Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
394
View
1
Reply

[Tempatan] Najib tak sabar untuk menggunakan terowong dasar laut sebelum di hantar ke sungai buluh untuk berehat.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-8-2019 10:09 PM | Show all posts |Read mode
Kajian projek terowong dasar laut sangat perlahan, Najib persoal kerajaan PPFMT Reporters -

August 25, 2019 9:35 PM





Bekas perdana menteri Najib Razak.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow membabitkan isu kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut yang menurutnya kini di peringkat 90% siap.

Najib berkata, kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut itu memakan tempoh masa yang sangat lama, memandangkan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd pernah berjanji pada 2014, bahawa kajian berkenaan akan disiapkan pada April 2014.

Dahulu janji kajian itu akan siap pada bulan April. Tetapi bukan bulan April tahun ini tetapi pada April 2014.

Semasa Lim menjadi ketua menteri Pulau Pinang, dia juga pernah katakan, tahap kesiapan kajian itu sudah 83% dan berjanji kajian akan siap pada Jun, bukan tahun ini, tetapi Jun 2016, katanya di Facebooknya, hari ini.







Sebelum ini, Chow berkata, kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut kini di peringkat 90% penelitian.

Menurutnya, draf laporan itu masih diperiksa jurutera perunding bebas yang dilantik, HSS Engineers Bhd.

Jelas Najib, perkembangan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut itu sangat perlahan, memandangkan kajian projek itu hanya berkembang sebanyak 7% dalam tempoh masa 3 tahun.

Begitu lama hendak naik 7%. Kajian itu 1 juta muka surat tebal ke? Lebih parah lagi, akhirnya DAP katakan terowong itu bukanlah keutamaan lagi.

Tetapi persoalannya, jika terowong bukan keutamaan pada masa sekarang, kenapa perlu anugerahkan projek seawal 6 tahun dahulu, katanya.

Projek terowong sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos anggaran RM46 bilion, merangkumi pembinaan terowong dasar laut bagi menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.



Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 04:50 AM | Show all posts
Kak Rose yang suroh tanya tu agaknya........Prrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083956s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list