Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
123Next
Return to list New
1013
View
49
Reply

[Idea] Sejauh mana amalan solat di kalangan masyarakat Islam

[Copy link]

Author: terataiku    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-8-2019 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam semua. Saya terpanggil untuk bukak thread berkaitan solat. Saya melihat saudara mara sekeliling sangat mengambil mudah bab solat. Kalau ada family gathering, saya boleh lihat berapa orang yang solat. Begitu juga dengan family sebelah suami.

Tapi alhamdulillah saya dikelilingi kawan-kawan yang mementingkan solat sedari sekolah, zaman universiti dan kawan-kawan sepejabat. Saya yakin mereka yang saya kenali itu solat bukan sebab malu atau nak tunjuk baik depan saya.

Saya merasakan orang zaman sekarang dah mula mementingkan solat. Dah mula ada kesedaran utk solat. Namun masih ramai yang mengambil mudah. Betullah dalam Islam ada beritahu perkara yang paling ringan ialah meninggalkan solat. Padahal kesannya sangatlah bahaya. Di dunia lagi Allah dah tunjuk cuma cepat atau lambat je.

Contoh saya lihat saudara yang tak jaga solat di hari tuanya mcm-mcm masalah timbul. Masalah sakit,masalah anak-anak bercerai berai, hutang dan sebagainya. Mungkin ini kebetulan atau mungkin salah satu bala.

Jom sama-sama kita berkongsi pendapat/pandangan/pengalaman atau apa sahaja berkaitan solat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 11:57 AM | Show all posts

TAZKIRAH,
Kita Jaga Solat, Allah Jaga Kita

by  iLuvislam


Solat adalah alat yang menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur.

Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan. Solat yang mantap adalah bagaikan cahaya dan cahaya.

Solat yang khusyuk merupakan idaman kalbu di kalangan orang yang beriman. Solat yang khusyuk akan menyelesaikan semua masalah dunia. Solat yang khusyuk petanda jantung hati kita sentiasa bersih daripada sifat mazmumah.

Di dalam solat terkandung bacaan wajib iaitu surah Al Fatihah. Surah al Fatihah merupakan surah yang paling agung. Surah inilah yang merumuslan 113 surah berikutnya.

Surah ini bisa mencuci hati insan yang kotor kerana dengan surah ini, insan berkomunikasi dengan TuhanNya.

Seseorang yang solat dengan laju, jiwanya miskin dan jantung hatinya masih tidak memiliki kenikmatan solat.

Malah Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis pernah menyuruh seseorang mengulangi solatnya:

Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat. (Hadith riwayat Al-Bukhari)



Benarlah jawapan golongan tasawwuf bahawa punca solat tidak khusyuk adalah kerana hanya jasad bergerak, tetapi jantung hatinya tidak mengingati Allah.



Orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk di dalam solatnya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:

Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku. (Surah Taha: 14)

Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib.

Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).

(Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur C BAYAN LINNAS SIRI KE-82)

Mahukah kita mencapai tahap golongan yang beriman?

Golongan beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Hati mereka kaya. Jantung hati mereka bercahaya. Cahaya dalam cahaya.

Di dalam jantung hati mereka tiada keserabutan memikirkan dunia yang menipu. Golongan yang berjaya inilah mereka yang khusyuk dalam solatnya:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (Surah Al-Muminun:1-2)
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu tt. Mmg kalau ade gathering famili atau kawan2, boleh nmpk siapa yg observe solat atau tidak. Even dikalangan rakan sekerja. Baik lelaki atau perempuan. Kadang ade kaum adam kt ofis ni selamba je jenjln p mkn or mengular tdo waktu solat jumaat. Lebih geram, bila tgk couple duk dating kt mall waktu solat jumaat. Gf tu tak kisah ke bakal imam dia tak solat jumaat? Lelaki apa mcm tu kalau solat yg wajib, perintah Allah pn dia tak ambil peduli. Think again kalau ini la perangai bf tu.

