CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 4

[Tempatan] Edisi Flip hair : Saya tak pernah tawar diri, TQ.

[Copy link]
Post time 30-8-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Saya tidak pernah tawar diri menyertai Kabinet' - Anwar
JUMAAT, 30 OGOS 2019 @ 2:56 PM

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Zulfadhli Zulkifli
KUALA LUMPUR: “Terima kasih, saya tidak pernah menawarkan diri menyertai Kabinet,” kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengenai ketiadaan tempat untuknya menyertai Jemaah Menteri sedia ada kerana tiada kekosongan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau terikat dengan konsensus dan persefahaman dipersetujui Pakatan Harapan (PH) untuk memberi ruang sepenuhnya kepada Dr Mahathir memimpin sehingga gilirannya tiba pada masa yang sesuai.

“Tiada isu langsung sama ada saya hendak menjadi ahli Kabinet. Saya sudah nyatakan perkara ini dengan jelas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir menegaskan barisan Jemaah Menteri sedia ada kekal kecuali ada menteri yang meletakkan jawatan.

Beliau dipetik berkata, mesyuarat mingguan Kabinet juga tidak membincangkan mengenai pertukaran portfolio menteri, pelantikan menteri baharu atau tindakan menggantikan mana-mana menteri.

Dr Mahathir ditanya sama ada Kabinet ada membincangkan lebih lanjut mengenai pertukaran portfolio menteri dan kemungkinan usaha membawa masuk Anwar ke dalam Kabinet.

Dalam pada itu, Anwar meminta pimpinan PKR termasuk Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik PKR yang diadakan setiap bulan bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit.

Menjawab dakwaan Zuraida yang beliau tidak melayan tiga surat diberikan kepadanya bagi mengatur pertemuan menyebabkan beliau tidak menghadiri mesyuarat parti, Anwar berkata, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menjawab perkara itu.

“Biar Setiausaha Agung jawab, saya sudah terima satu dan kita menjawabnya. Saya hendak nyatakan kita ada mesyuarat Biro Politik dan MPP setiap bulan, sila hadir,” katanya.

Mengulas kenyataan Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa hanya takdir menentukan beliau untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan itu.

“Betul, hidup mati semua serah takdir. Menteri, bukan menteri, jodoh, itu semua takdir,” katanya.

https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/601742/saya-tidak-pernah-tawar-diri-menyertai-kabinet-anwar/amp?amp_js_v=a2&amp_gsa=1&usqp=mq331AQEKAFwAQ%3D%3D#aoh=15671520692729&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2019%2F08%2F601742%2Fsaya-tidak-pernah-tawar-diri-menyertai-kabinet-anwar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2019 04:20 PM | Show all posts
bahhahahahaha..habis tuhhhhh nk trus jadi PIYEM la ni???
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 04:34 PM | Show all posts
apa barang anggota kabinet. semua dia dah merasa duduk. tpm pun dah. pm je belum. entah dapat entah tak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 30-8-2019 04:20 PM
bahhahahahaha..habis tuhhhhh nk trus jadi PIYEM la ni???

PM tepi boleh la. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2019 09:34 AM | Show all posts
malu letiuewwwwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.090537 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list