Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
246
View
5
Reply

[Tempatan] Ditawar kadar tukaran tinggi sebelum 3 warga Afrika samun AS$101,500 milik peniaga.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-8-2019 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Ditawar kadar tukaran tinggi sebelum 3 warga Afrika samun AS$101,500 milik peniagaBernama -

August 25, 2019 5:27 PM





Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Noor Azmi Yusoff berkata, semakan polis mendapati kedua-dua kereta yang diguna dalam kejadian adalah kereta klon dan sebuah menggunakan nombor pendaftaran palsu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Tiga individu yang ingin membuat urusan pertukaran wang asing bukan sahaja cedera ditumbuk, malah duit berjumlah AS$101,500 turut lesap disamun 3 lelaki, dipercayai warga Afrika di Taman Ampang Jaya. di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Noor Azmi Yusoff berkata, dalam kejadian pada pukul 3.09 petang semalam itu, 3 individu, termasuk seorang wanita berusia antara 48 dan 58 tahun itu ditawarkan tukaran mata wang AS$ kepada Ringgit Malaysia dengan harga RM6 bagi AS$1.

Pada awalnya, mangsa keluarkan wang dan menukarnya ke dollar (AS$) untuk membuat pembayaran urusan perniagaan namun, mereka didatangi seorang wanita yang menawarkan untuk menukar duit itu ke Ringgit Malaysia dengan harga yang tinggi, katanya.

Tertarik dengan tawaran itu, mereka menaiki kereta Nissan Teana bersama wanita terbabit untuk ke pejabat wanita itu bagi urusan tukaran wang.







Malangnya, sampai ke lokasi kejadian, wanita itu memberhentikan kereta dan mereka didatangi 3 suspek warga asing menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan merampas beg sandang mengandungi duit yang ingin ditukar itu, katanya.

Noor Azmi berkata, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa ditolak dan ditumbuk 3 lelaki terbabit sebelum mereka melarikan diri bersama wanita yang menawarkan urusan pertukaran mata wang asing itu menggunakan kereta Nissan Sentra.

Selain wang tunai, pelbagai dokumen penting turut berada dalam beg yang dilarikan 3 lelaki itu.

Beliau berkata, semakan polis mendapati kedua-dua kereta yang diguna dalam kejadian itu adalah kereta klon dan Nissan Sentra itu pula menggunakan nombor pendaftaran palsu.



Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Haish... macam2 skrg ni. Tp satu je kena ingat, org tamak selalu rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la nak sangat tukar duit black market kan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit boleh buat orang gelap mata
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
nak untung sgt langsung  terus rugi
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
di mana ?..... tukar usd ke rm ...i pun mahu ...

usd $1 = rm 6 ? .....
or reporter yang pening ...mahu tukar rm ke usd

rm 6 = usd $ 1 ...baru untung....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.107305s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list