Solat ni mmg tak boleh dipaksa atau di buat2 sbb lama2 akan nmpk jua perangai sebenar. Mmg menyedihkan tp itula hakikat skrg. Daku bercakap dr sudut pengalaman daku sendiri sbg sorg pendosa.  Bab solat dlu sgt lah lalai. Mujur semakin dimamah usia ni, dtg kesedaran nk solat diawal waktu dan slow2 ganti balik solat2 yg tertinggal. Sbb wpn hidup skrg blh dikatakan senang, takde serabut2 masalah kerja atau keluarga, anak sakit ke ape, tp hati daku rasa tak betul2 tenang. Bila daku berusaha memperbaiki solat, rs tenang yg susah nk ckp, especially lps selesai solat. Agaknya sbb itu la setiap kali ada masalah, org2 tua mesti pesan, jagalah solat, Insya Allah, hati tenang dan pertolongan dari Allah itu pasti datang pada waktunya.

Kadang iman ade time tebal, semangat lain mcm utk solat, tp time iman menipis, rs malas yakmat. Bila rs malas sgt nk solat, daku ingtkn diri, benda yg pertama daku akan dihisab adalah solat. Kalau rekod tak cantik, mcm mana la nasib amalan2 yg lain, diterima ke tidak. Sbb solat tiang agama. Bunyi mcm cliche tp itu la hakikatnya. Sebaik mana pn manusia, bersedekah la seluruh kekayaan didunia, kalau tak solat, maka sia2 la amalan yg kita kerjakan.

Mungkin ada yg berpendapat berdasarkan pengalaman, org yg jaga solat pn perangai cm haramjad, penunggang agama, etc, ade org yg tak solat perangai lagi senonoh, pemurah, etc. Tp ingtlah, urusan solat diterima atau tidak, solat dia tu menghalang diri dia dr melakukan kemungkaran atau tidak, bkn lah urusan kita. Kita jaga diri dan org sekeliling kita supaya sama2 dpt keredhaanNya.

Utk kaum adam, selamat menunaikan solat zohor dan jumaat kejap lg. Utk kaum hawa, selamat menunaikan solat zohor diawal waktu

Jumuah Mubarak, semua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-8-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu saya sangkakan hanya saudara mara saya je yang culas solat, tp bila meningkat dewasa saya boleh lihat betapa ramai yang tak solat termasuklah saudara mara sebelah suami. Saya agak terkejut kerana mereka yang tak solat ni dah tua(umur melebihi 60 thn),yang perempuan pulak bertudung dan bukanlah orang-orang moden yang tinggal di bandar.Rupanya penampilan sebegitu tidak melambangkan iman seseorang.

Saya ada tertengok satu rancangan tv yang bertanya kepada orang awam mengenai sejauh mana mereka bersedia utk berkahwin.salah seorang anak muda lelaki menjawab bila dia cukup solat 5 waktu barulah dikatakan bersedia utk berkahwin. Saya terkejut kerana tanpa malu dia indirectly bagitau yang sekarang dia blm bersedia utk kahwin kerana solat dia belum cukup.pengacara yang bertanya pun gelak-gelak seolah jawapan tu biasa tapi pd pandangan org lain jawapan itu sangat berat utk diterima.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2019 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesan my auntie, jangan dibuat suami klu lelaki tu kita jumpa time rehat hari jumaat. Sesangkan yg seminggu sekali pun tak jaga, inikan plk nak buat 5 kali sehari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Malu nak tanya sebab nampak pengkomen semua bagus2...tapi I nak tanya jugak la...

Apa tips uols nak istiqamah jaga solat esp subuh...and istiqomah solat awal waktu...

Taknak la yg copy paste internet tu...nak yang tips ikhlas dari uols...thank uuuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillarexy replied at 31-8-2019 02:54 AM
Malu nak tanya sebab nampak pengkomen semua bagus2...tapi I nak tanya jugak la...

Apa tips uols n ...

Vanilla..rasanya malam jangan tido lewat sangat untuk mudah bangun solat subuh.

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-8-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillarexy replied at 31-8-2019 02:54 AM
Malu nak tanya sebab nampak pengkomen semua bagus2...tapi I nak tanya jugak la...

Apa tips uols n ...

From my own experience,saya mula solat masa darjah 5.tapi on off.masuk tingkatan 2,saya melalui fasa mencari diri.masa tu saya tinggal solat.mcm tiada haluan.bila tingkatan 3,saya starr jaga solat sebab nak ambk PMR.sebab saya blh dikatakan bdk pandai dan saya percaya Allah bnyk bantu saya utk berjaya.jadi saya kembali solat sebab nak berjaya dalam PMR.
Sehingga kini saya solat alhamdulillah.

