Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3807
View
130
Reply

[Tempatan] Gantung diri tekanan home work banyak

[Copy link]

Author: R2D2    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 25-8-2019 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Gantung diri 'homework' banyak


TERTEKAN dengan kerja sekolah yang banyak menyebabkan pelajar menggantung diri dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Relau, Paya Terubong, Georgetown kelmarin.

Dalam kejadian 8 malam itu, remaja lelaki berusia 13 tahun terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sebelum kejadian ibu remaja itu yang berusia 51 tahun mahu keluar rumah dan meminta anaknya menyiapkan kerja sekolah.


Remaja itu bagaimanapun memberitahu ibunya dia tak dapat menghabiskan kerja sekolah sebelum masuk ke bilik air untuk mandi.

Ketika itu, hanya bapa remaja terbabit berada di rumah namun dia hairan kerana anaknya tidak keluar bilik air selepas 30 minit selain hanya mendengar bunyi air, katanya.

Che Zaimani berkata, bapanya yang berusia 49 tahun dan bekerja sebagai juruelektrik itu mengetuk pintu bilik air namun tiada jawapan.

Bimbang sesuatu berlaku, bapa remaja itu menolak pintu bilik air sebelum terlihat anaknya menggantung diri dengan menggunakan tuala.

Bapanya kemudian menurunkan anaknya dan memberi bantuan pernafasan sehingga anaknya itu termuntah sebelum dia meminta bantuan jiran menghubungi ambulans, katanya.

Menurutnya, ambulans tiba tidak lama kemudian dan remaja itu turut diberikan bantuan pernafasan sekali lagi oleh pegawai perubatan selama 30 minit sebelum dikejarkan ke HPP.

Bagaimanapun, doktor yang membuat pemeriksaan mendapati remaja itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ditemui pada fizikal remaja berkenaan, katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati sebelum ini guru sekolah ada menghubungi ibu bapa remaja itu dan memberitahu dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Siasatan juga mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu kurang minat belajar selain prestasi pelajarannya juga agak lemah.

Selain itu, remaja itu juga mengadu kepada ibu bapanya dia ada banyak kerja sekolah dan terlalu tertekan untuk belajar, katanya.

Polis turut menemui sekeping nota yang ditulis remaja itu yang mengatakan dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang menjaga selama 13 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ditepek gambar2 dari berita astro awani.
Mod, nak tacang. Tengkiu.
Screenshot_20190825-203833_Samsung Internet.jpg
Screenshot_20190825-203823_Samsung Internet.jpg

Comments

Tekan Report yer kalau nak tacang. Akan d pertimbangkan.  Post time 27-8-2019 08:03 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-13-tahun-mati-gantung-diri-215872

Baca sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam rakziah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 08:52 PM | Show all posts
banyak sangat keje sekolah sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sekolah cina ka
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni mmg ada masalah pembelajaran kot.. Agaknya apa yg cikgu ajar pun dia x paham mcm mana nk buat homework. Budak2 kelas belakang ramai je mcm ni tp diorg buat bodo je kalau kena marah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:31 PM | Show all posts
nape ayah dia melayu anak mati tulis cina?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang mana tulis ayah dia melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dr sjkc, mmg x pelik homework banyak. Diorang tekankan latih tubi & hafalan. Kalau budak sk, ada kerja rumah yg sikit pun x dibuatnya. Makpak siap bgtau dalam group whatsapp kelas anak aku, bgtau cikgu jgn marah kalau anak dia x siap kerja rumah, nanti anak dia merajuk tak mau datang sekolah. Kalau parent sjkc kebanyakannya redha je apa yg pihak sekolah buat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 25-8-2019 09:55 PM
Kalau dr sjkc, mmg x pelik homework banyak. Diorang tekankan latih tubi & hafalan. Kalau budak sk, a ...

Cikgu zaman sekarang mmg kena byk bersabar. Budak2 masuk uni pun bila tak buat homework, cikgu kena bg masa utk buat dan2 tu jugak. Kang kalo marah, diorg komplen, masalah pulak nak jawab kat cikgu besor.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Madel at 25-8-2019 02:20 PM

I feel u dik
Aku dulu pun dari pra tadika cina, naik srjk(c) stress gila..sekolah pagi kol 5.30 dah bangun tapi hari2 balik kol 4.30pm..tuisyen sek, aktiviti sek..
Selalu ponteng sek agama
Balik rumah belum sempat tarik nafas, kerja sekolah melambak2 smpai kol 1 2am baru siap..buku latihan aku mcm bungkus belacan ..smbil buat kerja sekolah smbil nanges menitis2 airmata jatuh atas buku latihan
Itu belum lagi papa aku suh hafal sifir, hafal sifir smbil ketuk ketampi 1 kaki.sbb cikgu ngadu aku lemah sifir..nko rasa
Kena rotan dgn cikgu lagi sbb tak mahir guna sempoa.
Mmg stress dik..tpi alhamdulillah, zaman aku internet hfon canggih masih blum berleluasa..aku dpt hfon pun wktu form 3.
Jadi terhindar la aku dari gejala nak rasa bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya .. siap buat ucapan terima kasih pada ibu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya memang dia jenis slow kot. Tapi ibu bapa, cikgu tak sedar atau tak ambil peduli. Pastu budak tu pun dah selalu mengadu pasal kerja rumah dan tertekan. Seharusnya ada tindakan lah, cari jalan macam mana nak uruskan hal anak tu. Jangan sama kan anak kita dengan anak orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada depresi kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika ibu bapa dia lebih prihatin dan ambil langkah2 untuk membantu dia, mungkin perkara ni boleh dielakkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Napa la bunuh diri dekk
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-8-2019 12:15 AM | Show all posts
pelajar SJKC memang homework byk
itu semua maklum
kalau yg tertinggal
memang confirm tertinggal
susah nak kejar
melainkan budak2 buat extra study sendiri
cikgu bagi jawapan pd yg tertinggal
budak2 yg slow hadam je la ngan jawapan
walaupun tak fhm jalan kerja
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Depress kot. Nak2 dok kat penang ni, sekolah cina lg, dahla budak cina ramai pandai2. Kot2 ada masalah pembelajaran lagi la buat budak tu stress n rasa down. Sedih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.094714s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list