Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
100370
View
1604
Reply

*Panas & Terkini* Sharnaaz tak mahu cerai Noor Nabila. Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan

  [Copy link]

Author: Burong_Hantuk    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-9-2019 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 11-9-2019 11:34 AM

PELAKON Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, dan Noor Nabila, 34, berbuat demikian selepas bintang filem Juvana itu tidak bersetuju dengan tuntutan cerai kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu.

Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Dalam proses perceraian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Terdahulu dalam prosiding itu, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab " Ya" namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.

Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.

Selain itu, terdapat perbincangan melalui keluarga namun tidak berjaya.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila kemudian memohon supaya Sharnaaz selaku defendan mengemukakan alasan (tidak bersetuju) kerana mendakwa di dalam media sosialnya defendan menyatakan sebaliknya.

Bagaimanapun Ahmad Muttaqi berkata defendan tidak perlu berbuat demikian (beri alasan) kerana mahkamah sudah bertanyakan hal itu kepada Sharnaaz pada prosiding itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sharnaaz hadir ke mahkamah dengan memakai kot dan berseluar hitam serta bersongkok manakala Noor Nabila mengenakan jubah hitam dan berselendang hitam.

Kisah rumah tangga pasangan terbabit kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2019 11:32 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tepek gak IG story lopa, sebelum dia delete. Untuk rujukan masa hadapan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:36 AM | Show all posts
RM500 sebulan tu untuk semua perbelanjaan
makan minum, susu, pampers, happy-hour ka?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-9-2019 11:36 AM | Show all posts
tak sabar nak tunggu komentar dari mama tinnnnnn

   
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:39 AM | Show all posts
500 mmg xcukup
bila adik kakak kau dpt kawin anak VIP bisnessman
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:49 AM | Show all posts
sharnazz tak nak cerai sebab masih sayangkan nabila kan

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah tunggu adik beradik kahwin vip..logik kita rakyat marharen pon x cukup..mcm x caya bagi 500 je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada duit tapi bagi 500 je? Keji gak si nanas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:54 AM | Show all posts
amiklah dulu rm 500 tu nabila.. nnt abang dah banyak job abang increase lah sikit demi sikit..
kata susah dan senang sama sama kan .. reti sabar boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 11:59 AM | Show all posts
RM500 tu cukup utk belanja seminggu je, itu pun utk rakyat marhaen.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Chait 500 je. Aku yg rakyat marhain ni dpt 600 pun x cukup.habis ke anak je ujung2 plus makan2. Nk beli baju selai pun x lepas. Minyak kete je dh 200. Tahik la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:01 PM | Show all posts
RM500 tu la nilai baby meninggal yg tak boleh nak dikebumikan
sbb mak dia koma & ayah kumpul2 duit hya dapat RM250
tapi ye lah.. bila wife ko org berada
mmg takde nilai lah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:03 PM | Show all posts
alasan cerai sbb tak cukup nafkah rupe nye

level2 marhaen aje rupe nye golongan retis nih

koman2 5k bleh dgr lagik nih 500 ape la dpt

zaman2 mentedarah laa nih
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:12 PM | Show all posts
mala0n replied at 11-9-2019 11:35 AM
Tepek gak IG story lopa, sebelum dia delete. Untuk rujukan masa hadapan

Lofa kata apa chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mala0n replied at 11-9-2019 11:35 AM
Tepek gak IG story lopa, sebelum dia delete. Untuk rujukan masa hadapan

Tolong lahhh drama tv berapa niiii tolong lahhhhh




I wish im there with you
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:15 PM | Show all posts
chandrahusin replied at 11-9-2019 12:01 PM
RM500 tu la nilai baby meninggal yg tak boleh nak dikebumikan
sbb mak dia koma & ayah kumpul2 duit ...

Allah...deep..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:20 PM | Show all posts
rm500 jer..
aku rakyat merhen ni pon x lepass
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawin mac 2017,tggl asing sejak feb 2018..bahagia setahun je la
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2019 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
mala0n replied at 11-9-2019 11:35 AM
Tepek gak IG story lopa, sebelum dia delete. Untuk rujukan masa hadapan

566EF976-639A-49C0-88F2-491FBAC4704C.png 566EF976-639A-49C0-88F2-491FBAC4704C.png 566EF976-639A-49C0-88F2-491FBAC4704C.png
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.097341s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list