Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
426
View
12
Reply

Puasa Muharam - dilakukan sebelum 10 Muharam atau selepasnya

[Copy link]

Author: mbhcsf       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-9-2019 08:28 PM | Show all posts |Read mode
BAYAN LINNAS SIRI KE-39: 10 MUHARRAM: KELEBIHAN & FAKTANYA
ButiranDimuatnaik oleh Umar Mukhtar Mohd Noor Diterbitkan: 23 Oktober 2015
pautan asal :


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:29 PM | Show all posts
Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat pada 10 Muharram berdasarkan nas dan hadis yang sahih. Kami mendapati bahawa 10 Muharram cukup istimewa dan ingin kami kongsikannya kepada para pembaca agar sama-sama beroleh manfaat. Antara kelebihan dan fadhilat 10 Muharram adalah seperti berikut:



Pertama: Hari Yang Dicari Fadhilatnya



Kata Ibn Abbas R.Anhuma apabila ditanyakan mengenai puasa Asyura, beliau berkata :

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ

Maksudnya : Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini - iaitu hari Asyura C

Riwayat al-Bukhari (2006)



Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Ini menunjukkan bahawa puasa Asyura lebih afdhal berbanding hari hari lain untuk berpuasa selepas Ramadhan. Zahir hadis Muslim pula menunjukkan bahawa puasa pada hari Arafah lebih afdhal berbanding puasa pada hari Asyura. Dikatakan hikmahnya adalah kerana puasa Asyura dinisbahkan kepada Musa AS manakala puasa Arafah pula dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian, puasa Arafah lebih afdhal. [Fath Al-Bari. Dar Al-Salam, 4/315]

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:29 PM | Show all posts
Kedua: Hari Nabi Musa AS Diselamatkan Manakala Firaun dan Pengikutnya Ditenggelamkan



Di dalam al-Sahihain dari Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata:



أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَهُمْ يَصُومُونَ يَوْمًا، يَعْنِي عَاشُورَاءَ، فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، وَهْوَ يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى، وَأَغْرَقَ آلَ فِرْعَوْنَ، فَصَامَ مُوسَى شُكْرًا لِلَّهِ‏.‏ فَقَالَ ‏ "‏ أَنَا أَوْلَى بِمُوسَى مِنْهُمْ ‏"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ‏.‏



Maksudnya : Rasulullah SAW tiba ke Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi  berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka : Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah SAW : Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut.



Riwayat Al-Bukhari (3397), Muslim (3/149-150)



Kata al-Imam al-Maziri: Perkhabaran golongan Yahudi tidak diterima. Ada kemungkinan bahawa Nabi SAW diwahyukan kepadanya akan kebenaran mereka terhadap apa yang mereka ucapkan atau telah mutawatir perkhabaran tersebut sehingga baginda mengetahuinya. Inilah pendapat yang terpilih di sisi Al-Imam Al-Nawawi Rahimahullah. [Al-Nawawi. Syarah Sahih Muslim,  7/204]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:30 PM | Show all posts
Ketiga: Diampunkan Dosa Setahun Yang Lalu



Dari Abu Qatadah : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa Asyura, maka kata Baginda SAW :

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya : Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.

Riwayat Muslim (1162)



Kata Abdul Wahhab bin al-Khaffaf di dalam Kitab Al-Siyam: Telah berkata Qatadah: Dikatakan bahawa puasa Asyura adalah kaffarah (pengampun dosa) bagi lelaki yang mengabaikan zakat hartanya. [Lathaif al Maarif. Al-Maktab Al Islami, hlm.101]



Diceritakan dari Fath bin Syakhraf beliau berkata : Aku memecah-mecahkan roti setiap hari untuk memberi makan kepada semut. Apabila tibanya hari Asyura, mereka tidak memakannya.



Diriwayatkan juga oleh Al-Qadir Billah Al-Khalifah Al-Abbasi bahawa perkara tersebut turut berlaku kepada dirinya dan beliau berasa pelik. Lalu beliau bertanya kepada Syeikh Abu Al-Hasan Al-Qazwini lalu Syeikh itu berkata: Hari Asyura ini turut berpuasa padanya semut. Dikatakan, semut juga turut berpuasa pada hari Asyura.[1] [Lathaif al Maarif. Al-Maktab Al Islami, hlm.100]



Adapun menjadikan hari ini sebagai hari bersedih sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Rafidhah atas kematian Al-Husain Bin Ali RA, maka kata Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali :



Amalan bersedih ini adalah amalan golongan yang tersilap dalam amalannya dan dia menyangka bahawa dia sedang melakukan amalan yang terbaik. Allah dan Rasulnya SAW tidak pernah memerintahkan untuk kita menjadikan hari hari musibah dan kematian para Nabi sebagai hari untuk bersedih. Bagaimana pula bersedih untuk orang yang berada di bawah mereka (dari sudut darjat)?