Saya tiada tips utk kekal istiqamah.cuma saya bernasib baik sebab dikelilingi kwn-kwn yang sentiasa menjaga solat dari sekolah sehingga kini.permulaan dulu kalau nak tinggal solat rasa malu dgn kwn kwn (sepatutnya kena malu pd Allah), iyelah masa tu masih blm matang dan iman pn tak kuat(even sekarang pn iman naik turun).apa-apa yg kwn-kwn buat kita mudah ikut.zmn kanak-kanak mudah jadi ikutan.sebab itulah saya fikir melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Memang dulu ada masanya bila penat rasa malas nak solat.sbb tu bila masuk je waktu solat,terus solat.saya dah tetapkan dlm kepala,kalau tak solat sekarang,lepas ni kena solat jugak.saya nk solat cepat cepat supaya cepat cepat supaya blh berehat cepat cepat.masa tu tak khusyuk pn solat.asal blh je.

Bila dah sebati dalam diri,maka tak timbul solat tak cukup.selagi belum solat,kita akan rasa tak tenang utk buat kerja. Solat di awal waktu slowly blh dilaksanakan.yang penting awak jaga dulu solat tu 5 waktu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya faham mesti tt rasa bimbangkan bila ada orang2 yang kita sayang tidak solat. Saya ada dengar di radio, cara nak tegur orang yang rapat dengan kita yang tidak solat ..tanya dia..(sebut nama dia) dah solat dah kan..sebut je dia dah solat. Walaupun kita tau dia belum solat. Kita mengingatkan dia dengan suara yang lembut. Mudah-mudahan terbuka hati dia untuk solat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillarexy replied at 31-8-2019 02:54 AM
Malu nak tanya sebab nampak pengkomen semua bagus2...tapi I nak tanya jugak la...

Apa tips uols n ...

Husband I memamg jenis solat di awal waktu. Azan je terus solat. Jadi dia lah yang banyak menggerakkan iols solat awal waktu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 11:55 AM | Show all posts
salam..haii..

bab solat memang boleh nampak terutamanya bila ada gathering family,
alhamdulillah family side husband mmg jaga solat, boleh nmpk dr mkck pkck n anak2 sedara, sepupu yg kecil, bila azan je ramai2 kalut cri tmpt nk solat..even my mother;s side pn alhamdulillah..cumanya masih ada yg xsolat, n buat2 lupa pn ada huuu..

but paling obvious di office, memandangkan ruangan solat wanita da lelaki dekat, n masing2 dh kenal rapat, mmg ada je yg x solat, terutamanya lelaki..huhuu..di office lama lagi nmpk ketara, sampaikan ketua jabatan tergur berkenaan solat..

utk yg bekerja..wktu rehat 1-2pm masih sempat je utk solat zohor...sy mmg pastikan solat sbelum 2pm..tp ada je yg zohor 4pm then tggu asar, lepak dlm surau...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-8-2019 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 31-8-2019 10:05 AM
Saya faham mesti tt rasa bimbangkan bila ada orang2 yang kita sayang tidak solat. Saya ada dengar di ...

So far saya punya pendekatan ialah bila tengah bersembang dan masuk waktu,saya cakap nak solat jap.mana yg tak solat tu tanpa rasa bersalah sambung bersembang seolah olah tak solat bukan dosa besar.

Macamana lah agaknya orang yang tak solat menjalani kehidupan sehari hari.tiada rasa berdosa kalau pun tak rasa bersalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-8-2019 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya teringat dulu di satu surau shopping mall di KL,saya dan kawan kawan solat.di depan kami ada sorang wanita lebih kurang sebaya kami tgh khusyuk berdoa.lama pulak tu.bila dia bersiap siap tanggalkan telekung,kami terkejut kerana dia freehair dan pkai seluar yang tiga suku tu.gaya mcm orang bandar,maklumlah kami pelajar dari kampungdtg belajar di bandar. Jadi masa tu agak terkejut kerana pemakaian dia tak seiring dengan amalan yg dia lakukan.

