatan ini tidak ada tempat di dalam negara kita yang tercinta ini.




https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/11/fatwa-anti-syiah-antara-kebenaran-dan-kebebasan-beragama/

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 07:01 PM | Show all posts
lepas kapir bongok tu kantoi..dia tunggu ptang lepas bru balik keje..konon nk tally ngn waktu kt london untuk msuk forum....aurora tu graviti kata kapir bongok tu lg...hrp maideen leh msuk dn bekap dia
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2019 07:12 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-9-2019 03:14 AM

Polis bersenjata, bertopeng layan kami macam penjenayah, kata pengikut SyiahFMT Reporters -

September 11, 2019 3:02 PM





Seorang anggota polis bertopeng bersama anggota-anggota lain ketika pengikut Syiah yang ditahan dibawa ke lori diluar sebuah rumah di Kempas, Johor Bahru pada 9 Sept.



PETALING JAYA: Butiran muncul mengenai layanan kasar yang didakwa dialami pengikut Syiah yang ditahan dalam serbuan pihak berkuasa agama Johor ke atas satu acara tertutup pada Isnin, termasuk dakwaan pistol diacu pada salah seorang pengikut.


Saksi-saksi memberitahu FMT seorang warga Yaman antara 8 yang ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) di Kempas, Johor Bahru cuba meninggalkan tempat kejadian apabila seorang anggota polis bertopeng menyambarnya dari belakang dan mengacukan pistol ke kepalanya.

Turut didakwa seorang lagi tahanan, yang mana premis disewa atas namanya untuk majlis sempena Ashura C hari penting bagi pengikut Syiah serata dunia C diancam oleh seorang anggota polis kerana membiarkan pintu terbuka supaya tetamu boleh meninggalkan tempat itu.


Anggota terbabit diberi amaran oleh seorang ustaz supaya tidak mengasari kumpulan berkenaan. Dia diingatkan tugas mereka hanyalah menjaga keselamatan pada malam itu.


Dia tidak boleh menjawab ustaz itu, barangkali kerana tahu dia salah dan tindakannya mungkin sekali menyalahi undang-undang. Jadi, mungkin kerana dia tak boleh jawab, dia letak tangan pada pistol dipinggangnya, seolah mahu menyampaikan mesej, kata sumber, yang bercakap bagi pihak satu kumpulan Syiah, kepada FMT.

FMT belum dapat mengesahkan dakwaan itu dan sedang mendapatkan respon polis Johor dan JAINJ.

Wanita dan kanak-kanak antara lebih 50 pengikut Syiah di acara Hari Asyura ketika mereka diserbu pihak berkuasa agama Johor pada 9 Sept.

Difahamkan 2 tahanan masing-masing membuat laporan polis di Balai Polis Larkin hari ini.

Seorang saksi memberitahu FMT bahawa JAINJ gagal menunjukkan waran semasa menyerbu premis terbabit, sebuah rumah milik perseorangan di Taman Bukit Kempas.


Beliau berkata lebih 20 anggota muncul dalam serbuan itu, diiringi anggota polis bertopeng.

Beberapa anggota JAINJ memanjat pagar untuk memasuki rumah itu. Menceroboh premis persendirian suatu kesalahan, katanya kepada FMT.

Beliau menambah polis sudah melangkaui bidang kuasanya apabila mengambil bahagian dalam tangkapan itu.


Serbuan itu dijalankan oleh JAINJ. Polis seharusnya berada di situ hanya untuk menjaga keamanan, katanya.

Dalam serbuan 9 Sept itu, lapan orang, termasuk seorang warga Yaman, seorang warga Indonesia, dan 2 warga Singapura, ditangkap.

Seorang warga Yaman yang bergari, antara lapan pengikut Syiah yang ditahan di Johor pada 9 Sept.

Seorang saksi berkata tangan para tahanan digari dibelakang badan dan dilayan seperti penjenayah.

Mereka dibawa ke JAINJ menaiki lori hitam dan dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan semalaman.


Lapan orang itu dituduh menyalahi Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor iaitu menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan sultan, majlis atau mufti, yang dinyatakan melalui fatwa.

Tangkapan serupa turut berlaku dalam serbuan terhadap pengikut Syiah di Selangor.

Q

Fahaman Syiah, dengan pengikut yang besar di Iraq, Iran, Kuwait, Bahrain, Lubnan dan beberapa bahagian di Arab Saudi, Yaman dan Pakistan, merupakan fahaman Islam kedua terbesar.



Agensi-agensi agama Malaysia bagaimanapun sekian lama menguatkuasakan fatwa mengisytiharkan ajaran Syiah sebagai sesat, dengan serbuan-serbuan menyasarkan pengikut Syiah tempatan.


Seorang saksi dalam serbuan di Johor berkata seorang anggota polis menyepak seorang tahanan kerana mempersoalkan tindakan terhadap mereka.

Anggota itu berkata, jangan cakap banyak atau saya pukul kamu. Orang itu jawab, Pukullah saya.

Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku, katanya kepada FMT.


Sementara itu, seorang jurucakap Syiah berkata serbuan terhadap komuniti itu bukan sesuatu yang baru, terutama ketika ketika acara Hari Asyura diadakan dalam 10 hari pertama bulan Muharram.


Tetapi kali ini, para tahanan dilayan dengan kasar.

Dulu keterangan mereka diambil dan mereka kemudian dibebaskan. Tetapi serbuan kali ini lebih kasar.

Beliau menambah pengikut Syiah yang dituduh JAINJ tidak pernah didakwa di mahkamah.

Mereka tidak ada kes. Mereka hanya mahu menakut-nakutkan dan memalukan kami.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089051s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list