[Lathaif al Maarif. Al-Maktab Al Islami, hlm.103]
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:31 PM | Show all posts
Keempat: Hari Diterimanya Taubat Adam AS



Disebut di dalam kitab Al-Durr Al-Manthur karya Al-Imam Al-Suyuthi sebuah riwayat dari Abdul Wahhab Al-Khaffaf, dari Said, dari Qatadah beliau berkata :

Kami berbincang bahawa hari yang Allah menerima taubat Adam padanya adalah pada hari Asyura. Dan Adam diturunkan ke dunia juga adalah pada hari Asyura.



[Al-Durr Al-Manthur. Dar al-Fikr, 1/146]




Terdapat beberapa fakta yang perlu kita ketahui mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram. Antaranya:
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:32 PM | Show all posts
Kedua: Kisah Nabi Nuh AS & Bubur Asyura



10 Muharram juga tidak terlepas dalam memperkatakan tentang bubur Asyura yang mana kisahnya itu diambil daripada peristiwa Nabi Nuh AS selepas diselamatkan dari banjir besar.



Apa yang ingin kami bincangkan di sini adalah keabsahan dan kesahihan kisah tersebut dan bukanlah bubur Asyura itu sendiri. Adakah benar kisah itu disandarkan kepada Nabi Nuh AS?



Kita dapati bahawa kisah ini ada disebutkan di dalam kitab semisal Nihayah al-Zain karangan Syeikh Nawawi al-Bantani, ada di dalam kitab Nuzhatil Majalis karangan Syeikh Abdul Rahman al-Ushfuri serta ada di dalam kitab Jamul Fawaid oleh Syeikh Daud al-Fathoni. Didalamnya menyebut bila mana kapal Nabi Nuh A.S berlabuh di Bukit Juudiy pada hari Asyura, berkata Nabi Nuh AS kepada umatnya:



Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas, Baruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S: Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang.



Komentar

Kisah seperti ini amat perlu kepada kajian yang mendalam agar kesahihannya dapat dibuktikan. Setakat ini kami tidak menjumpai lagi sebarang petunjuk dalam bentuk hadis ataupun athar mengenai kisah ini. Jika ada para ilmuan yang dapat tahu, bantuan kalian amat kami hargai dan kami akan kemukakan pendapat yang lain jika thabit kisahnya. Namun terdapat sarjana-sarjana Islam yang menilai kisah ini sebagai palsu.



Bukanlah bermaksud dengan ketiadaan dalil yang thabit menghalang orang untuk memasak bubur tersebut bahkan memasak apa sekalipun adalah harus  selagi mana ianya halal dan baik. Cuma di sini perlulah berhati-hati agar tidak mengaitkannya dengan Nabi Nuh AS secara jazam (pasti) seterusnya menganggap ianya adalah sunnah para Nabi AS yang perlu dilakukan setiap tahun pada 10 Muharram. Adapun memberi makan kepada orang lain adalah amalan yang mulia dan lebih mulia lagi bagi mereka yang menyediakan makanan berbuka untuk mereka yang berpuasa. Apatah lagi kepada orang-orang fakir, miskin dan juga yang amat memerlukan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:



وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا ٨ إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءٗ وَلَا شُكُورًا ٩  إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسٗا قَمۡطَرِيرٗا ١٠

Maksudnya: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,
[9](Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
[10]"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

(Al-Insaan: 8-10)
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:33 PM | Show all posts
Semoga dengan pencerahan ini, kita semua sentiasa berada di atas dalil dan asas sesuatu yang kuat dan sahih. Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa pada hari Asyura.



Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan



23 Oktober 2015 bersamaan 10 Muharram 1437H



[1] Walaupun begitu, selama mana tiada nas qatie mengenainya maka, perkataan tersebut juga bukan bersifat qatie.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:35 PM | Show all posts
IRSYAD AL-FATWA KE-135: ADAKAH PUASA 10 MUHARRAM PERLU DISERTAI DENGAN HARI SELEPASNYA?
Butiran
Dimuatnaik oleh Muhammad Fahmi Rusli
Diterbitkan: 11 Oktober 2016

pautan asal:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1225-irsyad-al-fatwa-ke-135-adakah-puasa-10-muharram-perlu-disertai-dengan-hari-selepasnya

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:36 PM | Show all posts
Soalan:

Assalamualaikum Datuk Mufti, sekiranya saya sudah berpuasa pada 10 Muharam iaitu hari asyura, adakah saya juga perlu berpuasa pada hari selepasnya ?