Slowly saya percaya kita tak blh pandang luaran individu semata mata.tapi saya tetap berdoa sesiapa yang masih tak bertudung, perlahan lahan berubah dan menjadi muslimah yg lebih baik.ni doa utk saya juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 06:03 PM | Show all posts
vanillarexy replied at 31-8-2019 01:54 AM
Malu nak tanya sebab nampak pengkomen semua bagus2...tapi I nak tanya jugak la...

Apa tips uols n ...

Copypaste pun biar bersumber sahih kan
Ada yang set alarm @ set waktu azan...peka bila masuk waktu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Illayana at 31-8-2019 06:45 PM
vanillarexy replied at 31-8-2019 02:54 AM
Malu nak tanya sebab nampak pengkomen semua bagus2...tapi I nak tanya jugak la...

Apa tips uols n ...


Daku pn dlu bertatih tatih nk solat regularly di awal waktu. Idokler dr muda begitu. Hehe... Bila daku rs culas nk bgn subuh, daku akan saikokan diri, kalau tak solat subuh, tak berkat nnti hari tersebut. It works for me. Hehe...

Yg paling senang, sis puasa la ganti ka sunat ka, lebih afdal buat time bulan puasa, sbb masa ni lah paling senang nk jaga solat dan solat di awal waktu. Lama2 cukup sebln or lps hari puasa sunat or ganti tu, otomatik akan teringat utk solat tiap kali msk waktu solat. Sbb dh terbiasa. Maklumla, time puasa, lebih berkat kalau kita observe solat dan buat di awal waktu. Kalau tak solat nnti, sia2 la puasa, cuma dpt lapar dan dahaga. Ni daku pernah buat, Alhamdulillah mmg menjadi sbb cara ni  membiasakan diri utk ingt solat di awal waktu, mcm come up with a habit gituh. Lps sebln puasa, the following month tu dh jd terbiasa dh solat awal. So daku just keep up with the momentum.

Ms daku belajar dlu, time kls pukul 8 pg, kalau ade students dtg lambat sbb overslept, mesti ustaz tu ckp, dia heran yg dtg lambat sbb overslept ni, solat subuh tak. Lps tu jarang giler la students dtg lambat kls tu. Segan nnti org cop tak solat subuh. Haha...

Ade motivator pesan, sejahat jahat mana pn kita, jgn pernah tinggal solat. Suatu hari nnti akan datang jua perasaan ikhlas utk bersolat.

Wallahualam. Harap dapat membantu sis. Nk berubah jd baik dan lebih baik mmg sukar. Im not there yet tp remember this, sis, youre not alone. Semoga kita semua dpt menjadi hambaNya yg taat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat pejabat, solatlah di awal waktu, rehat 1.00-2.00pm , selitkan zuhur. jangan waktu kerja pukul 3.45pm br nk solat skali harung dgn asar sbb sharp 5.00pm nak balik rumah. Org mcm ini x mjaga waktu. .. waktu bekerja jgn wirid berdoa bersujud lama2. Mencari keberkatan allah ni kena tgk mcm2 sudut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 31-8-2019 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa di sekolah rendah saya suka baca majalah lawak Ujang.ada satu kisah kalau tak salah saya tajuk Blues utk aku..ayat yg saya paling ingt lebih kurang azan subuh,aku terus bangun..aku taknak tidur berselimutkan kulit khinzir..deep sgt ayat tu. Tahniah juga pd penulis kerana kerana ayat tu saya mudah bangun subuh. Kalau mengantuk or penat sekalipun,saya teringat ayat tu jadi cepat cepat bangun solat subuh. Fasa ni masa permulaan saya menjaga solat. Sekarang alhamdulillah dah tiada masalah sebab dah jadi amalan harian.kalau tak solat terasa mcm dlm ketakutan.alhamdulillaj Allah hadirkan perasaan itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 31-8-2019 09:06 AM
Vanilla..rasanya malam jangan tido lewat sangat untuk mudah bangun solat subuh.

Tulah..kena jaga waktu tidur malam
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
terataiku replied at 31-8-2019 09:07 AM
From my own experience,saya mula solat masa darjah 5.tapi on off.masuk tingkatan 2,saya melalui fa ...

Insyaallah. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2019 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 31-8-2019 11:48 AM
Husband I memamg jenis solat di awal waktu. Azan je terus solat. Jadi dia lah yang banyak menggera ...

Alhamdulillah u ada pemangkin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092163s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list