Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
855
View
11
Reply

[Tempatan] Belanja sakan, berhutang demi 'Raja Sehari' antara punca pasangan muda bercerai

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-8-2019 01:03 PM | Show all posts |Read mode
'Berhabis' jadi 'Raja Sehari' antara punca penceraian pasangan muda - Hannah Yeoh
Ogos 24, 2019 11:48 MYT

KUALA LUMPUR: Ramai pasangan membelanjakan wang simpanan mereka untuk membuat persiapan menjadi Raja Sehari tanpa menyedari cabaran kewangan sebenar adalah selepas mendirikan rumah tangga.

Timbalan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata ia sekaligus menyebabkan pasangan tersebut terjebak dalam kancah hutang, yang seterusnya menjadi punca kepada perceraian.

Justeru itu ujarnya, kementerian sedang bekerjasama dengan Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mengukuhkan pengurusan kewangan pasangan yang bakal berkahwin.

Sebenarnya pasangan muda yang baru berkahwin memerlukan banyak masa untuk mempelajari hal-hal kewangan sejurus selepas mereka memasuki alam perkahwinan.
Mereka cenderung membelanjakan wang mereka untuk persiapan perkahwinan sehinggakan mereka terbeban dengan hutang. Itu yang kami cuba elakkan, sebab itu kami (kementerian) ingin membantu mereka, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Wanita dan Pelaburan anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan Bursa Malaysia, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen dan Presiden NCWO, Profesor Emerita Tan Sri Datuk Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin.

Jelas beliau, inisiatif itu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat membabitkan pengukuhan bab kewangan dalam kursus pra perkahwinan bagi pasangan bukan Islam dan Islam.

Apa yang saya boleh katakan ia melibatkan kursus pra perkahwinan bukan Islam kerana (bagi pasangan) Islam ia di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tetapi untuk bukan Islam, LPKKN adalah agensi yang melaksanakan program kursus pra perkahwinan.

Kita mahu lihat bagaimana kita (kementerian) boleh memperkasakan bab kewangan kerana pengurusan kewangan ini sangat memberi tekanan selepas mereka berkahwin, katanya.

Untuk rekod sebanyak 2,932 kes perceraian di bawah usia perkahwinan lima tahun bagi orang Islam di Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan direkodkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 2013 hingga tahun 2017.

Bagi bukan Islam pula, sebanyak 14,440 kes direkodkan bagi tempoh sama berdasarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg nak kawin ni fikir kan kawin sekali jr in a lifetime. Psl tu sanggup berhutang
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I personally disagree dengan sanggup berhutang, buat personal loan bagai sebab nak buat majlis kahwin. Memang setiap pasangan yang nak kahwin nak yang terbaik sebab sekali seumur hidup (though ada yang kecundang gak kan) but tak perlu sampai kena berhutang. Buatlah ikut kemampuan. Kalau rasa nak grand, simpan la duit tu dulu sampai cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwin is overrated.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu impikan perkahwinan yang ringkas. Yang penti g, pasangan aku sayang aku & committed dlm hubungan. Jadi kawan baik aku selamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la. Mahal sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 02:42 AM | Show all posts

Ada dua golongan:-

satu yang mak ayah or adik beradik tolong, satu lagi yang mak ayah tak ada duit, abang kakak tak nak membantu tapi anak/adik nak perkahwinan yang glamour <-- ini ler yang berhutang tak kesudahan.

Kadang nak jer aii padankan muka dgn pasangan yang tak kadar diri ini.


.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut kemampuan diri lah
Nikah simple pun okay je
Lepas kawin tu kehidupan masih jauh dan sangat banyak duit nk kena pakai

Tak payahlah nk buat personal loan bagai utk hal yg hangus

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
buat personal loan utk kawen,pastu x smpi 2 tahun dh bercerai sbb x sebulu
rugi jah..baik ko buat asb loan ke, dpt gak hasil
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 06:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen muda mmg x stabil x dak Wang.  Kawen la andartu Antertu Sudah tentu  keta rumah habis bayar
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 04:11 PM | Show all posts
benda ni la yg aku nasihat kt adik2 yg baru msuk keje kt tmpt aku.. aku ckp takyah la enjoy duit gaji smpai abes simpan utk msa dean atau guna utk kawen..

tp ade je yg tak dengo, g beli kete full spec lps keje 4 bulan fehh... klh kete aku yg engineer ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2019 04:33 PM | Show all posts
dah banyak kali dah kan benda ni diperisukan dan dibincangkan dlaam forum ni, so kali ni , well terserahlah , kekadang la bila tak ada sense of priority jadi lagu ni lah.

ikut kemampuan ajela.

ni tidak , perkahwinan gah bukan main, then bila bab bab jaga anak atau pantau perkembangan anak zero.
banyak macam ni. lebih baik invest kepada ilmu dan buku buku pembentukan kelaurga dan penjagaan anak . hantaran tu hadiah je , so hadiahkan buku aje.

yg kasut lah bag lah ikut kemampuan , if mampu pun i think it's pretty ridiculous sebab , i mean u akan beli your pwn shoes or bags pun later on in life, yg practical telekung okay.

dah lah ...apa susah susah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.085767s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list