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 8-9-2019 08:37 PM | Show all posts


Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t. Bulan Muharram memang tidak dinafikan ianya merupakan satu bulan yang mulia. Terdapat banyak nas-nas daripada Al-Quran dan juga al-Sunnah yang menyebutkan berkenaan kelebihan bulan ini. Justeru, bagi menjawab persoalan yang diajukan di atas kami nyatakan beberapa perkara seperti berikut:



Kelebihan Bulan Muharram

Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah S.W.T adalah sebanyak dua belas bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut.

Surah al-Taubah (36)



Rasulullah S.A.W telahpun memberikan penjelasan berkenaan dengan empat bulan haram tersebut dengan sabda baginda:

السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.

Riwayat al-Bukhari (184)



Justeru, dua nas di atas jelas menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram serta ianya sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar di dalam bulan-bulan haram.



Galakan Berpuasa Dalam Bulan Muharram

Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail).

Riwayat Abu Daud (2429)

Demikian juga terdapat sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda S.A.W:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.

Riwayat al-Tirmizi (741)



Berdasarkan kepada dua hadis di atas, terdapat dua kelebihan yang terdapat pada bulan Muharram. Ianya seperti berikut:

Bulan Muharram disebut sebagai bulan Allah yang tidak disebut pada bulan-bulan lain. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.
Bulan Muharram adalah bulan paling afdhal untuk berpuasa sunat setelah bulan Ramadhan.


Galakan Berpuasa Hari Asyura

Walaupun berpuasa pada sepanjang bulan Muharram adalah digalakkan, akan tetapi terdapat nas khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari asyura. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat berikut:

Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Riwayat Ibn Majah (1738)



Begitu juga sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas R.anhuma yang berkata;

قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏"‏ مَا هَذَا ‏"‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ ‏"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: Apakah ini ?. Mereka pun menjawab: Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu baginda bersabda: Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu. Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.

Riwayat al-Bukhari (2004)



Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa puasa pada hari Asyura adalah diperintahkan kepada umat Muhammad S.A.W dan hukumnya adalah sunat.



Perintah Supaya Menyelisihi Yahudi

Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi kita juga turut diperintahkan untuk mengikutinya dengan berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

Riwayat Ahmad (2154)



Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, kata Nabi S.A.W:

لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram).

Riwayat Muslim (1134)




Demikian juga ketika Nabi S.A.W memerintahkan untuk berpuasa pada hari Asyura, maka para sahabatnya berkata: Wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya ia adalah hari yang mana golongan Yahudi dan Nasrani membesarkannya. Maka Rasulullah S.A.W menjawab:

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ - إِنْ شَاءَ اللَّهُ - صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

Maksudnya: Apabila datangnya tahun hadapan Insha Allah kita akan berpuasa pada hari yang ke sembilan.

Riwayat Muslim (1134)

Nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memerintahkan kepada kita untuk dilakukan juga puasa sehari sebelum 10 Muharram ataupun sehari selepasnya dengan tujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi.



Pendapat Para Fuqaha

Berikut kami nyatakan beberapa pendapat para fuqaha berkenaan isu mengikuti puasa hari Asyura dengan berpuasa sehari ataupun selepasnya. Sebahagian para ulama mengatakan bahawa cara mengerjakan puasa Asyura itu ada tiga keadaan seperti berikut:

Berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.
Berpuasa padanya (10 Muharram) secara tunggal.
Berpuasa sehari dan selepasnya.
Manakala cara terbaik serta paling lengkap untuk melakukannya adalah sebagaimana turutan yang disebutkan oleh Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam kitabnya Zaad al-Maad (2/72) dengan cara seperti berikut:

Berpuasa pada hari sebelumnya dan juga hari selepasnya.
Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sahaja.
Berpuasa pada 10 Muharram sahaja.


Kesimpulan

Akhir kalam, kami menyatakan bahawa disunatkan untuk berpuasa pada 9 Muharram atau pada 11 Muharram berserta dengan puasa hari Asyura dengan tujuan untuk menyelisihi dan berbeza dengan golongan Yahudi. Kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua di samping merezekikan kepada kita semua untuk mengikut petunjuk Rasulullah S.A.W di dalam kehidupan seharian kita. Ameen.



Akhukum Fillah,

S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

11 Oktober 2016 bersamaan 10 Muharram 1438H
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu yang sangat bermanafaat. Selamat berpuasa 9 dan 10 muharam untuk mod. Semoga kita sama2 dapat menjalankan ibadah ini..Aminn



Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I love asyura .

Ya hussein a.s
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 9-9-2019 09:50 PM | Show all posts
https://www.mysumber.com/niat-puasa-asyura.html

NIAT PUASA Hari  Tasu'a dan Niat Puasa asyura  sila click link di atas


https://www.permohonan.my/niat-puasa-sunat-hari-asyura-tasua/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092734s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list